Saturday 10 December 2011

Gempar.. Raksasa atau anaconda?


Video ini mungkin dirakam di Indonesia. Mungkin di hutan Borneo sana. Reptilia ini disyaki megalami proses mutasi dan telah membesar sehingga menjadi seperti seekor raksasa. Ular atau Anaconda atau raksasa?

Lelaki Getah wujud


Jom tengok video ini dulu. Mungkin ada yang sudah tahu akan kelebihan lelaki ini. Cuma kami ingin mengajak anda berfikir di luar kotak bahawa manusia yang mempunyai kelebihan luar biasa sememangnya wujud. Banyak lagi manusi-manusia yang mempunyai kuasa luar biasa yang akan dibongkarkan oleh team Buletin Lepak.












Daniel Browning

Rubber Boy


Kartun wujud dalam dunia realiti



Upin Ipin



Patrick, Bernacle boy, & Mermaid man




Astro Boy



Kartun Fanily Guys


  Angry Bird


Rock Lee




Gorillaz





Dragon ball

Harga Beyonce Rm 359,000 seminit




LOS ANGELES: Penyanyi Beyonce Knowles dinamakan sebagai penghibur yang menerima bayaran paling tinggi di dunia yang mengenakan bayaran mengikut setiap minit kemunculan beliau di pentas.

Penyanyi Love on Top itu mengungguli satu kajian pendapat halaman web media sosial saucytime.com dengan memperoleh £1.25 juta (RM6.3 juta) bagi persembahan yang membabitkan nyanyian lima buah lagu pada satu majlis persendirian sambutan Tahun Baru 2010, yang menyamai pendapatan sebanyak £71,040 (RM359,000) bagi setiap minit persembahan beliau di pentas, lapor femalefirs.co.uk.
Tempat kedua adalah penyanyi Mariah Carey yang menerima bayaran £630,000 (RM3.2 juta) bagi satu persembahan membabitkan nyanyian empat buah lagu di sebuah parti yang sama diadakan tahun sebelumnya di kepulauan Caribbean yang sama.


Penyanyi yang menduduki tempat ketiga pula adalah Kylie Minogue yang dibayar sebanyak £33,000 (RM166,00) bagi setiap 60 saat. Beliau menyanyi di sebuah majlis pelancaran di Hotel Atlantis, Dubai pada November 2008. Ia diikuti Jennifer Lopez yang menerima bayaran hampir £25,000 (RM126,000) seminit dari seorang jutawan Russia, Andrei Meinichenko ketika muncul di majlis sambutan hari jadi isterinya pada 2007.


Sementara itu, Beyonce dikatakan terus membangkitkan tanda tanya mengenai kebenaran mengenai berita kehamilan beliau ketika muncul dalam persembahan Late Night With Jimmy Fallon.
Penyanyi berkenaan mempersembahkan single terbarunya, Countdown dalam rancangan berkenaan tetapi perutnya tidak kelihatan seperti sedang hamil.


Ketika pengacara memperkenalkan kemunculan penyanyi itu, beliau mengenakan baju singkat hitam dan langsung tidak kelihatan seperti hamil enam bulan seperti yang didakwa.
Bagaimanapun penyanyi berusia 30 tahun itu sebenarnya muncul melalui persembahan yang dirakamkan lebih awal ketika musim panas lalu.


Penonton jelas tidak menyedari bahawa Fallon menjadikan bintang Amerika Syarikat itu seperti benar-benar berada di studio berkenaan. Ketika pengacara menunjukkan album terkini penyanyi itu beliau memandang kamera sambil berkata: “Malam ini dia di sini untuk mempersembahkan lagu Countdown dari album terkininya, Four. Dipersilakan Benyonce.”

Penonton di studio kemudian bersorak dan mula memberikan tepukan kepada seseorang yang sebenarnya tidak berada di sana. – Agensi

Adele Memenangi carta Bilboard



LOS ANGELES 10 Dis. - Penyanyi Britain, Adele mencatat sejarah anugerah Billboard semalam apabila dinamakan sebagai Artis Terbaik, Album Terbaik dan Lagu Single Terbaik dalam tempoh satu tahun.

Tempat kedua bagi kategori Artis Terbaik dimenangi oleh Rihanna diikuti Katy Perry dan Lady Gaga.

