Wednesday, 25 January 2012

10 Fobia yang anda Perlu Tahu!!!




Definasi fobia mengikut Kamus Dewan Edisi Empat: ketakutan yang amat sangat akan sesuatu. Berikut adalah 10 jenis fobia yang jarang tetapi wujud dalam masyarakat di serata dunia. Amat pelik dan mungkin b0d0h bunyinya, namun ia tetap wujud dan berlaku.
Jomtengok  jenis-jenis fobia ye~~

Jenis-jenisnya  :

Optophobia: Fobia untuk membuka mata
Mungkin fobia yang paling pelik di dunia! Mereka yang memiliki masalah ini, sukar untuk membuka mata sendiri. Tugasan harian adalah mimpi ngeri untuk pengidap Optophobia. Jika anda boleh membaca apa yang kami tulis ini, jangan bimbang, ternyata anda tidak memiliki tersebut, syukur.


Chorophobia: Fobia terhadap tarian
Apa sahaja yang berkaitan tarian termasuk kelab malam, boleh menjadi punca ketakutan kepada mereka yang mempunyai fobia jenis ini.


Geliophobia: Fobia terhadap gelak ketawa
Banyak kajian yang dibuat memperlihatkan ketawa adalah aktiviti yang baik untuk kesihatan. Ia mampu memperbaiki tahap mental dan jantung. Namun, untuk yang menderita Geliophobia, ketawa atau berada sekeliling orang yang sedang ketawa akan menyebabkan mereka mula berasa takut. Risau diketawakan orang menjadi antara punca kepada wujudnya Geliophobia.


Arachibutyrophobia: Takut mentega kacang melekat pada lelangit mulut
Senarai fobia yang pelik tidak akan lengkap jika kita tidak sebut Arachibutyrophobia. Penghidapnya hampir pasti tidak akan makan mentega kacang seumur hidup mereka!


Heliphobia: Takut kepada cahaya matahari
Pastinya satu keadaan yang amat sukr untuk mengelak daripada cahaya matahari sepanjang masa. Satu ia sukar untuk dilakukan, keduanya ia juga tidak elok untuk kesihatan (jika dijauhi sepenuhnya). Bermula dari rasa takut akan bahaya yang wujud pada matahari.



Deipnophobia: Takut akan berbicara atau berbual semasa makan malam
Ini adalah antara contoh fobia yang agak spesifik, takut bercakap waktu makan malam. Pengidapnya akan hanya diam sepanjang waktu makan. Ada bagusnya juga kerana diam ketika makan sebenarnya membantu dalam proses pencernaan yang lebih baik.


Neophobia: Takut kepada benda-benda baru
Ramai orang yang mahu mencuba benda baru dan pengalaman baru. Namun bagi penghidap Neophobia, mereka tidak mahu apa pun yang baru dalam hidup mereka. Penghidapnya akan kehilangan kualiti hidup dan tidak akan berani untuk merasai pengalaman-pengalaman baru dalam hidup. Kajian juga memperlihatkan mereka yang mempunyai masalah Neophobia, akan mempunya jangka hayat yang pendek. Ini terjadi akibat tekanan yang mereka lalui saban hari.


Syngenesphobia: Takut pada keluarga dan saudara mara
Rasanya ramai yang ada masalah camni, cuma ia mungkin melibatkan keluarga sebelah mentua. Semua kita ada rasa malu dan sakit hati dengan anggota keluarga kita pada masa-masa tertentu, namun penghidap Syngenesphobia menghadapai masalah itu secara keterlaluan dan sepanjang masa.


Ablutophobia: Takut untuk mandi dan membersihkan diri
Biasanya kanak-kanak yang malas mandi, namun adakalanya ia melibatkan orang dewasa. Namun harus ingat, Ablutophobia adalah fobia untuk mandi, bukannya malas untuk mandi. Ada banyak beza tu. Yang dekat hostel bau semacam itu kerap kali adalah pemalas, bukannya Ablutophobia.


Geniophobia: Takut kepada dagu
Yup…dagu, bahagian di muka kita itu. Ini mungkin fobia yang paling sengal di dunia ni. Selain itu ada juga fobia lutut (genuphobia), fobia tangan (chirophobia) dan fobia siku (ishicascadiggaphobia). Bagaimanapun, fobia-fobia tubuh badan tertentu ini boleh dirawat melalui terapi.

