Ramai-Ramai Lepak di Buletin Lepak. Dengar Berita Sambil lepak. Ajak kawan korang lepak sini. Kalau lepak sorang-sorang, memang bukan lepak la namanya tu. Dapatkan Artikel-artikel mengenai isu-isu terkini dan fakta-fakti yang kadang-kadang menyayat hati, membakar hati, membuat sakit hati, dan mengubati hati.
Saturday, 21 January 2012
Jambatan Maut! Diperbuat dari kaca setinggi 1430 meter
Jambatan-jambatan yang boleh memautkan korang semua~ Jambatan Kematian di China ini terbuat dari kaca dan berada di ketinggian 1430 meter.
22 orang telah mati di jambatan ini. Puncanya kecuaian dan lemah jantung kot~~
Pantai Misteri Berwarna Merah darah!
Pantai Merah terletak di Liaohe River Delta, kira-kira 30 kilometer barat daya Bandar Panjin di China. Pantai ni jadi kemerah-merahan kerana sejenis rumpai yang hidup subur di tanah yang beralkali. Rumpai tersebut mula membesar pada bulan April dan Mei dan ianya kekal berwarna hijau ketika musim panas tetapi akan berubah kepada warna merah apabila musim luruh berlaku.
Me Gusta!!
Antara2 reaksi2 gambar2 yang menjadi popular sejak akhir2 ni dan semestinya ia juga menjadi minat ramai pengguna untuk menggunakan gambar tersebut dalam menghasilkan komik dan beberapa perkara lain. Contoh yang paling senang, gambar2 ekspresi muka2 ini telah dipopularkan oleh 9Gag. Ada juga yang menggunakan gambar2 ini sebagai DP facebook dan twitter mereka. Antara Gambar2nya ada dibawah ni.....
Antara ekspresi muka yang popular.....
Untuk pengetahuan anda2 semua, ekspresi2 muka ni berasal daripada laman popular 4Chan, dan seperti semakin popular akhir-akhir ini. Gambar ilustrasi ini dihasilkan oleh Sam Spratt, dimana sebelum ini beliau telah bekerja pada media terkemuka, Gawker Media, selain turut membuat pelbagai ilustrasi untuk perkara lain. Anda yang berminat boleh melihat hasil beliau pada laman rasmi SamSpratt.com.
Aurora! Tersangat menakjubkan!!
Aurora berlaku apabila zarah bercas di luar atmosfera Bumi berlanggar dengan atom di dalam atmosferabahagian atas. Hasilnya: paparan bercahaya langsir, melengkung, dan garisan di langit. Fenomena inidikenali sebagai aurora borealis atau cahaya utara di Hemisfera Utara dan aurora australis atau cahayaselatan di Hemisfera Selatan.
Aurora Aurora, terlalu disanjungi, telah ditanya mengapa~~
Cube teka lirik lagu apa?
Gambar lucu yang memecahkan perut korang! LOL
O_o
=P
Terbeliak lembu2!
Hebat la.. valentino Rossi berlatih doe!
I <3 U Naga Hebat!
Minta sedekah la pulak..
no komen~
Dunia anjing~~
Kenderaan-kenderaan masa depan!
Wow!! Futurustic gile! Style sgt doe...
Nak tengok banyak lagi contoh-contoh kenderaan-kenderaan masa depan?
jom~~!!!
Nak lagi ke?? Cukup la.. Ingat engineer-engineer kereta larat ke nak reka banyak-banyak? Hahaahahaha..
Kalau ada , korang nak beli ke tak??
Thursday, 19 January 2012
Baba Vanga Ramal Kiamat 5079!
Siapakah manusia yang sangat berani meramalkan sesuatu yang besar seperti ini..? Dia adalah Nabiah Baba Vanga yang selalu meramalkan apa yang akan terjadi kepada dunia dalam tempoh 3000 tahun akan datang.