Nicki Minaj, Taylor Swift, Justin Bieber, Chris Brown, Lil Wayne dan Bruno Mars turut mengisi tempat dalam 10 artis terbaik.

Adele dalam satu temu bual dengan Billboard berkata, kejayaan yang membezakan dirinya dengan artis lain adalah kehidupannya tidak menjadi bahan spekulasi media.

Pengarang Billboard.com, Tye Comer menyifatkan kejayaan Adele sebagai nafas baru dalam pasaran artis pop.

“Kejayaannya menjadi inspirasi kerana ia menunjukkan masih terdapat ruang dalam industri kepada artis yang mempunyai bakat semula jadi,’’ katanya kepada Reuters.

Album Adele bertajuk 21 diterbit berdasarkan kisah kegagalan percintaan artis itu, bertemakan cinta, kecewa dan masa depan.

Lagu single Rolling in the Deep nyanyiannya turut menewaskan lagu Party Rock Anthem oleh kumpulan LMFAO selain Firework dan E.T. oleh Katy Perry serta Give Me Everything oleh Pitbull.

Adele juga dinamakan sebagai Artis Wanita Terbaik manakala penyanyi rap, Lil Wayne dianugerahkan Artis Lelaki Terbaik dan Wiz Khalifa dinamakan sebagai Artis Baru Terbaik.

– REUTERS

Kemalangan Termahal dunia






PADA Ahad lepas berlaku satu kemalangan yang dikhabarkan sebagai kemalangan termahal di dunia.

Ini kerana ia melibatkan 14 buah kenderaan dan lapan darinya adalah terdiri daripada kereta Ferrari, sebuah Lamborghini, dua buah Mercedes keluaran terbaru, sebuah kereta Nissan GTR dan Toyota Prius hibrid.

Kejadian berlaku di wilayah Shimonoseki, di tenggara Jepun. Berdasarkan harga semua kenderaan mewah yang terlibat dianggarkan ia berjumlah 300 juta Yen (RM12.07 juta).

Menurut pihak berkuasa, kenderaan mewah yang terlibat sedang dipandu laju melebihi 160 kilometer sejam, dua kali ganda had laju yang dibenarkan di lebuh raya Chugoku.

“Keadaan ketika itu yang

dilaporkan hujan gerimis telah mengakibatkan permukaan jalan agak licin tetapi kenderaan

mewah tersebut yang sedang

berkonvoi tidak mengendahkan keadaan tersebut dan saling memecut antara satu sama lain,” kata seorang saksi yang berjaya mengelak daripada terlibat dalam kemalangan itu.

hilang kawalan

Akibatnya seorang pemandu Ferrari telah hilang kawalan dan memasuki lorong sebelah sebelum berpusing-pusing dan merempuh pembahagi jalan.

Kesemua pemandu ini

merupakan ahli sebuah kelab pengumpul kenderaan mewah tetapi malangnya pemilik kereta Honda Prius Hibrid itu berada di tempat yang salah pada waktu tidak sesuai.

Sepuluh orang lelaki dan seorang perempuan telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan namun tiada di antara mereka yang cedera serius.

Kesemua ahli kelab ini dalam perjalanan dari bandar Kyushu ke Hiroshima sambil memandu laju dan akhirnya terlibat dalam kemalangan yang dilaporkan polis sebagai ‘satu perkumpulan anggota yang huru-hara’.

Bagaimana empat anggota kelab kereta mewah itu berjaya mengelak dari kemalangan ini. Mereka dapat mengelak rempuhan serta merempuh kereta yang terlibat walaupun ketika itu sedang memandu laju.

Bagaimanapun pemandu kereta yang hilang kawalan dan menjadi punca kemalangan dikenalpasti sebagai seorang ahli perniagaan dari Fukuoka berusia 60 tahun. Lelaki ini jika didapati bersalah mungkin dipenjarakan selama tiga bulan dan denda.

Berikut dinyatakan antara kemalangan melibatkan kereta paling mahal yang pernah berlaku sebelum ini.

Fenomena Gerhana bulan penuh!



KUALA LUMPUR - Fenomena gerhana bulan penuh yang bermula dari pukul 7.34 malam tadi telah menarik perhatian ramai termasuk kira-kira 3,000 pengunjung untuk bersama-sama menyaksikan kejadian itu di Planetarium Negara, di sini.

