Saturday, 25 February 2012

Gila!! Lukisan Kartun Rm 120.4 juta!




NEW YORK - Lukisan artis Roy Lichtenstein bertajuk Sleeping Girl yang diinspirasikan daripada buku komik dijangka dapat dilelong pada harga AS$40 juta (RM120.4 juta) oleh rumah lelongan Sotheby's di New York pada 9 Mei depan.

Lukisan tahun 1964 yang memaparkan seorang wanita berambut perang dan seksi itu merupakan sebahagian daripada siri lukisan Lichtenstein. Ia disifatkan sebagai hasil karya terhebat dunia seni pasca perang Amerika Syarikat.

"Sleeping Girl ialah salah satu karya terbaik kurun ke-20. Ia sebaris dengan lukisan ikonik wanita oleh pelukis seperti Pablo Picasso, Constantin Brancusi dan Amedeo Modigliani.

"'Gadis-gadis' Lichtenstein sememangnya antara hasil karya Lichtenstein yang paling dikehendaki pada hari ini. Sleeping Girl didambakan oleh para peminatnya sejak ia dihasilkan pada tahun 1964. Lukisan ini amat segar dan bertenaga, seolah-olah ia baru dilukis semalam," kata Ketua Seni Kontemporari Seluruh Dunia Sotheby's, Tobias Meyer.

Lukisan yang menjadi sebahagian daripada Jualan Seni Kontemporari Sotheby's akan dipamerkan di Los Angeles, Hong Kong, London dan New York sebelum dilelong. - REUTERS

Thursday, 23 February 2012

Saturday, 18 February 2012

Hebat!! Bayi Berat 5.5kg Dilahirkan Cara Normal



LONDON: Suzie, yang seberat 5.5 kilogram adalah bayi paling besar pernah dilahirkan di Britain.
Beratnya hampir dua kali ganda berbanding purata berat bayi baru lahir. Lebih menarik lagi, Suzie sudah mempunyai dua batang gigi ketika dilahirkan.

Tetapi yang menghairankan, ibunya, Gemma Tevendale, 26, melahirkannya cara biasa dengan hanya dibantu oleh gas dan udara.
Dia hanya mengalami sakit selama 44 minit sebelum dimelahirkan Suzie.

Kebanyakan ibu bayi yang bersaiz besar terpaksa menjalani proses Caesarean ketika melahirkan anak masing-masing.

“Bidan terkejut. Mereka berkata, bayi saya besar, antara 4.5 kilogram atau 5 kilogram.
Tetapi apabila mereka melihat beratnya 5.5 kilogram, mereka berkata, penimbang itu sudah pecah,” kata Gemma.

Suzie dilahirkan tiga minggu lalu dan kini sudah memakai pakaian bayi yang berusia enam bulan.
Dan selera makan bayinya juga besar. Dia diberi susu badan tetapi turut memerlukan susu botol kerana sentiasa lapar. - DM

Wajah Jadi hodoh Akibat menghisap dadah!



MIAMI: Seorang remaja nakal yang hanya tinggal separuh kepala berikutan satu kemalangan, semalam menyalahkan arak dan dadah yang menyebabkan wajahnya agak jelik.
Ini kali pertama remaja itu bercakap mengenai kemalangan itu.

Carlos 'Halfy' Rodriguez, yang lebih dikenali sebagai Sosa, kehilangan sebahagian besar otak dan tengkoraknya selepas terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan dia tercampak keluar menerusi cermin depan kereta sebelum jatuh kepala dulu di atas jalan raya.

Dalam satu video baru, dia menggunakan pengalamannya untuk menasihat orang ramai supaya tidak minum arak dan mengambil dadah.
Doktor terpaksa memotong sebahagian besar daging dan tulang kepala untuk menyelamatkan dia dan sejak itu dia meneruskan kehidupannya di Miami, Florida.

“Saya khayal kerana mengambil dadah. Saya memandu dan melanggar tiang yang menyebabkan saya tercampak keluar menerusi cermin depan,” katanya dalam mesej menerusi You Tube.
Sambil menunjukkan kepalanya ke arah kamera, dia berkata: “Dan inilah akibatnya. Kerana itu, adalah tidak bagus untuk minum arak atau mengambil dadah dan kemudian memandu. Ia tidak bagus,” katanya.

Menurut akhbar Jerman, Bild, Sosa mengalami kemalangan itu ketika berusia 14 tahun.
“Saya bersama seorang sepupu dan seorang rakan, mencuri kereta. Kami memandu terlalu laju dan hilang kawalan hingga menyebabkan kemalangan,” katanya

'Rodriguez menjadi terkenal dua tahun lalu selepas dia ditahan atas dakwaan cuba melanggan pelacur.
Polis Miami berdepan dengan masalah dalam menyediakan laporan. Dokumen itu tidak mempunyai nama, kecuali perkataan ‘Separuh Kepala.’
Gambar yang menunjukkan dia tidak berdahi dan bahagian atas kepala termasuk ke dalam tersebar ke seluruh dunia tetapi ramai yang menyangka ia berita palsu.

Bagaimanapun, video baru itu membuktikan dia dan kecederaan melampaunya itu memang benar.
Tetapi, walaupun dengan mesej yang serius untuk menjauh narkotik, Rodrizuez kelihatan masih jauh daripada mengubah gaya hidupnya apabila dia mengaku masih menghisap dadah.