Vanga (Vangelia) Pandeva lahir pada 31 Januari 1911 dan menghabiskan hidupnya menetap di Bulgaria sampai lah dia meninggal dunia pada 11 Ogos 1996. Dia kehilangan penglihatannya ketika berusia 12 tahun ketika itu dia telah dibawa oleh tornado. Dia telah ditemui hidup dengan pasir di matanya, sehingga menyebabkan ianya buta. Vanga mula membuat ramalan ketika dia berusia 16 tahun. Dia menjadi sangat terkenal kerana kurnia yang diperolehinya banyak yang tepat. Banyak pemimpin negara termasuk Hitler mengunjunginya.
Ramalan Vanga yang paling mengejutkan dan sudah terbukti adalah:
*Pada permulaan abad, pada bulan Ogos 1999 atau 2000, Kursk akan ditutupi dengan air, dan seluruh dunia akan menangis di atasnya.
Ramalan yang tidak masuk akal saat itu. Awalnya ramai yang tidak percaya sehingga akhirnya dua puluh tahun kemudian, ketika kapal selam nuklear Russia tenggelam dalam kemalangan pada bulan Ogos 2000. Kapal selam itu bernama Kursk. Kursk adalah nama kepada sebuah bandar (menjadi nama kapal tersebut).
*Kembar Amerika akan jatuh setelah diserang oleh burung-burung besi. Serigala akan melolong dalam semak (Bush), dan banyak orang tidak berdosa menjadi mangsa.
Terjadi seperti yang dianggarkan. World Trade Center Towers di New York runtuh selepas serangan pengganas pada 11 September 2001. WTC Towers itu digelar Para pengganas menghantar penumpang pesawat burung besi kedalam menara (bush)jelas berkaitan dengan nama keluarga presiden AS ketika itu.
Itu adalah 2 ramalan Vanga yang benar 100%. Anda hendak percaya atau tidak atau mungkin menjadi paranoid? Faktanya adalah tiada siapa yang tahu adakah semua yang diramalkan di bawah ini akan menjadi kenyataan atau tidak, kita lihat sahaja lah perkembangan dan kenyataanya.
Antara ramalan-ramalan Vanga di masa depan:
Tahun 2011:
Diturunkan hujan radioaktif di sebelah utara bumi, tiada haiwan atau tumbuh-tumbuhan akan tertinggal.
Tahun 2014:
Sebahagian besar orang di dunia ini akan mempunyai kanser kulit dan penyakit seumpamanya, akibat daripada perang kimia.
Tahun 2016:
Eropah hampir tiada orang yang akan tinggal di sana.
Tahun 2018:
china akan menjadi kuasa besar baru selepas perang. Pengeksploitasi akan menjadi yang dieksploitasi.
Tahun 2023:
orbit Bumi akan berubah.
Tahun 2025:
Eropah hampir tiada penduduk.
Tahun 2028:
Satu sumber tenaga baru akan ditemui. Ini akan mengatasi masalah kebuluran di dunia. Penerbangan angkasa oleh manusia Ke planet Zuhrah.
2033: paras air dunia akan meningkat kerana kawasan kutub mencair.
2043: Orang-orang Islam akan berhijrah Eropah.
2046: Satu penemuan baru dalam sejarah perubatan. Semua organ-organ badan boleh diterbitkan semula, menjadi kaedah yang paling mudah dan paling popular dalam perubatan.
2066: Amerika Syarikat menggunakan senjata baru yang mengubah iklim (Pembekuan segera).
2076: Komunisme mengambil alih dunia. Terdapat tiada kelas masyarakat.
2084: Pemulihan Alam Semula Jadi. Dunia akan mencapai pencemaran yang paling rendah.
2088: Penyakit baru - penyakit menjadi tua dengan pantas (manusia) menjadi tua dalam beberapa saat.
2097: Penemuan penawar kepada penyakit cepat tua.
2100: Manusia mencipta matahari tiruan sebagai lampu untuk menerangi bahagian gelap planet bumi. Cahaya 24 jam sehari.
Tahun 2111:
Manusia akan disepadukan dengan robot. Seperti androids.
Tahun 2123:
Perang di antara negara-negara kecil. Negara-negara besar tidak campur tangan.
Tahun 2125:
Isyarat dari Angkasa akan diterima di Hungary. Manusia mula berkomunikasi dengan tetamu tambahan Terrestrials.
