Thursday, 17 November 2011

Piranha Gigit 15 perenang



Beri-ribu ikan piranha daripada spesies maging memenuhi pantai popular di barat Brazil dan menggigit sehingga putus ibu jari kaki sekurang-kurangnya 15 perenang.

Pihak berkuasa di bandar Caceres di Mato Grosso berkata ini adalah kali pertama mereka berdepan masalah piranha di pantai Daveron di sungai Paraguay, selepas ikan agresif itu berkumpul sejak dua minggu lalu.
“Penduduk perlu berhati-hati. Jika digigit, mereka perlu keluar segera dari air bagi mengelakkan darah tersebar,” kata anggota bomba Raul Castro de Oliveira, kepada laman web G1 Globo TV. 

Antara mangsa yang digigit pada Ahad lalu ialah Elson de Campos Pinto, 22. 

“Saya menyelam dalam sungai dan tiba-tiba saya merasa sakit pada kaki. 
Saya berlari keluar dari sungai sebaik menyedari kehilangan hujung ibu jari kaki. Saya bimbang akan diserang lagi kerana kaki berdarah,” katanya.
Pihak berkuasa bandar berkata pantai itu akan dibuka kerana ia adalah tarikan penting pelancong di rantau Pantanal Brazil, terkenal kerana pelancongan ekologi.

Setiap September, Caceres menganjurkan pesta perikanan terbesar, acara seminggu yang menarik 200,000 pelancong untuk memancing dan menikmati konsert.

Pegawai keselamatan sudah memasang tanda amaran kepada orang ramai supaya berwaspada jika berenang. – AP/Agensi 

Steve Jobs Punya Keranda



      Inilah keranda Steve Jobs yang sangat elegan.Steve adalah salah seorang yang mengasaskan Apple bersama temannya Steve Wozniak. Pencapaian Steve dalam bidang pengkomputeran sangat dikagumi oleh semua orang.

  Antara hasil Jobs adalah

iphone yang korang pakai tu


ipad yang korang banggakan tu


ipod yang korang sayang sangat


Dan Macbook air yang korang cinta sangat



Sebenarnya, Steve Jobs banyak menyumbang kepada industri kita. Cuma tak larat nak cerita semua kat sini.
Jadi, jom kita lepak-lepak dulu.

Kura-Kura Raksasa wujud!!

archeo6 Penemuan Terbaru Fosil Kura Kura Purba Di Antartika




Baru-baru ini, sebuah fosil kura-kura purba yang berusia sekira 45 juta tahun, ditemui di Antartika. Tulang-tulang yang ditemui, merupakan dua serpihan cengkerang daripada kura-kura purba.
Lokasi penemuan itu terletak di gugusan La Meseta di Seymour Island, Antartika. Ekspedisi tersebut dilakukan oleh pasukan Antartic Institute of Argentina. Seperti yang dipetik dari lama web Live Science.


Sementara itu, para penyelidik belum dapat menentukan jenis spesies kura-kura tersebut. Fragmen cengkerang kura-kura yang ditemui ini mungkin bukan daripada spesies kura-kura yang sebelumnya telah diketahui tinggal di kawasan tersebut pada era pra sejarah, yang dikenali dengan nama Eocene Epoch.
Penemuan ini boleh memberikan petunjuk kepada para saintis mengenai alam sekitar dan suhu di Antartika pada masa itu.

“Fosil-fosil baru ini menunjukkan kepelbagaian kura-kura itu pada zaman Eocene yang lebih banyak didapati di wilayah Antartika daripada dugaan semua,” ujar Marcelo S de la Fuente, penyelidik dari Natural History Museum di San Rafael, Argentina.




Pada zaman Eocene, keadaan Bumi berbeza dengan keadaan hari ini. Pada permulaan zaman ini, kawasan benua Antartika dan benua Australia masih bergabung, dan benua Antartika masih jauh lebih panas, Malah masih terdapat hutan hujan pada awalnya.




Penemuan tulang kura-kura purba jenis baru ini menunjukkan kepelbagaian kura-kura di kawasan tersebut. Benua Antartika masih jauh lebih hangat dari yang diandaikan.




“Kepelbagaian biologi biasanya di perairan sejuk. Kepelbagaian biologi hanya wujud di perairan tropika,” kata de la Fuente.




“Mahkluk vertebrata (binatang bertulang belakang, termasuk kura-kura, sebenarnya banyak terdapat di Antartika pada zaman purba,” tambah de la Fuente.