Ada yang telah berkumpul seawal pukul 6.30 petang untuk menyaksikan fenomena itu yang berlanjutan sehingga 1.30 pagi ini.

Pengarah Planetarium Negara, Azreena Ahmad berkata, pihaknya menyediakan sebanyak 20 teleskop untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk menyaksikan fenomena ini, namun kemunculan awan tebal di ruang udara ibu kota mengehadkan pandangan.

"Bagi yang tidak berkesempatan menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh itu secara langsung, mereka boleh melihatnya menerusi laman sosial Facebook di Malaysia Lunar Eclipse,'' katanya.

Azreena memberitahu, fasa penumbra iaitu bahagian luar bayang yang relatifnya lebih cerah boleh dilihat di sesetengah lokasi pada pukul 7.34 malam manakala kesan maksimum gerhana kelihatan mulai 10.32 malam.

Britain memang Gila Games






LONDON 10 Dis. - Satu laporan baru mendedahkan rakyat Britain kini terlalu fanatik dengan permainan video apabila satu kajian mendapati tujuh daripada 10 isi rumah mengaku bermain permainan tersebut sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Menurut kajian oleh syarikat penyelidik pasaran, Mintel itu, mereka yang selalu bermain permainan komputer tersebut termasuk kumpulan tegar dan mereka yang mengisi masa lapang.

Penyelidikan melalui Internet yang melibatkan responden berumur 16 tahun ke atas itu mendapati, 11 peratus daripada mereka gemar bermain permainan video setiap hari atau menghabiskan masa berhari-hari untuk tujuan itu.

Cuti hujung minggu kini menyaksikan keluarga bermain permainan video atau komputer berbanding bersukan atau berekreasi.

Penyelidikan itu juga mendapati, permainan itu bukan sahaja menarik perhatian kanak-kanak dan remaja tetapi turut melibatkan golongan dewasa.

Seramai sembilan daripada 10 orang berumur antara 16 dan 34 juga bermain permainan itu 'sekali-sekala' manakala 45 peratus mereka yang berusia 55 hingga 64 tahun masih bermain permainan video.

Jumlah mereka yang telah bersara juga tinggi dengan lebih satu daripada empat orang turut bermain permainan itu.

Penyelidikan di Internet itu melibatkan 2,000 responden berumur 16 tahun ke atas. - Agensi

Pemuda Libas ayah dengan Pisau



PENAMPANG 10 Dis. - Seorang pemuda tergamak mengamuk dan melibas bapanya yang berusia 69 tahun dengan pisau sehingga cedera hanya kerana marahkan isterinya yang tiada di rumah mereka di Kampung Meruntum, di sini kelmarin.

Difahamkan, berikutan bimbang keselamatannya, mangsa, Kamlen Jamil yang cedera di dagu terpaksa terjun ke laut untuk menyelamatkan diri setelah dikejar anaknya itu yang berusia 31 tahun.

Kejadian berlaku pukul 4 petang semasa suspek pulang ke rumahnya dan mencari isterinya lalu bertanyakan kepada bapanya yang kemudian menjawab tidak tahu.

Berang dengan jawapan bapanya, suspek bertindak memecahkan cermin tingkap rumahnya selain menyerang warga emas itu dengan pisau.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Ratan Kumar Singh berkata, suspek ditahan polis pukul 10 malam hari yang sama di sebuah rumah tidak bernombor berhampiran tempat kejadian.

"Hasil pemeriksaan menemui pisau sepanjang 28 sentimeter yang dipercayai digunakan oleh suspek dalam kejadian itu.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," katanya di sini hari ini.

Katanya, suspek sebelum ini pernah dipenjarakan selama dua bulan atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

Hotel di puncak Gunung. Seram seyh!

hotel


ROM - Bagi anda yang tidak mempunyai masalah gayat, mungkin boleh mencuba hotel di tepi cenuram puncak gunung Mont Blanc, Itali.

Hotel kabin berbentuk silinder dihasilkan syarikat Itali, Leap, diletakkan pada ketinggian 2,835 meter di gunung tertinggi Eropah itu menggunakan helikopter.

Menurut Leap, hotel itu disasarkan kepada pendaki gunung yang ingin menetap di bilik berhawa dingin selepas penat mendaki.

Rekaan mesra alam dengan kos penghasilan 214,000 pound (RM1.05 juta) itu dilengkapi 12 katil, sebuah ruang tamu, dapur dan tandas serta satu tingkap besar menunjukkan pandangan mengagumkan dari puncak gunung Mont Blanc.