More Info: http://beritabulan.blogspot.com/2012/01/kiamat-diramal-akan-berlaku-pada-tahun.html
Vanga (Vangelia) Pandeva lahir pada 31 Januari 1911 dan menghabiskan hidupnya menetap di Bulgaria sampai lah dia meninggal dunia pada 11 Ogos 1996. Dia kehilangan penglihatannya ketika berusia 12 tahun ketika itu dia telah dibawa oleh tornado. Dia telah ditemui hidup dengan pasir di matanya, sehingga menyebabkan ianya buta. Vanga mula membuat ramalan ketika dia berusia 16 tahun. Dia menjadi sangat terkenal kerana kurnia yang diperolehinya banyak yang tepat. Banyak pemimpin negara termasuk Hitler mengunjunginya.
Ramalan Vanga yang paling mengejutkan dan sudah terbukti adalah:
*Pada permulaan abad, pada bulan Ogos 1999 atau 2000, Kursk akan ditutupi dengan air, dan seluruh dunia akan menangis di atasnya.
Ramalan yang tidak masuk akal saat itu. Awalnya ramai yang tidak percaya sehingga akhirnya dua puluh tahun kemudian, ketika kapal selam nuklear Russia tenggelam dalam kemalangan pada bulan Ogos 2000. Kapal selam itu bernama Kursk. Kursk adalah nama kepada sebuah bandar (menjadi nama kapal tersebut).
*Kembar Amerika akan jatuh setelah diserang oleh burung-burung besi. Serigala akan melolong dalam semak (Bush), dan banyak orang tidak berdosa menjadi mangsa.
Terjadi seperti yang dianggarkan. World Trade Center Towers di New York runtuh selepas serangan pengganas pada 11 September 2001. WTC Towers itu digelar Para pengganas menghantar penumpang pesawat burung besi kedalam menara (bush)jelas berkaitan dengan nama keluarga presiden AS ketika itu.
Itu adalah 2 ramalan Vanga yang benar 100%. Anda hendak percaya atau tidak atau mungkin menjadi paranoid? Faktanya adalah tiada siapa yang tahu adakah semua yang diramalkan di bawah ini akan menjadi kenyataan atau tidak, kita lihat sahaja lah perkembangan dan kenyataanya.
Antara ramalan-ramalan Vanga di masa depan:
Tahun 2011:
Diturunkan hujan radioaktif di sebelah utara bumi, tiada haiwan atau tumbuh-tumbuhan akan tertinggal.
Tahun 2014:
Sebahagian besar orang di dunia ini akan mempunyai kanser kulit dan penyakit seumpamanya, akibat daripada perang kimia.
Tahun 2016:
Eropah hampir tiada orang yang akan tinggal di sana.
Tahun 2018:
china akan menjadi kuasa besar baru selepas perang. Pengeksploitasi akan menjadi yang dieksploitasi.
Tahun 2023:
orbit Bumi akan berubah.
Tahun 2025:
Eropah hampir tiada penduduk.
Tahun 2028:
Satu sumber tenaga baru akan ditemui. Ini akan mengatasi masalah kebuluran di dunia. Penerbangan angkasa oleh manusia Ke planet Zuhrah.
2033: paras air dunia akan meningkat kerana kawasan kutub mencair.
2043: Orang-orang Islam akan berhijrah Eropah.
2046: Satu penemuan baru dalam sejarah perubatan. Semua organ-organ badan boleh diterbitkan semula, menjadi kaedah yang paling mudah dan paling popular dalam perubatan.
2066: Amerika Syarikat menggunakan senjata baru yang mengubah iklim (Pembekuan segera).
2076: Komunisme mengambil alih dunia. Terdapat tiada kelas masyarakat.
2084: Pemulihan Alam Semula Jadi. Dunia akan mencapai pencemaran yang paling rendah.
2088: Penyakit baru - penyakit menjadi tua dengan pantas (manusia) menjadi tua dalam beberapa saat.
2097: Penemuan penawar kepada penyakit cepat tua.
2100: Manusia mencipta matahari tiruan sebagai lampu untuk menerangi bahagian gelap planet bumi. Cahaya 24 jam sehari.
