Saturday, 18 February 2012

Hebat!! Bayi Berat 5.5kg Dilahirkan Cara Normal



LONDON: Suzie, yang seberat 5.5 kilogram adalah bayi paling besar pernah dilahirkan di Britain.
Beratnya hampir dua kali ganda berbanding purata berat bayi baru lahir. Lebih menarik lagi, Suzie sudah mempunyai dua batang gigi ketika dilahirkan.

Tetapi yang menghairankan, ibunya, Gemma Tevendale, 26, melahirkannya cara biasa dengan hanya dibantu oleh gas dan udara.
Dia hanya mengalami sakit selama 44 minit sebelum dimelahirkan Suzie.

Kebanyakan ibu bayi yang bersaiz besar terpaksa menjalani proses Caesarean ketika melahirkan anak masing-masing.

“Bidan terkejut. Mereka berkata, bayi saya besar, antara 4.5 kilogram atau 5 kilogram.
Tetapi apabila mereka melihat beratnya 5.5 kilogram, mereka berkata, penimbang itu sudah pecah,” kata Gemma.

Suzie dilahirkan tiga minggu lalu dan kini sudah memakai pakaian bayi yang berusia enam bulan.
Dan selera makan bayinya juga besar. Dia diberi susu badan tetapi turut memerlukan susu botol kerana sentiasa lapar. - DM

Wajah Jadi hodoh Akibat menghisap dadah!



MIAMI: Seorang remaja nakal yang hanya tinggal separuh kepala berikutan satu kemalangan, semalam menyalahkan arak dan dadah yang menyebabkan wajahnya agak jelik.
Ini kali pertama remaja itu bercakap mengenai kemalangan itu.

Carlos 'Halfy' Rodriguez, yang lebih dikenali sebagai Sosa, kehilangan sebahagian besar otak dan tengkoraknya selepas terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan dia tercampak keluar menerusi cermin depan kereta sebelum jatuh kepala dulu di atas jalan raya.

Dalam satu video baru, dia menggunakan pengalamannya untuk menasihat orang ramai supaya tidak minum arak dan mengambil dadah.
Doktor terpaksa memotong sebahagian besar daging dan tulang kepala untuk menyelamatkan dia dan sejak itu dia meneruskan kehidupannya di Miami, Florida.

“Saya khayal kerana mengambil dadah. Saya memandu dan melanggar tiang yang menyebabkan saya tercampak keluar menerusi cermin depan,” katanya dalam mesej menerusi You Tube.
Sambil menunjukkan kepalanya ke arah kamera, dia berkata: “Dan inilah akibatnya. Kerana itu, adalah tidak bagus untuk minum arak atau mengambil dadah dan kemudian memandu. Ia tidak bagus,” katanya.

Menurut akhbar Jerman, Bild, Sosa mengalami kemalangan itu ketika berusia 14 tahun.
“Saya bersama seorang sepupu dan seorang rakan, mencuri kereta. Kami memandu terlalu laju dan hilang kawalan hingga menyebabkan kemalangan,” katanya

'Rodriguez menjadi terkenal dua tahun lalu selepas dia ditahan atas dakwaan cuba melanggan pelacur.
Polis Miami berdepan dengan masalah dalam menyediakan laporan. Dokumen itu tidak mempunyai nama, kecuali perkataan ‘Separuh Kepala.’
Gambar yang menunjukkan dia tidak berdahi dan bahagian atas kepala termasuk ke dalam tersebar ke seluruh dunia tetapi ramai yang menyangka ia berita palsu.

Bagaimanapun, video baru itu membuktikan dia dan kecederaan melampaunya itu memang benar.
Tetapi, walaupun dengan mesej yang serius untuk menjauh narkotik, Rodrizuez kelihatan masih jauh daripada mengubah gaya hidupnya apabila dia mengaku masih menghisap dadah.

Dalam kenyataan mengejutkan, dia menuduh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama juga berbuat demikian.
“Ini yang saya lakukan setiap hari, menghisap dadah,” katanya.
“Obama ialah Presiden Amerika Syarikat dan dia juga menghisap dadah. Dan kenapa saya tidak boleh menghisapnya.”
‘Halfy’ bukan satu-satunya orang yang terselamat dan menjalani kehidupan dengan separuh kepala.