Struktur kayu itu dibina supaya dapat menahan tekanan di kawasan tinggi dan boleh dipindahkan menggunakan helikopter tanpa memberi sebarang kesan buruk kepada alam sekitar.

Workout Sang Banduan Gempak!

senaman


CALIFORNIA - Selalunya buku senaman akan menjadikan selebriti terkenal sebagai sumber rujukan, tetapi tidak bagi sebuah buku kesihatan yang ditulis menggunakan tips diperoleh daripada banduan di beberapa penjara Amerika Syarikat.

Buku bertajuk Felon Fitness itu dihasilkan peguam jenayah, William Kroger bersama pelatih persendirian, Trey Teufel dan mengajar pembaca bagaimana untuk mendapat badan tegap seperti banduan yang telah menjalani hukuman penjara 20 tahun, tanpa perlu membuat jenayah atau memasuki penjara.

Menurut Kroger, 50, idea itu timbul selepas dia melihat anak guamnya di penjara sentiasa berada dalam keadaan fizikal yang mengagumkan walaupun tiada alat senaman yang canggih disediakan di penjara.

Dia kemudian bekerjasama dengan Teufel untuk mereka beberapa rutin khusus berdasarkan cara senaman banduan yang tidak memerlukan alatan mahal, keahlian di gimnasium atau latihan khas.

Antara tips di dalam buku itu, yang turut dikongsi melalui laman sesawang YouTube, adalah bagaimana untuk membuat dumbell menggunakan beberapa naskhah majalah serta melakukan tekan tubi dengan lebih berkesan.

Bangunan Besi menakjubkan!

Menara besi

TAIPEI - Bakal menghiasi ruang udara bandar Taichung di Taiwan, struktur besi mengagumkan ini mungkin akan menjadi antara bangunan paling menarik di dunia.

Menara Taiwan setinggi 305 meter ini akan dihasilkan menggunakan ribuan batang besi dan membentuk struktur segi tiga. Ia akan menempatkan sebuah taman bumbung, iaitu yang tertinggi di dunia untuk dinikmati pelawat.

Dengan ketinggian sama seperti Menara Eiffel di Perancis, bangunan ini adalah hasil idea arkitek dari Jepun, Sou Fujimoto yang memenangi pertandingan antarabangsa untuk mereka bangunan itu.

Dijangka siap pada 2017, bangunan dengan kos mencecah 6.59 bilion dolar Taiwan (RM688 juta) itu akan menggunakan tenaga boleh diperbaharui seperti air hujan dan solar untuk keperluan tenaga.

Budak Cina turut berkhatan





IKUT SAMA. Majlis berkhatan membabitkan 39 kanak-kanak anjuran Persatuan Kakitangan Bekalan Air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (Peka) di Wisma Rozali di Shah Alam semalam menjadi istimewa apabila salah seorang daripada mereka ialah budak Cina berusia tujuh tahun.

Ng Jun Hau yang ditemani bapa, Ng Wai Hoong, 43, dan ibu, Pauline Wong, 37, tersenyum sepanjang tempoh berada dalam bilik berkhatan dengan dikendalikan oleh doktor Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

"Mula-mula saya rasa takut tetapi hari ini (semalam) rasa seronok," ujarnya.

Wai Hoong berkata, keluarga mereka bersetuju mengkhatankan Jun Hau kerana selama ini mereka sering bergaul bersama masyarakat Melayu dan membuatkan dia rasa teruja untuk melibatkan anak lelaki tunggalnya itu dalam majlis tersebut.

Katanya, selain faktor kebersihan, berkhatan juga sebenarnya baik untuk kesihatan.

Mercedes Emas. Memang gempak






GENEVA, Switzerland - Seorang usahawan Switzerland, Ueli Anlicker mahu menjual sebuah kereta Mercedes-Benz SLR McLaren miliknya yang berhias emas dan delima pada harga AS$11 juta, lapor akhbar MailOnline kelmarin.

Kerja pengubahsuaian kereta unik itu yang dinamakan Anliker McLaren SLR 999 Red Gold Dream, mengambil masa 30,000 jam dengan kos AS$4.3 juta.

Menurut Anlicker, dia menerima tawaran daripada beberapa pembeli dari Asia Barat dan China untuk kereta tersebut.