Tahun 2111:
Manusia akan disepadukan dengan robot. Seperti androids.
Tahun 2123:
Perang di antara negara-negara kecil. Negara-negara besar tidak campur tangan.
Tahun 2125:
Isyarat dari Angkasa akan diterima di Hungary. Manusia mula berkomunikasi dengan tetamu tambahan Terrestrials.
More Info: http://beritabulan.blogspot.com/2012/01/kiamat-diramal-akan-berlaku-pada-tahun.html
Tuesday, 17 January 2012
Anwar Mahu saman Utusan kerana memfitnah!
SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tindakan mahkamah ke atas Kumpulan Utusan dengan menuntut agar ia menarik balik laporan-laporan yang menurutnya telah memfitnah beliau.
Utusan Malaysia menerbitkan laporan itu berdasarkan satu temu bual Anwar dengan stesen BBC baru-baru ini, susulan pembebasan beliau dari tuduhan meliwat.
Naib Presiden PKR, N. Surendren berkata, laporan akhbar itu mendakwa Anwar dalam wawancaranya bersama BBC telah meminta kerajaan mengkaji semula undang-undang yang melibatkan hubungan homoseksual di negara ini.
Menurut Surendran, Anwar sebenarnya mengatakan bahawa sebagai penganut agama Islam dan bagi orang bukan Islam di negara ini, umumnya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita di Malaysia.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat petang ini, Surendran yang juga seorang peguam berkata: "Menerusi peguamnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 17 Januari (hari ini) telah mengeluarkan notis tuntutan ke atas Utusan Melayu (M) Berhad yang merupakan pemilik akhbar Utusan Malaysia dan juga ke atas Editor Utusan Malaysia, meminta penarikan balik kesemua dakwaan, permintaan maaf dan ganti rugi."
Kasut Pintar Adidas Di Malaysia!
PETALING JAYA - Adidas Malaysia Sdn Bhd mempertontonkan kasut bola sepak pintar pertama di dunia, 'adizero F50' yang dilengkapi peranti pintar dikenali sebagai 'miCoach Speed Cell', yang membolehkan pemain bola sepak merekodkan kepantasan, jarak yang diliputi dan kadar kerja dalam perlawanan atau sesi latihan.
Pelancaran kasut itu, yang diberi jolokan 'kasut dilengkapi minda' peringkat global diadakan di United Kingdom pada November lalu oleh pemain terkemuka dari Argentina, Lionel Messi.
Pengurus Pemasaran Jenama dan Sukan Adidas Malaysia, Bryan Gee berkata, kasut itu adalah yang paling ringan dalam kelasnya, dengan berat hanya 165g, namun paling pintar yang pernah dihasilkan oleh syarikat pengeluar kelengkapan sukan itu.
"miCoach menjadikan kasut ini sebagai alat latihan digital paling maju yang membolehkan pemain bola sepak mengesan dan memuat naik data prestasi mereka termasuk kepantasan, jumlah pecutan, jarak dan jarak pada tahap intensiti tinggi," katanya selepas majlis pelancaran kasut berkenaan di Pusat Sukan NPNG di Damansara Damai, dekat sini semalam.
Gee berkata miCoach dilengkapi alat pengesan yang boleh ditanggalkan di bahagian dalam kasut yang membolehkan pengguna memindahkan semua maklumat semasa perlawanan bola sepak dan sesi latihan ke komputer, telefon pintar atau tablet mereka menerusi teknologi Bluetooth binaan dalam.
Beliau berkata, peranti berkenaan, dengan saiz sebesar pemacu pena, diletakkan di dalam tapak kasut itu, yang juga boleh digunakan dalam kasut lain keluaran Adidas, misalnya bagi sukan bola keranjang dan larian.
Kasut yang dilengkapi dengan miCoach kini boleh didapati di semua kedai Adidas Sports Performance yang mengambil bahagian dan menawarkan lima pilihan warna pada harga RM780 sepasang.
Peranti 'miCoach' yang terdiri daripada Speed Cell dan peranti pintar dongle turut dijual berasingan dan boleh dibeli pada harga RM299 bagi platform iPod dan iPhone serta RM260 bagi platform komputer peribadi serta Mac.