Di Britain juga ada beberapa orang sepertinya.
Remaja belasan tahun, Ben Maycock bernasib baik kerana terselamat selepas diserang dengan tukul besi yang menyebabkan sebahagian besar tengkoraknya lekuk pada 2010. - DM

Thursday, 16 February 2012

Wow!! Haiwan-haiwan Raksasa yang ditemui


Peringatan!! Jangan terkejut dan lantas menjadi beruk.. Hohohoho..
Gambar gambar ini adalah koleksi haiwan-haiwan raksasa yang ditemui..
Ucapkanlah Zikir kepada Allah .. Sungguh hebat ciptaanya.. Eh, kita adalah salah satu ciptaan Nya yang paling hebat!!~











Perempuan jelita ini dibelasah sehingga parah!!


Cedera parah..wajah Tirion Lewis selepas dipukul teman lelaki





jelita..wajah asal Tirion

WEST WALES: Tirion Lewis,19 seorang mahasiswa yang memiliki wajah yang jelita mengalami mimpi buruk dalam hidupnya apabila dipukul sehingga tidak berdaya oleh teman lelakinya yang merupakan "bare-knuckle fighter". Dia terbaring dalam keadaan lembik dan luka berdarah ketika di bawa ke hospital .

Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan koma selama sebulan selepas diserang oleh Wayne Fox, teman lelakinya yang mengalami paranoid skizofrenia, sejenis penyakit gangguan mental.
Dia mengalami kecederaan yang sangat parah pada wajah sehingga menyebabkan paramedik pada awalnya tidak dapat mengenal pasti sama ada mangsa seorang lelaki atau seorang wanita. Perkara ini diperdengarkan di mahkamah.


Ketika kejadian,Tirion Lewis sedang duduk di dalam kereta dengan seorang sahabat,Miriam Evans di luar rumahnya ketika Wayne Fox yang berketinggian 6kaki 2 inci menyergahnya sambil berteriak: "Mengapa kau buat begini pada aku?"


Fox kemudiannya menumbuk cermin tingkap kereta dan kemudian melarikan mereka dengan kereta milik mangsa ke sebuah hutan terpencil di Aberystwyth, Welsh Barat, di mana dia mula menyerang mangsa dengan kasar.





Saksi kejadian:Miriam Evans ketika bersama Trion Lewis
Sahabat mangsa Miriam Evans, 19, yang merupakan saksi kejadian berkata: "Saya dapat melihat Wayne memukul dan menendang Tirion di lantai."


Dia menambah yang dia cuba menghalang Wayne Fox tapi malangnya dia di pukul dan di tendang di wajah sebelum suspek terus memukul Tirion.



wajah teman lelaki..Wayne Fox


Miriam berkata: "Wayne duduk di atas Tirion, dan meumbuknya tanpa henti,tetapi secara tiba-tiba dia bangun dan melarikan diri dengan kereta mangsa."


Miriam, terhoyong hayang berjalan ke ladang berhampiran untuk meminta pertolongan. Hasil pemeriksaan hospital mendapati, serangan itu menyebabkanTirion mengalami kecederaan di otak, patah tulang pinggul, kerosakan ginjal dan pendarahan di paru-paru.
Pendakwaraya, Frank Phillips dalam mahkamah SwanSea Crown berkata: "Sebagai penasihat undang-undang,saya belum pernah melihat kejadian seperti ini."


Sehingga kini, Tirion masih menderita masalah memori selepas serangan yang berlaku pada tahun 2009.
Tertuduh Wayne Fox, 23, dari Aberystwyth, dirujuk kepada pakar psikitri.Ketika disoal doktor yang merawatnya,dia mengatakan: "Syaitan membisikkan kepada saya untuk mencederakan teman wanita saya."


Dia mengalami pertuduhan mencederakan dan menculik dan dia mengaku bersalah.
Dia akan di jatuhkan hukuman tidak lama lagi selepas keadaan mentalnya kembali normal.

Wednesday, 15 February 2012

Wanita Gergasi jadi model




Model tertinggi di dunia bernama Amazon Eve dicatatkan memiliki ketinggian 205 sentimeter. Wanita berusia 31 tahun tersebut kini telah pergi ke merata negara sebagai model. Eve mulai dikenali setelah tampil mengenakan bikini di muka depan sebuah majalah pada November tahun lalu. Setelah tampil di majalah tersebut, Eve pun mula dikenali orang ramai.




Wanita yang berasal dari Turlock, California, Amerika Syarikat, itu kini menjadi model sepenuh masa dan juga pelakon. Selain itu, Eve juga bergusti dengan lelaki untuk mendapatkan bayaran US$ 400 per jam. Eve mengakui baka yang berasal dari Jerman dan Belanda menurunkan gen tinggi. “Seluruh wanita di keluarga saya memang tinggi,” ujar Eve. Kerana posturnya yang lebih tinggi, dia sukar mencari kasut untuk dipakai. Dia memakai kasut yang berukuran 14.