Kenderaan itu turut dihias dengan emas 14 karat dan 500 butir batu delima sekali gus menjadikan ia unik.

Setiap rim tayar kereta itu bersadur emas 24 karat, begitu juga kerangka lampu dan bahagian ambang pintu.

Kereta itu dijana enjin berkapasiti 5.4 liter yang diubah suai untuk menjana 999 kuasa kuda. Ia memiliki kelajuan lebih 336 kilometer sejam. - Agensi

Binaan pelik terbalik!



Bangunan-bangunan ini dibina dalam keadaan terbalik. Motif tidak diketahu. Tetapi,  memang kreatif!
Enjoy the picture.













Bunuh isteri dan mentua



DALAM diri lelaki ini, tersimpan dendam kesumat terhadap isteri yang meninggalkannya hampir setahun lalu. Bagi Barry Morrow, 51, hakikat bahawa dia kehilangan segala-galanya selepas berpisah dengan Angela Holgate, 54, adalah sesuatu yang amat sukar untuk diterima.

Atas sebab itulah, Morrow tergamak membunuh bekas isterinya itu, dan juga ibu mentuanya, Alice Huyton, 75, di kediaman mangsa yang terletak di Southport, Liverpool, England.


Angela dan Alice dipercayai mati dicekik dan mayat kedua-dua mangsa ditemui 3 Disember lalu tetapi siasatan polis mendapati Angela sudah mati seminggu sebelum itu.

Motif pembunuhan berpunca berikutan tekanan hidup Morrow selepas bercerai dengan Angela yang mengakibatkan suspek kehilangan rumah kediaman dan harta.



Morrow mendirikan rumah tangga hampir 20 tahun bersama mangsa dan mereka dikurniakan dua anak perempuan.



Selepas mayat mangsa ditemui, Morrow melarikan diri menggunakan kereta sedan jenis Citroen milik mangsa dan keluar dari sempadan England dan kini, dipercayai berada di Sepanyol melalui jalan masuk dari Perancis.

Rekod polis mendedahkan Morrow pernah menyerang mangsa pada Februari tahun lalu, malah dia pernah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan cuba membunuh dengan mencekik Angela.

Walaupun begitu, lima bulan selepas perbicaraan, kes berkenaan digugurkan menyebabkan Morrow dibebaskan daripada tahanan.

Setakat ini, polis England sudah meminta kerjasama daripada pihak berkuasa seluruh Eropah untuk memburu suspek.

Pegawai Polis Merseyside, Superintendan Nikki Holland, berkata pihaknya berharap suspek menyerah diri dan memberi keterangan menjelaskan apa yang berlaku.

“Saya tidak mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dia bahaya kepada orang ramai, jadi saya meminta kerjasama orang ramai untuk meminta dia (Morrow) datang dan bercakap kepada kami,” katanya.

Suspek kali terakhir dilihat menggunakan kereta sedan, Citroen C1 dengan nombor pendaftaran PN11 RWK. Suspek turut dipercayai berada di Calais, Perancis, iaitu bandar yang pernah menjadi kediamannya di luar negara sebelum ini.

Jiran mangsa, Kevin Woodfull, 49, berkata dia dan keluarga masih terkejut dengan pembunuhan berkenaan.

“Saya dan isteri berjumpa dengan Angela untuk merancang membuat keraian sempena sambutan Krismas dan tahun baru nanti, ketika itu, dia ada mengadu mengenai keselamatan anak perempuannya.

“Dia baik dan tenang tetapi kini, dia sudah tiada, semua ini berlaku terlalu pantas,” katanya.


Ibu 19 anak keguguran!









NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Seorang ibu yang memiliki 19 orang anak di negeri Arkansas, Michelle Duggar kelmarin menyatakan dia keguguran anak ke-20.


Keluarga besar itu popular selepas menyertai beberapa program realiti di AS.


"Kami mendapati anak kami yang ke-20 meninggal dunia semasa menjalani pemeriksaan kehamilan pada minggu ke-19 baru-baru ini," kata Michelle dan suaminya, Jim Bob di laman web mereka.


Baru sebulan lalu pasangan itu mengumumkan kepada dunia bahawa mereka tidak sabar menantikan kelahiran anggota baharu dalam keluarga mereka.