Monday, 16 January 2012
Seorang Ibu Tekan Butang letupkan Bangunan!
KING"S LYNN, Britain - Seorang ibu dua anak, Sarah Griffiths diberi penghormatan untuk menekan butang letupan bagi meruntuhkan sebuah bangunan syarikat makanan Campbell's Soup di sini kelmarin.
Griffiths yang berusia 41 tahun menyatakan dia berasa lega diberikan penghormatan itu kerana bapanya pernah meninggal dunia di dalam kilang tersebut kerana satu kemalangan industri.
Wanita itu menang dalam satu pertandingan untuk mengetuai operasi memusnahkan bangunan tersebut yang dimiliki oleh pengeluar makanan sup Campbell's.
Bangunan diruntuhkan menerusi satu siri letupan menerusi alat kewalan.
Bapa Griffiths, Mick Locke mati kerana tubuhnya melecur pada tahun 1995 dalam satu kemalangan wap. - Agensi
Terpaksa Cairkan salji jadikan bekalan air
KRASNOYARSK, Rusia - Satu pasangan suami isteri, Victor Gavenko dan isterinya, Nina menggunakan salji untuk dijadikan bekalan air bersih di rumah mereka di kampung Pravy, daerah Taiga, Rusia.
Gavenko, 76, dan isterinya, Nina tidak memperoleh bekalan air bersih menyebabkan mereka mencairkan salji.
Salji merupakan sumber mereka untuk mendapatkan bekalan air bersih untuk kegunaan sendiri dan haiwan ternakan. - Reuters
Finalis AJL 26 Serang Johor! Best~
KEPUTUSAN 12 lagu yang akan bertanding pada Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL 26) pada 29 Januari ini yang bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil sudah pun diketahui ramai.
Bagaimanapun, bagi menghangatkan lagi suasana saingan untuk merebut trofi AJL 26, pihak TV3 telah mengadakan satu jelajah yang telah diadakan di Plaza Angsana Johor Bahru pada 8 Januari lalu.
Penerbit dan Pengarah AJL 26, Nurhul Huda Khalid berkata, matlamat utama jelajah berkenaan diadakan adalah untuk mendekatkan lagi para peminat dengan finalis yang akan bertanding.
“Sebenarnya setiap tahun menjelang AJL pihak TV3 akan mengadakan jelajah sebegini sebagai satu langkah promosi. Jadi pada tahun ini sekali lagi kami telah memilih Johor sebagai lokasi jelajah.
“Jika pada tahun lalu kami telah memilih Pasir Gudang, kali ini kami membuat keputusan untuk Plaza Angsana, Johor Bahru sebagai lokasi dan ternyata mendapat sambutan yang cukup hangat," ujarnya.
Mengenai pemilihan lakosi, Nurhul menjelaskan pihaknya telah memilih negeri Johor kerana ia berdasarkan lokasinya yang berhampiran dengan Singapura dan membolehkan peminat dari negara seberang tambak itu sama-sama merasai suasana kemeriahan AJL.
Antara barisan artis yang telah memeriahkan jelajah AJL 26 tersebut seperti Ning Baizura, Shila Amzah, Jaclyn Victor, Alyah, Aizat, Hafiz AF7, Hazama serta kumpulan Ilusi dan Projek Pistol.
Dihoskan oleh Cheryl Samad dan Faizal Ismail, kira-kira 15,000 pengunjung yang datang pada hari jelajah tersebut telah dihiburkan dengan persembahan lagu-lagu yang akan bersaing di pentas final nanti.
“Boleh dikatakan saya sangat berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh barisan artis yang menghiburkan pengunjung. Walaupun sedang sibuk membuat persiapan, tetapi mereka masih lagi sudi untuk meluangkan masa untuk menjayakan acara jelajah ini,” ujarnya.
Menariknya, sehari sebelum berlangsungnya acara jelajah berkenaan, para artis telah dibawa untuk berkunjung ke rumah Pertubuhan Kebajikan Baitul Maghfirah yang terletak di Bandar Baru Uda, Johor.