Selain mencari tulang-tulang daripada kura-kura purba, pasukan tersebut juga menemui banyak fosil ikan jerung, Pinguin, ikan Paus, dan ikan-ikan kecil yang lain.

Peraba Kantoi. (ni lawak ni)


KAJANG: Helah seorang lelaki yang pura-pura tidur selepas cuba mencabul seorang pelajar perempuan di dalam bas ekspres gagal apabila dihalau keluar selepas mangsa memaklumkan perbuatan kejinya kepada pemandu bas berkenaan, 11 November lalu.
Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa berusia 19 tahun menaiki bas yang dalam perjalanan dari Melaka ke ibu kota dan pada mulanya curiga apabila mendapati tangan penumpang yang duduk di sebelahnya diletakkan berhampiran pinggangnya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, pada mulanya mangsa menyangka lelaki itu ingin mengambil beg yang diletakkan di sebelahnya tanpa mempedulikan tindakan suspek.
Katanya, sangkaan mangsa meleset apabila suspek tiba-tiba memegang bahu mangsa beberapa minit.

“Suspek yang beranggapan mangsa tidak menyedari perbuatan itu kemudian semakin berani apabila meramas payu dara mangsa menyebabkan mangsa tersentak dengan perbuatan suspek.

“Mangsa yang bengang diperlakukan sedemikian kemudian menoleh mukanya untuk memandang suspek tetapi sebaik ditoleh, suspek berpura-pura tidur,” katanya.

Pakai susuk untuk kuat solat


KUALA LUMPUR: “Niat saya hanya untuk mendalami agama dan melakukan ibadat. Tidak sangka pula jalan yang saya ambil bukan cara yang sebenarnya, sebaliknya memesongkan akidah,” kata Zaki, 34, yang memakai ‘susuk kuat sembahyang’ kira-kira setahun lalu, diperoleh daripada seorang individu mendakwa sebagai ustaz di Kelantan.
Menurutnya, dia ditemukan dengan lelaki itu oleh seorang rakan selepas mendengar cadangan daripada sahabatnya itu yang didakwa turut menggunakan susuk berkenaan.
Tambahnya, ustaz itu memasukkan serbuk campuran tertentu pada tapak kakinya, di bahagian belakang badan dan tapak tangan menggunakan bacaan tertentu seperti mantera yang sukar difahami kononnya untuk merawat hatinya yang dipenuhi dosa.

Katanya, selepas ustaz itu memasukkan serbuk campuran berkenaan, dia merasakan kelainan pada tubuh badannya dan setiap kali ingin menunaikan ibadat, dia berasakan seperti ada suara ghaib membisikkan ke telinganya supaya melakukan ibadat.
Zaki berkata, susuk itu juga mempunyai larangan tertentu yang perlu dipatuhi sepanjang tiga bulan pertama pemakaiannya, termasuk tidak boleh menjejakkan kaki di tanah perkuburan dan sekiranya dia tidak mematuhi syarat itu, ustaz terbabit mendakwa dia akan menghidap penyakit misteri yang sukar diubati.


Halau ibu


KUALA LUMPUR: Hanya kerana tidak memberi wang RM10, sepasang suami isteri warga emas dihalau anak lelakinya yang berusia 32 tahun dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Sungai Merali, di sini, kelmarin.
Menurut sumber polis, dalam kejadian jam 3 petang itu, anak mangsa yang baru pulang melepak bersama rakannya meminta wang RM10 daripada ibu bapanya untuk berjudi sebelum dinasihatkan tidak melakukan perkara itu.

Katanya, nasihat itu menyebabkan anak lelaki mangsa marah dan mengamuk sebelum memecahkan barangan berharga.
“Sebelum itu, mangsa sudah memberi RM5 ketika anaknya mahu keluar melepak. Sejam kemudian, anak lelakinya pulang semula dan kali ini, meminta tambahan wang RM10 untuk berjudi.

“Permintaan itu tidak dihiraukan menyebabkan anaknya mengamuk,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, anak lelaki mangsa juga mengugut mahu mencederakan ibu bapanya, namun tidak sempat apabila mangsa mengelak dan mengugut mahu keluar rumah sekiranya perangai anaknya tidak berubah.

sumber, metro..

Pelapor, buletin lepak crew.

Buletin Lepak

Selamat datang ke buletin lepak .. jom la lepak kena kopi sikit.. Lepak Sini sambil dengar (baca) buletin lepak.
Siapa Mahu Order? Komen Bawah ye..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...