Keluarga berkenaan tinggal di bandar Little Rock selatan AS. Selain menyertai program realiti terbitan stesen televisyen TLC, 19 kids and counting pasangan itu menjual buku dan cakera video digital mengenai pengalaman mereka memiliki ramai anak.


Pasangan suami isteri itu dikurniakan 10 anak lelaki dan sembilan anak perempuan. - AFP

Pejabat tercanggih di dunia

CANGGIH... bangunan syarikat Google.



GOOGLE memerlukan juruteranya mencetuskan idea pintar. Untuk membolehkan mereka berbuat demikian, suasana kerja seperti di rumah siri Big Brother dapat membantu.

Ibu pejabat syarikat enjin pencarian Internet terkemuka di London yang terletak di Victoria meliputi tiga tingkat. Bagaimanapun, minggu lalu, sebahagian daripada 350 kakitangannya mula bekerja di tingkat kejuruteraan yang disusun semula, dipanggil L4, antara pejabat paling canggih di dunia.


Bilik mesyuarat dilengkapi sofa bersegi ganjil, koridornya kelihatan seperti di dalam kapal angkasa Enterprise dan pekerjanya boleh bermain snuker dan permainan video ketika waktu rehat.

Foto


Foto

Naib Presiden Kejuruteraan Google, Nelson Mattos berkata: “Kami menggunakan khidmat jurutera terbaik dan paling pintar di Britain dan menempatkan mereka bersama dalam suasana yang mempunyai ciri kreativiti, santai dan paling menyeronokkan.


“Ketika Google merancang membina pejabat baru, mereka memulakannya dengan di atas kanvas kosong. Semua dinding diruntuhkan dan perabot dikeluarkan. Kemudian, impian memiliki pejabat yang unik diatur dan dijelmakan bagi memastikan kakitangannya berada di tahap kepuasan tinggi.” Jelas, idea menjadi bahagian terpenting untuk bekerja dengan Google dan pejabat baru itu memiliki ruang secukupnya untuk melakar idea itu kerana sebahagian dinding koridor dilengkapi dengan papan putih yang besar.


Ada juga gimnasium, bilik muzik kalis bunyi dengan dram dan gitar serta bilik permainan dengan meja snuker, konsol video dan sebuah televisyen besar.
Malah, pejabat Google itu turut menawarkan versi tersendiri taman Big Brother, lengkap dengan kerusi santai, permaidani yang menyerupai rumput serta sampan.


“Pejabat yang santai dan ganjil tidak menjejaskan kepintaran dan kebijaksanaan. Pengalaman kami membuktikan suasana selesa, terbuka dan seronok meningkatkan kreativiti dan keterbukaan.
Syarikat itu berminat menunjukkan bahawa pejabat mereka di London sangat penting dalam operasi globalnya. Kakitangannya bertanggungjawab mencipta sebahagian besar aplikasi popular Android dan iPhone.

Foto

Lelaki gigit testis kambing biri-biri




CHEYENNE, Amerika Syarikat (AS) - Dua gembala jatuh sakit selepas menggigit hingga putus testis (buah zakar) beberapa ekor biri-biri dalam satu acara mengasi haiwan ternakan di negeri Wyoming, lapor akhbar MailOnline kelmarin.

Mereka yang mengalami cirit-birit, muntah, perut memulas dan demam dimasukkan ke sebuah hospital tempatan baru-baru ini dan disahkan mengalami radang usus akibat jangkitan bakteria kampilobakter jejuni.

Jabatan Kesihatan Wyoming yang menyiasat kes tersebut mendapati jangkitan itu berpunca daripada perbuatan menggigit testis anak biri-biri yang mendedahkan mereka kepada kuman dan kotoran.

Seramai 12 pengembala mengambil bahagian dalam acara tahunan tersebut yang melibatkan mereka membuang ekor, menanda telinga 1,600 ekor anak biri-biri selain mengasi sejumlah anak biri-biri jantan.

Hanya dua gembala terbabit menggunakan gigitan untuk mengasi haiwan itu manakala rakan-rakan lain berbuat demikian dengan pisau tajam.

Beberapa pengembala tempatan memberitahu, perbuatan menggunakan mulut untuk mengasi anak biri-biri merupakan perkara biasa di Wyoming.

Mulut digunakan untuk mendapatkan cengkaman lebih baik sekali gus memastikan testis yang licin itu tidak bergerak sebelum ia dibuang. - Agensi

Abu Mayat Jadi Manik?


