Thursday, 16 February 2012

Perempuan jelita ini dibelasah sehingga parah!!


Cedera parah..wajah Tirion Lewis selepas dipukul teman lelaki





jelita..wajah asal Tirion

WEST WALES: Tirion Lewis,19 seorang mahasiswa yang memiliki wajah yang jelita mengalami mimpi buruk dalam hidupnya apabila dipukul sehingga tidak berdaya oleh teman lelakinya yang merupakan "bare-knuckle fighter". Dia terbaring dalam keadaan lembik dan luka berdarah ketika di bawa ke hospital .

Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan koma selama sebulan selepas diserang oleh Wayne Fox, teman lelakinya yang mengalami paranoid skizofrenia, sejenis penyakit gangguan mental.
Dia mengalami kecederaan yang sangat parah pada wajah sehingga menyebabkan paramedik pada awalnya tidak dapat mengenal pasti sama ada mangsa seorang lelaki atau seorang wanita. Perkara ini diperdengarkan di mahkamah.


Ketika kejadian,Tirion Lewis sedang duduk di dalam kereta dengan seorang sahabat,Miriam Evans di luar rumahnya ketika Wayne Fox yang berketinggian 6kaki 2 inci menyergahnya sambil berteriak: "Mengapa kau buat begini pada aku?"


Fox kemudiannya menumbuk cermin tingkap kereta dan kemudian melarikan mereka dengan kereta milik mangsa ke sebuah hutan terpencil di Aberystwyth, Welsh Barat, di mana dia mula menyerang mangsa dengan kasar.





Saksi kejadian:Miriam Evans ketika bersama Trion Lewis
Sahabat mangsa Miriam Evans, 19, yang merupakan saksi kejadian berkata: "Saya dapat melihat Wayne memukul dan menendang Tirion di lantai."


Dia menambah yang dia cuba menghalang Wayne Fox tapi malangnya dia di pukul dan di tendang di wajah sebelum suspek terus memukul Tirion.



wajah teman lelaki..Wayne Fox


Miriam berkata: "Wayne duduk di atas Tirion, dan meumbuknya tanpa henti,tetapi secara tiba-tiba dia bangun dan melarikan diri dengan kereta mangsa."


Miriam, terhoyong hayang berjalan ke ladang berhampiran untuk meminta pertolongan. Hasil pemeriksaan hospital mendapati, serangan itu menyebabkanTirion mengalami kecederaan di otak, patah tulang pinggul, kerosakan ginjal dan pendarahan di paru-paru.
Pendakwaraya, Frank Phillips dalam mahkamah SwanSea Crown berkata: "Sebagai penasihat undang-undang,saya belum pernah melihat kejadian seperti ini."


Sehingga kini, Tirion masih menderita masalah memori selepas serangan yang berlaku pada tahun 2009.
Tertuduh Wayne Fox, 23, dari Aberystwyth, dirujuk kepada pakar psikitri.Ketika disoal doktor yang merawatnya,dia mengatakan: "Syaitan membisikkan kepada saya untuk mencederakan teman wanita saya."


Dia mengalami pertuduhan mencederakan dan menculik dan dia mengaku bersalah.
Dia akan di jatuhkan hukuman tidak lama lagi selepas keadaan mentalnya kembali normal.

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...