Hebat!! Awek ni tangkap 4 Juta Nyamuk dalam masa sebulan!



Seorang wanita Taiwan yang bernama Huang Yu-yen, telah berjaya memenangi hadiah sejumlah 3,000 dolar Amerika kerana mampu menangkap 4 juta nyamuk dalam masa sebulan.
Wanita yang menetap di selatan Taiwan,tersebut merupakan satu daripada 72 peserta yang mendaftar dalam sebuah pertandingan milik Imbictus International, sebuah syarikat Taiwan yang bergerak khusus dibidang perangkap hama.

Ketika ditimbang nyamuk hasil tangkapan Huang mempunyai berat 1.5 kg lebih berat dari peserta lain. Dengan usaha luar biasanya itu,Imbictus pun langsung memohon kepada Guinness World Records yang berharap stastus Huang diakui sebagai pembunuh handal dunia hama.

Wow!! kucing pertama di dunia pakai contact lens!


Ernest kucing berbulu hitam dan putih yang berusia 15 tahun mungkin termasuk kucing yang beruntung.Lens yang dipasang ke dua mata Ernest harus dibersihkan oleh para staff setiap 3 minggu sekali. Dan khabarnya Ernest merupakan kucing pertama yang memakai soft lens di kedua matanya

Pihak RSPPCA atau semacam organisasi yang melindungi haiwan-haiwan yang terbuang telahs memeriksa pengelihatan Ernest yang tak boleh melihat dengan jelas.

Ernest sendiri sudah tinggal bersama mereka selama 13 tahun sejak dirinya berusia 2 tahun di pusat perlindungan haiwan di Godshill, Isle of Wight. Dan menurut salah seorang petugas di sana, Les Burrows, Ernest akan terus tinggal di sana, apalagi Ernest selalu menjadi topik pembicaraan para petugas di sana.


Selain itu, Les menambahkan sebelum menggunakan kotak lens Ernest dijadikan semacam test buat anjing-anjing yang baru datang ke tempat itu untuk mengetahui apakah anjing-anjing itu takut dengan kucing sejak Ernest gak pernah merasa takut.


Sebelum menggunakan kotak lens, Ernest diperkirakan menderita entropion dimana penyakit itu menyebabkan matanya berputar-putar atau juling dan juga mengalami iritasi.
Sebelum Ernest diberikan kotak lens dia agak juling dan mengalami kesulitan melihat kemanapun dia pergi. Sekarang kedua matanya terbuka dan dia mempunyai kehidupan baru yang lebih baik. Kotak lensanya bekerja dengan baik,kata Paula Sadler, 56 tahun, pengurus pusat perlindungan haiwan tempat Ernest berada.


Sebelum akhirnya para doktor haiwan mendapat idea untuk memakaikan Ernest dengan kotak lens, awalnya Ernest direncanakan untuk dibedah. Namun kerana faktor usia, operasi gak dilakukan. Selain itu, seperti yang dijelaskan Paula, pembedahan itu berisiko tinggi dan tak ada yang tahu apa yang bakal terjadi dengan reaksi Ernest setelah dibedah.

Real!! Gambar hantu ditangkap secara tidak sengaja!!

Akmal telah mengirim saya gambar yang pada saya agak seram dan mengerunkan hingga bulu tengkok berdiri pertama kali saya melihat. Akmal dan isterinya telah melancong ke Bali Disember lalu, mereka pun bercadang hendak ke sebuah gua mistik di dalam sebuah kampung di Bali dengan beberapa budak kampung. Antara gambar-gambar yang dipetiknya, gambar ini yang paling pelik.


Kejam!! Pengacara TV disimbah Asid



Katie Piper, seorang pengacara tv telah berani tampil ke khalayak umum untuk pertama kalinya sejak kejadian yang menghantui hidupnya dulu. Katie telah menjalani 34 pembedahan dan pemindahan kulit. Sekarang ini dia memakai topeng muka plastik.

Bekas model yang berusia 26 tahun ini telah diserang oleh bekas kekasihnya iaitu Danny Lynch, 33, selepas mereka putuskan hubungan cinta mereka. Lelaki yang tingginya 6 kaki 4 inci itu telah merogolnya dan kemudian mengupah Stefan Sylvestre untuk menyimbahkan asid ke muka katie.