Dalam kenyataan mengejutkan, dia menuduh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama juga berbuat demikian.
“Ini yang saya lakukan setiap hari, menghisap dadah,” katanya.
“Obama ialah Presiden Amerika Syarikat dan dia juga menghisap dadah. Dan kenapa saya tidak boleh menghisapnya.”
‘Halfy’ bukan satu-satunya orang yang terselamat dan menjalani kehidupan dengan separuh kepala.

Di Britain juga ada beberapa orang sepertinya.
Remaja belasan tahun, Ben Maycock bernasib baik kerana terselamat selepas diserang dengan tukul besi yang menyebabkan sebahagian besar tengkoraknya lekuk pada 2010. - DM

Thursday, 16 February 2012

Wow!! Haiwan-haiwan Raksasa yang ditemui


Peringatan!! Jangan terkejut dan lantas menjadi beruk.. Hohohoho..
Gambar gambar ini adalah koleksi haiwan-haiwan raksasa yang ditemui..
Ucapkanlah Zikir kepada Allah .. Sungguh hebat ciptaanya.. Eh, kita adalah salah satu ciptaan Nya yang paling hebat!!~











Perempuan jelita ini dibelasah sehingga parah!!


Cedera parah..wajah Tirion Lewis selepas dipukul teman lelaki





jelita..wajah asal Tirion

WEST WALES: Tirion Lewis,19 seorang mahasiswa yang memiliki wajah yang jelita mengalami mimpi buruk dalam hidupnya apabila dipukul sehingga tidak berdaya oleh teman lelakinya yang merupakan "bare-knuckle fighter". Dia terbaring dalam keadaan lembik dan luka berdarah ketika di bawa ke hospital .

Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan koma selama sebulan selepas diserang oleh Wayne Fox, teman lelakinya yang mengalami paranoid skizofrenia, sejenis penyakit gangguan mental.
Dia mengalami kecederaan yang sangat parah pada wajah sehingga menyebabkan paramedik pada awalnya tidak dapat mengenal pasti sama ada mangsa seorang lelaki atau seorang wanita. Perkara ini diperdengarkan di mahkamah.


Ketika kejadian,Tirion Lewis sedang duduk di dalam kereta dengan seorang sahabat,Miriam Evans di luar rumahnya ketika Wayne Fox yang berketinggian 6kaki 2 inci menyergahnya sambil berteriak: "Mengapa kau buat begini pada aku?"


Fox kemudiannya menumbuk cermin tingkap kereta dan kemudian melarikan mereka dengan kereta milik mangsa ke sebuah hutan terpencil di Aberystwyth, Welsh Barat, di mana dia mula menyerang mangsa dengan kasar.





Saksi kejadian:Miriam Evans ketika bersama Trion Lewis
Sahabat mangsa Miriam Evans, 19, yang merupakan saksi kejadian berkata: "Saya dapat melihat Wayne memukul dan menendang Tirion di lantai."


Dia menambah yang dia cuba menghalang Wayne Fox tapi malangnya dia di pukul dan di tendang di wajah sebelum suspek terus memukul Tirion.



wajah teman lelaki..Wayne Fox


Miriam berkata: "Wayne duduk di atas Tirion, dan meumbuknya tanpa henti,tetapi secara tiba-tiba dia bangun dan melarikan diri dengan kereta mangsa."


Miriam, terhoyong hayang berjalan ke ladang berhampiran untuk meminta pertolongan. Hasil pemeriksaan hospital mendapati, serangan itu menyebabkanTirion mengalami kecederaan di otak, patah tulang pinggul, kerosakan ginjal dan pendarahan di paru-paru.
Pendakwaraya, Frank Phillips dalam mahkamah SwanSea Crown berkata: "Sebagai penasihat undang-undang,saya belum pernah melihat kejadian seperti ini."


Sehingga kini, Tirion masih menderita masalah memori selepas serangan yang berlaku pada tahun 2009.
Tertuduh Wayne Fox, 23, dari Aberystwyth, dirujuk kepada pakar psikitri.Ketika disoal doktor yang merawatnya,dia mengatakan: "Syaitan membisikkan kepada saya untuk mencederakan teman wanita saya."


Dia mengalami pertuduhan mencederakan dan menculik dan dia mengaku bersalah.
Dia akan di jatuhkan hukuman tidak lama lagi selepas keadaan mentalnya kembali normal.

Wednesday, 15 February 2012

Wanita Gergasi jadi model




Model tertinggi di dunia bernama Amazon Eve dicatatkan memiliki ketinggian 205 sentimeter. Wanita berusia 31 tahun tersebut kini telah pergi ke merata negara sebagai model. Eve mulai dikenali setelah tampil mengenakan bikini di muka depan sebuah majalah pada November tahun lalu. Setelah tampil di majalah tersebut, Eve pun mula dikenali orang ramai.




Wanita yang berasal dari Turlock, California, Amerika Syarikat, itu kini menjadi model sepenuh masa dan juga pelakon. Selain itu, Eve juga bergusti dengan lelaki untuk mendapatkan bayaran US$ 400 per jam. Eve mengakui baka yang berasal dari Jerman dan Belanda menurunkan gen tinggi. “Seluruh wanita di keluarga saya memang tinggi,” ujar Eve. Kerana posturnya yang lebih tinggi, dia sukar mencari kasut untuk dipakai. Dia memakai kasut yang berukuran 14.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...