Sumber --> Mynewshub.com

Tuesday, 24 January 2012

Ini dia rupa beruang-beruang yang comel


Beruang adalah haiwan yang berbulu lebat dan sangat comel. Mereka ini sesuai dipeluk dan dijadikan haiwan peliharaaan(nak mati bolehlah). Sebab itu anak-anak patung digelar teddy bear.. Simbolik beruang adalah sesuatu yang comel dan bersifat pelindung.

Beruang ni banyak jenis, dan semuanya comel-comel.. jom usha sikit gambar-gambar beruang yang comel.


 Siap main kuda mainan lagi!






 Beruang Botak~~

      


 Sedap Gila kalau dapat peluk!!



Lompat dulu baru boleh kahwin?



Tradisi Lompat Batu Syarat Untuk Meminang Gadis Di Sumatera Utara










Inilah tradisi Fahombo atau biasa disebut Hombo Batu (lompat batu) merupakan tradisi dari daerah Nias Selatan (Teluk Dalam), iaitu salah satu daerah di Sumatera Utara yang terletak di Pulau Nias.


Tradisi Lompat Batu atau Hombo batu yang dilakukan oleh seorang lelaki yang mengenakan pakaian adat setempat Nias dan lelaki tersebut diminta melompat susunan batu yang disusun setinggi lebih dari 2 (dua) meter.


Berdasarkan cerita rakyat setempat, lompatan tersebut diciptakan sebagai ujian fizikal dan mental bagi para remaja lelaki di Nias menjelang usia dewasa. Setiap lelaki dewasa yang ingin berkahwin wajib lulus ritual lompat batu tersebut Batu yang harus dilompati adalah berupa bangunan mirip tugu piramid dengan permukaan bahagian atas yang mendatar. Tingginya kurang lebih 2m (dua meter) dengan lebar 90 cm dan panjang 60cm.


Mana-mana lelaki yang gagal melompat batu tersebut tidak boleh meminang si gadis..
Cool eh... haha

Monday, 23 January 2012

Makhluk Unik Yang Bakal Menyentap Akal anda!












Menyentap bukan?!

Bertasbih dan berselawatlah kita semua keatas keagungan dan kebesarn Allah SWT...
Makhluk-makhluk ciptaanya yang sangat hebat, sangat unik dan wajib kita pelihara .
Selamatkanlah alam flora kita.


Motosikal Yang Paling Canggih!!!





Wooowwww!!
Ini antara motosikal yang sangat canggih.. Terbeliak juga mata melihat motosikal ini.
Kalaulah da siap reka semua motor-motor ni termasuk yang dibawah, mesti gempak gila!!
terkencing wow kawan ko kalau kawan ko tengok ko bawak motosikal ni...!











Hari tu kita tunjuk kereta-kereta... Hari ni motor-motor.. Esok basikal futuristik lak.. wakakakap!!


Doraemon yang sebenar! Comel Gila!





Semua orang mesti kenal dengan karakter kartun yang sangat glemer ni tidak lain tidak bukan Doraemon. Karakter kartun yang berasal dari Jepun ni memang popular terutamanya bagi golongan kanak-kanak dan tidak terkecuali remaja dan dewasa.

Apa yang aku ingin kongsi pada hari ni ialah gambar Doraemon yang sebenar. Pernah ke korang tengok? Kalau jawapan korang TIDAK maka seharusnya korang perlu tengok gambar ni.


Amacam? Tersangat-sangat comel kan?

Kereta Steve Jobs Tiada Plat Pendaftaran!


Tahukah anda bahawa kereta milik Steve Jobs yang dipandu semasa hidupnya tidak mempunyai nombor plat. Adakah Steve Jobs semasa hidupnya mempunyai kekebalan dari segi undang-undang California? Apakah yang anda fikirkan?

Mengikut undang-undang JPJ California, kereta yang baru dibeli boleh tidak didaftarkan nombor plat sehingga enam bulan. Maka dengan itu Steve Jobs akan menukarkan keretanya Mercedes SL55 AMG setiap enam bulan dan dengan warna yang sama.
Tetapi cara itu hanya sesuai untuk orang billionaire seperti beliau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...