Thursday 8 March 2012

Biodata Aiman Hakim Ridza . Hero Vanilla Coklat .


Drama Vanilla Coklat semakin hari semakin di minati bukan saja dari kalangan remaja bahkan juga golongan dewasa. Kehadiran pelakon baru Aiman Hakim Ridza yang pernah memasuki rancangan Mentor semakin lama semakin di kenali menerusi drama Vanilla Coklat itu sendiri. Di bawah ini ada terselit dua gambar Aiman Hakim Ridzadan di ikuti pula dengan biodatanya sekali..





Nama Penuh : Aiman Hakim bin Ridza Abdoh
Tarikh Lahir : 17 Januari 1989
Tempat Lahir : Johor Bahru
Umur : 23 Tahun

Jemput lawat blog kami yang lain : Dapatkan ubat kencing manis (klik sini) hanya Rm 65 sahaja. =) Dijamin keberkesanan. Kencing manis pasti pulih. =)

Manakala jika ada yang berminat untuk dapatkan Serum Vgrip (try tgk sini), hanya Rm 130 je. Murah2.. Vgrip memang terbaik!

Sejak dari lahir Aiman tinggal di johor sehinggalah tahun 1990. Kemudian, dia berpindah ke Pulau Pinang hingga 1994. Bermula tahun 1994 dia menetap di Shah Alam dan Subang Jaya.

Selain mempunyai bakat nyanyian, Aiman juga merupakan seorang yang aktif bermain bola sepak. Aiman pernah menjadi kapten pasukan dan mewakili Selangor dalam Kejohanan Bola Sepak Sekolah Rendah Malaysia pada tahun 2001 ketika usianya 12 tahun.



Pada tahun 2004 dan 2005, Aiman banyak bermain bagi mewakili Malaysia dalam Youth World Cup Under 17 (FIFA) di Tokyo. Banyak lagi pertandingan-pertandingan bola sepak bawah 17 tahun diwakili oleh Aiman untuk mengharumkan nama Malaysia seperti di Bangkok, Jakarta, Hong Kong dan lain-lain.

Pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan ialah apabila dia bermain bola sepak bersama pasukan Bayern Munich..

Wednesday 7 March 2012

Tuesday 6 March 2012

Lady Gaga Miliki 20.12 juta Follower Di twitter



LOS ANGELES – Penyanyi terkenal, Lady Gaga menjadi orang pertama di dunia memiliki lebih 20 juta pengikut di Twitter.

Dia mempunyai 20.12 juta pengikut pada hari Isnin lalu dalam akaun Twitternya, @ladygaga.
Penyanyi remaja, Justin Bieber berada di tempat kedua dengan 18.11 juta pengikut menerusi akaunnya, @justinbieber.

Seorang lagi penyanyi terkenal, Katy Perry berada di belakang Bieber dengan mempunyai 15.75 juta pengikut.
Penyanyi terkenal, Shakira berada di belakang Perry dengan 14.56 juta pengikut dan diikuti penyanyi kelahiran Barbados, Rihanna dengan 14.49 juta pengikut.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berada di tempat kelapan dengan 12.84 juta pengikutnya menerusi akaunnya, @barackobama. – AFP

Seorang lelaki ada Bukan 4 Tapi 6 Isteri!


BUKTI...Hani menunjukkan dua salinan sijil perkahwinan isteri kelima dan keenam yang dinikahi saudaranya.
KOTA BHARU: Bermodalkan air liur dan putar belit, seorang lelaki berusia 50-an di sini, dikatakan licik menipu empat isterinya untuk bertindak gila dengan menambah dua lagi ‘cawangan’ menjadikan jumlah keseluruhan isterinya enam.

Lelaki itu didakwa mengahwini isteri kelima di negara jiran pada Mac tahun lalu dan selang sebulan selepas itu mengahwini pula seorang wanita berstatus janda di tempat sama.
Dakwaan mengejutkan itu didedahkan seorang ahli keluarga terdekat lelaki terbabit yang tidak sanggup melihat saudaranya itu bergelumang dengan dosa.

Waris yang hanya mahu dikenali sebagai Hani, 40, berkata, dia terkejut kerana saudaranya itu berani melanggar hukum Islam apabila memiliki enam isteri serentak.
“Saya hairan bagaimana perkara ini boleh berlaku kerana ini kesalahan serius. Mempunyai lebih daripada empat isteri melanggar hukum agama dan perkahwinannya dengan isteri kelima dan keenam sepatutnya tidak sah,” katanya ketika ditemui, semalam.

Yeahaa! You Tube Malaysia Pulak~!



Pada tahun lepas google telah melancarkan youtube versi singapore dan filipina dimana ianya membolehkan penduduk tempata dapat menggunakan fungsi tambahan yang terdapat dalam youtube. Dan kini Youtube Malaysia pula sudah kelihatan.

Menurut sumber dari Amanz.my url youtube versi Malaysia ini sudah kelihatan diamana url nya seperti berikut
 http://www.youtube.com.my/.

