Tuesday, 7 February 2012

Motosikal Tandas! Unik ke kreatif??

Dengan Adanya Motosikal Ini, Anda Boleh Buang Air Di Mana-Mana Sahaja tempat yang anda suka!
Sambil menunggang sambil membuang~~

































Budak Ini Macam Spongebob! Akibat penyakit misteri



Sebuah gambar yang hangat beredar di internet terutamanya di negara Rusia. Maklumat lanjut lelaki ini dan apa penyakit yang dihidapnya belum diketahui.

Monday, 6 February 2012

Wikipedia tutup?


 Wikipedia Tutup Laman Web 24 Jam Sebagai Bantahan SOPA




Wikipedia yang merupakan ensiklopedia atas talian terkemuka dunia ini memprotes tindakan pihak kongres di Amerika Syarikat dalam menggubal akta terbaru yang dikenali sebagai Stop Online Piracy Act (SOPA) dan Protect IP Act (PIPA).

Laman web tersebut memaparkan imej seperti di atas ini apabila pengguna atau pelawat membuka laman web tersebut dalam versi English. Stop Online Piracy Act (SOPA) adalah undang-undang yang dikenalkan pada Oktober 2011 yang membuatkan pihak kerajaan US mempunyai kuasa lebih besar dalam memerangi cetak rompak dalam internet dan menyaman pemilik website tersebut.

Banyak syarikat besar seperti Google, Yahoo!, YouTube, Facebook, Twitter, AOL, LinkedIn, eBay, Mozilla Corporation tidak menyokong akta tersebut dimana kemungkinan banyak ilmu pengetahuan terpaksa dibuang daripada internet akibat masalah copyright.


Jenis2 Hackers


Dalam dunia internet dan networking yang semakin mencabar sekarang ni, mesti korang pernah dengar pasal hacking kan. Jom kita kenal sikit pasal dunia hacking yang mula popular sejak pengenalan Internet sekitar lewat 90-an.

White hat
-> golongan hacker baik yang hack sesuatu sistem untuk tujuan baik seperti menguji tahap keselamatan sistem tersebut.
-> juga dikenali sebagai 'ethical hacker' iaitu golongan hacker yang hack sesuatu sistem untuk mencari kelemahan sesuatu sistem daripada diceroboh dan disalah guna oleh hacker jahat


Black hat
-> golongan hacker jahat yang hack sesuatu sistem untuk tujuan jahat seperti mencuri password, maklumat penting, mengubah database dan sebagainya
-> kadang-kadang dikenali sebagai cracker (criminal hacker)


Gray hat
-> hacker yang mempunya personaliti sebagai hacker baik dan jahat.


Perkataan white hat, black hat diambil daripada filem lama barat dimana orang jahat dalam filem tersebut memakai topi cowboy berwarna hitam dan orang baik memakai topi cowboy berwarna putih. Tak semestinya hacker jahat menjadi jahat selamanya, ada sesetengah hacker jahat berubah menjadi hacker baik dan kerja sebagai security officer, security consultant dan sebagainya.

Kuil Botol

Kuil ini diperbuat menggunakan hampir 1.5 juta botol bir dan dibina oleh para sami yang mengambil masa selama 25 tahun ! Setiap dinding, tiang, lantai, pagar, atap atau boleh juga dikatakan keseluruhan kuil ini dibuat sepenuhnya menggunakan botol. Idea awal projek ini dimulakan pada tahun 1984 sebagai langkah untuk mengawal dan membersihkan alam sekitar dan pencemaran botol bir yang teruk, kemudiannya bertukar menjadi seni bina yang unik.



















Titanic Zaman moden?

Gambar Costa Concordia Karam Di Perairan Itali

69 orang dipercayai hilang dan tiga orang mati selepas kapal penuh sesak Costa Concordia tenggelam di luar pantai Itali selepas terkandas. Kira-kira 4,200 penumpang dan anak kapal di atas kapal telah meninggalkan pelabuhan pada jam 7 malam untuk pelayaran selama 7 hari di laut Mediterranean.

Tetapi setelah 2 jam, kapal tersebut terkandas di laut akibat masalah elektrik. Kapal dengan 13 tingkat terbabit mula dimasuki air apabila terlanggar batu karang yang meyebabkan lubang sebesar 160 kaki pada badan kapal berhampiran pulau Giglio.

Peristiwa ni berlaku ketika ulang tahun yang ke-100 tenggelamnya kapal Titanic pada tahun 1912.

























Rekaan Sarang Burung??




Rekaan COver henset sarang burung seolah2 seperti Stadium sarang burung yang terletak di Beijing, China
Stadium itu digunakan untuk Summer Olympics pada 2008 dan sukan Paralympics(untuk pengetahuan korg la)


gambar2 dibawah ini antara rekaan2nya








Warna pink pon ade... expecially untuk gurls la
 
 
berminat?? boleh buat tempahan di sini  Incase online shop.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...