Wajahnya sebelum disimbah asid



Wajahnya setelah menjalani pembedahan


"Saya rasa tidak mungkin saya dapat hidup. Muka saya jatuh dan saya dapat rasakannya menguap. Saya memukul-mukul tingkap restoran, tangan saya terbakar. Mereka mungkin menyangkakan yang saya mabuk kerana mereka mengunci pintu", jelas Katie tentang kejadian yang dialaminya itu.
6 minggu selepas kejadian serangan asid itu, Katie telah dibenarkan untuk melihat cermin kembali. Katanya, "pada mulanya saya ingat ada suatu yang tidak kena dengan cermin itu. Saya tidak mempunyai kelopak mata dan rambut."

"Saya rasakan yang saya kelihatan seperti Freddy Krueger. Saya rasa mahu hempaskan cermin itu ke muka saya."
Tambah Katie lagi, "Walaupun saya telah betul-betul ditakutkan , saya begitu gembira dengan wajah saya yang baru."

"Jika saya lihat pada gambar lama saya sekarang, saya lihat seorang wanita yang telah banyak saya habiskan masa dengannya. Dia seperti kawan baik saya yang saya tidak akan jumpa lagi."
"Tetapi saya gembira sekarang dan senyum setiap hari. Dan terima kasih kepada orang-orang yang sangat bagus di sekitar saya.

Tuesday, 14 February 2012

Ngeri!Wajah perempuan ini hancur diserang Cipanzi!


GAMBAR fail pada 11 Ogos lalu menunjukkan wajah Charla Nash (kiri) selepas dia diserang seekor cimpanzi.Gambar kanan menunjukkan wajahnya selepas dia menjalani pembedahan pemindahan muka di Hospital Wanita Brigham, Massachusetts pada Mei 2011.


HARTFORD, Amerika Syarikat (AS) : Seorang wanita yang diserang seekor cimpanzi menyatakan dia lebih kerap keluar rumah selepas menjalani pembedahan pemindahan muka dan wajah baharunya itu dipuji cantik.
Wanita berkenaan, Charla Nash memberitahu program bual bicara terbitan NBC, Today, wajah penderma organ yang diperolehinya itu mula berubah menurut struktur tulang mukanya.
"Ada orang memberitahu saya bahawa saya cantik," kata Nash dalam wawancara tersebut yang disiar kelmarin.

"Sebelum ini mereka belum pernah memuji saya cantik," tambahnya.
Menurut Nash, dia turut disapa oleh seorang kanak-kanak semasa keluar membeli belah baru-baru ini.
"Ia belum pernah berlaku sebelum ini. Budak perempuan itu menyatakan Hi kepada saya. Saya tidak menakutkan sesiapa," katanya.

Nash diserang oleh seekor cimpanzi seberat 90 kilogram yang dipelihara oleh jirannya pada 2009.
Haiwan itu mengoyakkan hidung, bibir, kelopak mata dan tangan Nash sebelum ia ditembak mati oleh polis.
Dia menjalani pembedahan pemindahan muka dan kedua-dua belah tangannya pada Mei lalu.
Wanita itu akan menjalani pembedahan pemindahan tangan kali kedua dalam masa setahun selepas ekoran masalah komplikasi.

Nenek Paling Cantik!!!


Amparo Grisales adalah seorang aktres dan model yang berasal dari Colombia yang telah berlakon selama beberapa dekad . Lahir pada 19 September 1956 di Bogota, Grisales mula berlakon pada usia 5 tahun. Di usia 13 tahun, dia mendapat peranan dalam lakonan opera. Grisales juga banyak berlakon di berbagai minishow di Mexico, Venezuela, Brazil, France dan Afrika Selatan.



Umur ketika gambar ini diambil adalah berusia 50 tahun~~
@@
Fuiyoooh~!

Perempuan-perempuan ini Mempunyai lidah yang sangat panjang















































Anak Kambing menyerupai Dajal



Penduduk kampung Air Suda 2, Gerik, gempar dengan kelahiran anak kambing yang berwajah pelik pada hari Isnin lalu. Menurut menantu kepada pemilik kambing, Mohd Halim Mat Wahid, anak kambing itu berasal dari spesis kambing boer. Kejadian tu dianggap luar biasa kerana pemilik kambing Abd Karim 69 tahun, telah menternak kambing selama 20 tahun tetapi dia belum melihat kejadian pelik tersebut.

“Sebelum ini semua anak kambing di kandang ternakannya dilahirkan dalam keadaan normal dan kejadian pada kali ini memang mengejutkan ramai penduduk,” katanya kepada Sinar Harian.

Anak Kambing ini bermata satu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...