Selain beramah mesra dengan penghuni rumah tersebut yang terdiri daripada anak-anak yatim dan miskin, artis-artis turut memeriahkan acara Sukaneka yang telah dianjurkan oleh MyTV3.
"Selain bertujuan untuk memberikan hiburan kepada orang ramai, kunjungan ke rumah kebajikan ini juga adalah salah satu langkah untuk memberikan sedikit sumbangan kepada golongan yang memerlukan," jelasnya.
Menurut Nurhul, acara jelajah AJL 26 itu akan turut disiarkan di TV 3 sebanyak dua episod iaitu pada 14 dan 21 Januari selama sejam pada pukul 5 petang dan dihoskan oleh Adzriefaiz Adzlan.
The Artist menang Filem terbaik! Best!
BEVERLY HILLS, Amerika Syarikat (AS) - Selepas dinobat filem terbaik Anugerah Pilihan Pengkritik Hollywood minggu lalu, filem komedi The Artist sekali lagi menyerlah kali ini pada Anugerah Golden Globes kelmarin.
Pertama kali diadakan pada tahun 1944, The Artist menang tiga kategori dalam anugerah anjuran Persatuan Media Asing Hollywood (HFPA) itu.
Ia memenangi filem terbaik, muzikal atau komedi terbaik, aktor terbaik untuk pelakon utamanya, Jean Dujardin selain skor terbaik.
Diarahkan oleh pengarah filem Perancis, Michel Hazanavicius dan menampilkan barisan pelakon kurang ternama seperti Jean Dujardin, Bérénice Bejo dan John Goodman, The Artist mencatat sejarah sebagai filem bisu hitam putih pertama memenangi anugerah utama Hollywood sejak zaman awal industri perfileman itu sekitar tahun 1920-an.
Turut menyerlah pada anugerah berprestij berkenaan yang berlangsung di Dewan Tarian Antarabangsa Hotel Beverly Hilton di sini pada Ahad lalu ialah filem The Descendants lakonan aktor veteran Hollywood, George Clooney.
The Descendants mengungguli anugerah filem drama terbaik manakala Clooney, 50, pula dinobatkan sebagai aktor drama terbaik.
Perkembangan tersebut bakal menyaksikan filem The Artist dan The Descendants berentap sekali lagi pada Anugerah Academy bulan depan.
Martin Scorsese memenangi anugerah pengarah terbaik menerusi filem Hugo.
Meryl Streep, 62, memenangi aktres drama terbaik menerusi penampilannya sebagai Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher dalam filem The Iron Lady.
Seorang lagi pengarah tersohor Hollywood, Woody Allen memenangi lakon layar terbaik melalui filemMidnight In Paris yang diadaptasi daripada komik popular.
Filem The Adventures of Tintin arahan Steven Spielberg turut memenangi kategori animasi terbaik. Aktres Kate Winslet memenangi kategori pelakon mini siri terbaik. - Agensi
Safee Ditawar Kelab Antarabangsa! Galatasaray!
TEKA-TEKI mengenai masa depan peledak berbisa Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali bersama kelabnya, Pelita Jaya hanya akan diketahui selewat-lewatnya penghujung bulan ini.
Pengurus peribadinya, Zakaria Ab. Rahim memberitahu, setakat ini masih belum ada kata putus mengenai lanjutan kontrak Safee bersama Pelita Jaya sebaik kontraknya tamat pada 31 Januari ini.
“Kita tunggu penghujung bulan ini. Saya akan ke sana (Indonesia) sekali lagi bagi mengadakan perbincangan lanjut bersama Pelita Jaya berhubung kontrak Safee selepas perbincangan sebelum ini masih belum menemui jalan penyelesaian,” katanya ringkas kepada Kosmo! semalam.
Kosmo! sebelum ini melaporkan hasrat Pelita Jaya yang mahu menawarkan kontrak lanjutan selama tiga tahun bagi terus mendapatkan khidmat Safee selepas ini.
Ia begitupun kurang dipersetujui kapten Pelita Jaya itu atas alasan ‘terlalu lama’ yang dikhuatiri bakal membuatkan persembahannya kekal statik tanpa sebarang peningkatan.