Abu mayat Diproses Jadi Manik


Di Inceon, Korea Selatan, satu kaedah baru telah diperkenalkan untuk memperingati keluarga, sanak-saudara mereka yang telah pergi.

Baru-baru ini, Syarikat Bonhyang telah menukarkan 500 abu mayat orang tersayang di selatan bandaraya Seoul.

Kim IIm, seorang lelaki yang berumur 69 tahun , telah menggali kubur bapanya untuk membakar mayat bapanya supaya berada dalam keaadaan abu.


Tukar abu mayat kepada manik dengan harga RM 2,728


Dia telah membayar sejumlah AS870$(RM2,728) kepada syarikat ini untuk memproses bapanya menjadi manik-manik kristal menyerupai batu permata.

"Setiap kali saya memandang manik2 ini, saya akan menganggap inilah bapa saya dan saya akan mengingati hari2 bahagia bersamanya". kata Kim IIm.

Manik2 ini sesuai untuk orang yang kita kasihi


Pengasas Bonhyang berkata, orang ramai akan lebih mudah untuk bersama dengan saudara mara mereka yang telah mati."manik2 kami bersih dan tidak berbau"


Abu mayat ini mula2nya akan dipanaskan dengan suhu yang amat tinggi sehingga lebur dan bertukar jadi kristal yang berbentuk manik. Proses ini mengambil masa selama 90 minit

Lelaki buta boleh menunggang basikal!










Nama lelaki ini adalah Ben Underwood.Dia buta semenjak umur 3 tahun akibat kanser.  Walaupun buta, Ben mampu untuk bermain bola keranjang, menunggang basikal, dan jalani hidup seperti orang biasa.
Menakjubkan kerana dia melihat menggunakan sonar. Melalui bunyi, dia dapat mengesan objek , dan melihat secara audio.

Video berikut adalah penerangan pakar mengenai keistimewaan lelaki ini. Dia seperti superhero dalam dunia sebenar!





Friday 9 December 2011

KL Gangster 2 da nAk kUar??




Cerita ini mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek(Aaron Aziz) dan Jai(Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu(Ku Faridah)mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka.

Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya. Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Lagi memilukan apabila adik beliau, Shera telah diperkosa.

Sementara itu,Tailong(Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram. Segala tindak tandukTailong tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatanTailong.

Pada masa yang sama, King(Riduan Hashim) dan Shark(Syamsul Yusof)
merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkanTailong dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar. Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan mereka telah dihalau dari rumah.

King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Tailong berasa tergugat. Beliau merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara 2 kumpulan gangster terbesar di KL apabila Tailong menyerang King dan Malek. Mereka hampir tumpas ditangan Tailong namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri. Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Tailong dan pembunuh ayahnya.

Bermulanya konflik dan dendam antara Malek danTailong. Berjayakah Malek membalas dendam terhadap Tailong untuk ayahnya?Berjayakah King dan Shark mendominasi seluruh kawasan di KL?Apakah kesudahan nasib Malek, Jai dan Ibunya?

NI ade Beberapa gambar Kl Gangster 2.......







Apabila Sir Alex Ferguson digelakkan...



Hahahaha....... gambar ni macam alex ferguson tengah stress sebab kena gelak dengan orang lain....


Patrick star Vs Dragonball



Gambar ini ditangkap sewaktu patrick star terjumpa ayah kandungya.

Horror moviE!!




Ayam2 ni mesti sadis giler tgk 'movie' tu



lepak sambil layan rock kapak

KEcik2 da kaki Gangster?

Jangan ajar bdk2 skrg buat macam ni tau....... LOL





lepak sambil layan rock kapak@

BUat peminat C.Ronaldo

Jangan marah ye........... gamba ni hanya rekaan semata2,






lepak sambil layan rock kapak@

Ibu pejabat facebook simple gile!

facebook-1

Jom melawat ibu pejabat facebook. Simple gile. seriusly simple. Sama dengan ibu pejabat google. Pendapatan berbilion-bilion setahun, tapi simple.


Kalau ada masa nanti, nak pergi melawat Mark Zuckerberg la kat sini. Nak ajak lepak minum kopi kat situ.



facebook-18


facebook-16


facebook-15

facebook-14


facebook-5

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...