Saturday, 28 January 2012

Lelaki Ini Minum air kencing sendiri~!

Seorang pelari marathon Des Sables pada tahun 1994 di Marocco.
Setelah 6 hari dan jarak 233 kilometer di padang pasir menyebabkan dia kehilangan jalan. Akhirnya dia binggung dan belari ke arah yang salah, akhirnya berjalan beberapa kilometer ke Aljazair. Setelah 36 jam dia kehabisan makanan dan air. Dia bertahan hidup dengan meminum air kencing sendiri dan memakan kelawar yang tinggal disebuah masjid yang telah ditinggalkan dan kadang-kadang ular yang ditemukan di padang pasir.

Tidak ingin mati di padang pasir, dia cuba bunuh diri di masjid dengan mengelar pergelangan tangannya dengan pisau kecil yang dimilikinya. Usahanya gagal kerana kekurangan air yang menyebabkan darahnya menebal dan bergumpal sebelum dia sempat mati.


Setelah 9 hari sendirian di padang pasir, dia ditemukan oleh keluarga nomaddan dibawa ke sebuah kem tentera Aljazair dan dari sana dibawa ke hospital Dia telah tersesat sejauh 186 km dari jalan marathonnya, dan dlaporkan telah kehilangan berat badan sekitar 30-40 paun.

Kesian dekat dia ni. Minum air kencing. Terseksa sangat sampai nak bunuh diri. Itu baru azab sikit.

Awas!! Minuman ada cicak!~

Air Minuman ini sangat-sangat menjijikan! Anda sanggup minum air begini? Apa anda akan lakukan jika anda terminum air yang berisi cicak ini... Dan lebih malang, anda menyedut cicak ini dan menguyahnya seperti cincau?????!!

Awas dengan minuman anda!!! Nanti, anda jadi Cicakmon la pulak...~~~




Tikus Raksasa Di New York!!



Satu gambar yang menunjukkan seekor tikus gergasi didakwa dijumpai dalam sebuah kedai kasut di bandar raya New York, Amerika Syarikat telah tersebar luas dalam internet.
Imej tersebut dikatakan menunjukkan seorang pekerja kedai Foot Locker di The Bronx sedang memegang tikus mati sebesar 3 kaki di atas penyeduk.

Satu tikus gergasi yang lebih kurang sama besar, telah dijumpai di kawasan Brooklyn, New York pada tahun lepas, dikatakan tikus spesis Gambian Pouched.
Dr. Robert S Voss, kurator mamalia di American Museum of Natural History di New York, berkata: “Tidak mungkin tikus itu adalah tikus biasa yang terdapat dalam pembetungan. Saya pasti 90 peratus yang tikus itu adalah dari spesis Gambian Pouched.”

Dr. Voss berkata yang ada kemungkinan bahawa tikus tersebut adalah binatang peliharaan yang melarikan diri. Beliau juga berkata yang binatang jenis ini kelihatan garang tetapi sebenarnya mereka sangat suka bermain dan jinak.

Gadis Ini Terselamat walau jatuh dalam sarang buaya!



SYDNEY - Seorang wanita Australia, Erin Langworthy terselamat selepas terjatuh ke dalam Sungai Zambezi yang dipenuhi buaya setelah tali yang mengikat kakinya putus semasa dia melakukan terjun bungee pada ketinggian 111 meter dari atas Jambatan Jeram Victoria di Zambia, Afrika.

Menurut akhbar Australia, Sydney Morning Herald, wanita berkenaan Erin Langworthy cuma mengalami luka kecil dan sedikit calar dalam kemalangan pada petang menjelang Tahun Baru.
Jambatan tersebut terletak di sempadan Zambia dengan Zimbabwe.

"Saya merasakan seperti seluruh badan saya telah ditampar," kata wanita berusia 22 tahun itu yang berasal dari Perth dalam satu wawancara dengan stesen televisyen Channel Nine.

Rakaman video menunjukkan tali yang mengikat kakinya putus pada akhir terjunan tersebut dengan menyebabkan dia terjatuh ke dalam sungai.

"Saya terpaksa menyelam dan membuka tali yang mengikat kaki saya sebelum dapat berenang ke permukaan sungai," kata Langworthy.
"Ya, saya yakin satu keajaiban berlaku kerana saya terselamat dalam kemalangan ini," tambahnya.


P/S: Aku rasa, perempuan ni bau busuk la.. sebab tu buaya x nak makan,..

Friday, 27 January 2012

Gambar Apa ni??! Apa yang lain dalam gambar ni?




=P
No komen. Cuba anda komen sikit pasal gambar ni.. LOL...


Budak ini Tidak Boleh Tidur selama 3 Tahun!



Rhett Lamb, kanak-kanak berusia lima tahun ini baru boleh tidur puas ketika usianya tiga tahun. Selama tiga tahun awal kehidupannya, dia terus terjaga dan tidak tidur hingga 3 tahun.Anak kepada pasangan Shannon dan David Lamb ini menderita penyakit aneh yang menyerang otak. yang di sebut 'chiari malformation'.

Itu adalah suatu kelainan di bahagian bawah otak yang mengakibatkan posisi otak kecil turun dan keluar dari tengkorak. Keadaan ini membuat bahagian otak Rhett yang mengatur emosi, pernafasan, peredaran darah dan rasa mengantuk terganggu kerana tertekan tulang tengkorak bahagian belakang sehingga tidak boleh tidur.

Diagnosis itu membuat doktor mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan pengangkatan tulang yang menekan bahagian otak Rhett. Dengan jaminan hanya 50 % untuk berjaya, pembedahan itu pun akhirnya dilakukan di All Children’s Hospital, St. Petersburg.

Pembedahan ituberhasil. Dua hari setelahnya, Rhett akhirnya bioleh tidur nyenyak untuk pertama kalinya. "Saya sungguh tak boleh menahan air mata melihatnya boleh tidur puas semalam , saya tak percaya bolehmenyaksikan ini semua," kata Shannon .

Tak hanya memulihkan situasi tidur, pembedahan itu juga membuat emosi Rhett stabil. Sebelumnya, Rhett membesar sebagai anak temperamental. "Selama tiga tahun tidak tidur, Rhett selalu nakal, gelisah, murung, marah, tidak bisa bermain dan berinteraksi dengan orang lain. Sungguh menyedihkan," ujarnya.

Keberhasilan pembedahan itu adalah hasil dari perjuangan Shannon dan David sejak Rhett masih bayi. Pasangan ini mulai memeriksa kelainan itu lantaran Rhett tidak pernah memejamkan mata untuk istirahat. Umumnya bayi lebih banyak tidur daripada terjaga.

Puluhan doktor yang sempat dihubungi pasangan itu sebelumnya tidak mampu mendiagnosis penyakit sebenar anaknya. Ada doktor yang mengatakan Rhett menderita autis, tapi ada yang membantah diagnosis itu. Tapi, setelah melalui berbagai terapi dan uji medis, penyakit Rhett pun akhirnya dirawati.. Nasib baik...

Tukul Terlekat di Kepala!! Hampir maut!



Ngeri! Itulah yang mampu dikatakan bila melihat gambar di atas. Dengan tukul melekat di dahi hampir mengenai mata kiri. Ajaibnya, lelaki di atas masih hidup dan dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital. Inilah yang dikatakan berpatang maut sebelum ajal.! Nasib baik la x mati lagi lelaki ni.. kesian dia...


Amaran : Jangan Bermain Dengan Tukul
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...