Selain turut diintai juara Liga Thailand 2010, Muang Thong United, Safee menerusi laporan akhbar semalam juga mengakui telah dilamar oleh tiga kelab ternama Eropah.
Safee begitupun enggan mendedahkan nama ketiga- tiga kelab tersebut atas alasan ia sekadar tawaran secara lisan dan masih belum ada sebarang persembahan rasmi dibuat setakat ini.
Difahamkan, ketiga-tiga kelab yang dilaporkan berminat mendapatkan khidmat Safee ialah kelab dari Turki, Galatasaray, Panathinaikos FC (Greece) dan juga kelab Perancis, Paris Saint Germain yang baru sahaja mendapat sentuhan bekas pengendali Chelsea, Carlo Ancelotti baru-baru ini.
Zakaria begitupun enggan mengesahkan spekulasi tersebut yang ketika ini begitu rancak diperkatakan oleh peminat bola sepak tempatan di laman blog dan juga Facebook.
“No comment, masih terlalu awal untuk mengumumkan nama ketiga-tiga kelab tersebut. Buat masa ini, Safee masih pemain Pelita Jaya,” katanya ringkas.
Safee yang telah meledak lima gol sepanjang saingan Liga Super Indonesia (ISL) musim ini merupakan penjaring gol kedua terbanyak setakat ini, selain merupakan satu-satunya pemain dari Asia Tenggara yang berada dalam senarai 10 penjaring terbanyak ISL.
Pelita Jaya yang menduduki tangga keenam ISL dengan mengumpul 11 mata bakal berdepan cabaran pasukan di tangga kelapan, Mitra Kutai Kartanegara FC di Kalimantan hari ini.
Ketika ditanya mengenai sasaran peribadi Safee untuk mengatasi rekod tujuh gol yang diledaknya bersama Pelita Jaya musim lalu, kata Zakaria:
“Safee tidak meletakkan sebarang sasaran musim ini, sebaliknya berazam untuk mencetak gol setiap kali turun beraksi.”
Bekas banduan ugut nak Sembelih Isteri
ALOR SETAR – Seorang guru di sebuah sekolah rendah kini dalam ketakutan apabila suaminya yang akan dibebaskan dari sebuah penjara di Sabah esok, mengugut akan menyembelihnya hingga mati.
Siti Muniroh Mohd. Shukri, 31, berkata, dia bimbang suaminya yang panas baran itu benar-benar membalas dendam apabila mengetahui dia sudah melarikan diri dari kediaman mereka di Sabah pada Julai lalu.
Dakwa guru mata pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan St. Dominic di Tawau itu, dia terpaksa kembali ke pangkuan keluarganya di Kampung Alor Buluh di sini bagi mendapat perlindungan kerana tidak tahan dipukul oleh suami sendiri yang juga berusia 31 tahun.
Suaminya itu kini menjalani hukuman penjara di Sabah kerana kesalahan dadah dan tidak pernah bekerja selepas pasangan itu melangsungkan perkahwinan pada Julai 2009.
Mayat Mati Hidup semula lepas bedah siasat!
Carlos Camejo (33), dikatakan meninggal dunia setelah mengalami kemalangan di jalan raya. Dia kemudian dibawa ke bilik mayat untuk di bedah siasat. Tiba-tiba "mayat" yang tengah mereka poting itu berdarah, dan mereka menyedari bahawa Carlos Camejo masih hidup.
Para doktor dengan segera mencari jarum untuk menjahit luka di wajahnya. “Saya bangun kerana sakitnya bukan main,“ kata Camejo, seperti dilaporkan sebuah akhbar temapatan El Universal.
Isterinya yang sedang dirundung kesedihan dan diminta untuk datang ke bilik mayat untuk tujuan mengecam tmayat suaminya ikut terkejut kerana menemukan suaminya masih hidup dan berjalan ke koridor. Sehingga kini Carlos Camejo memiliki bekas potongan di wajahnya dan menyimpan dokumen bedah siasatnya.
Sumber. Berita Bulan
Subscribe to:
Posts (Atom)