Dengan kemunculan youtube versi tempatan, ianya akan memudahkan kita untuk membuat carian yang hanya mengfokuskan kepada dalam negara ini sahaja..
Dengan pelancaran ini ianya dapat memberi satu alternatif baru kepada pengguna dinegara ini untuk mecari video2 keluaran tempatan dengan lebih pantas.

Sumber, Kura-kura.my

Monday 5 March 2012

Ibu Kejam Ingin Jual Dara Anak Sunti ~



JOHOR BAHRU: Seorang ibu yang juga penghidap HIV tergamak memaksa anak dara suntinya melacur, malah bercadang menjual remaja berusia 13 tahun itu kepada mana-mana lelaki yang berminat, semata-mata untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.

Bagaimanapun, remaja itu bernasib baik apabila seorang lelaki yang berniat melanggannya, simpati akan nasibnya selepas mangsa menceritakan keadaan sebenar lalu menyerahkannya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk diberi bantuan.

Pengarah JKM Johor, Khatijah Abdullah (gambar) yang mendedahkan kejadian itu berkata, wanita penghidap HIV terbabit tergamak bertindak demikian sebagai jalan mudah untuk melepaskan tanggungjawab sekiranya dia ditimpa perkara tidak diingini selain meringankan bebannya.

“Semuanya terdedah selepas kami menerima maklumat berkaitan cubaan menjual mangsa daripada pelanggan gadis itu yang simpati dengan nasib malangnya.

“Itu kali pertama mangsa dipaksa melacur, jadi dia merayu kepada lelaki terbabit supaya jangan mengapa-apakannya serta menceritakan nasib malangnya. “Lelaki itu yang simpati kepada mangsa tidak jadi melanggannya, sebaliknya menyerahkan mangsa kepada kami,”katanya ketika ditemui Harian Metro.

Khatijah berkata, pihaknya melakukan intipan selama beberapa hari dan mendapati dua beranak berkenaan menyewa bilik sebuah rumah kedai di sekitar bandar raya ini.

“Kami kemudiannya menyerbu bilik berkenaan. Selepas diselamatkan, gadis berkenaan kemudiannya ditempatkan di sebuah pusat perlindungan di sekitar bandar raya ini,” katanya.
Menurutnya, hasil soal siasat remaja perempuan itu didapati keciciran sekolah dan sebelum ini ibunya juga memaksanya mengemis untuk mendapatkan wang. “Mangsa mendakwa ibunya juga pernah cuba memujuknya untuk melacur beberapa kali namun gadis berkenaan berjaya mengelak.

“Ibunya yang turut kami tahan kini ditempatkan di sebuah pusat perlindungan pesakit HIV di Taman Abad. Ketika disoal siasat, pada mulanya dia enggan mengaku cuba menjual anak gadisnya tetapi akhirnya mengubah pengakuan,” katanya.

Khatijah bagaimanapun enggan mendedahkan harga yang ditetapkan ibu gadis terbabit ketika dia mahu dijual. Menurutnya, mangsa kini sudah menyambung persekolahan malah sentiasa diberikan kaunseling selain didedahkan dengan aktiviti berfaedah baginya meneruskan kehidupan baru.

Khatijah berkata, mana-mana ibu bapa atau penjaga yang mengabaikan anak atau individu yang dijaga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 33, Akta Kanak-kanak 2011.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes pengabaian kanak-kanak mahupun remaja berusia kurang 18 tahun diminta untuk menyalurkan aduan kepada JKM di talian 07-2282971.

-Hmetro-

Pengantin 11 Tahun Lahirkan Anak Pada Hari Perkahwinan~



SOFIA – Seorang kanak-kanak warga Bulgaria, Kordeza Zhelyazkova selamat melahirkan seorang bayi perempuan walaupun umurnya baru mencecah 11 tahun.

Zhelyazkova merupakan ibu paling muda di kota Bulgaria ketika dia hamil dua minggu selepas menyambut hari lahirnya yang ke-11.
Ahli keluarga kanak-kanak perempuan itu ternyata terlalu gembira menerima kelahiran bayi perempuan Zhelyazkova yang diberi nama Violeta seberat 2.6 kilogram.

Apa yang lebih menarik, Zhelyazkova melahirkan Violeta pada hari sepatutnya dia berkahwin dengan teman lelakinya, Jeliazko Dimitrov, 19.
Selepas lebih dari 24 jam Zhelyazkova selesai melahirkan anaknya, kanak-kanak perempun itu meneruskan upacara perkahwinannya yang tergendala kerana melalui proses kelahiran Violeta.

Sebelum ini, Zhelyazkova mengaku dia seperti kanak-kanak lain yang menjadikan permainan sebagai teman sehariannya menghabiskan masa di rumah.
Tetapi, semuanya sudah berubah apabila dia sedar kini mempunyai tanggungjawab sebagai seorang ibu untuk menjaga bayinya yang masih kecil.

“Sebelum ini, saya cuma bermain dengan alat permainan tetapi kini bayi ini adalah permainan saya yang baru. Saya perlu lebih matang. Saya kini seorang ibu,” kata Zhelyazkova.

Wow!! Bateri Ternipis Di Dunia Dicipta~!!

   Senipis Kepingan Filem!

TOKYO - Firma elektronik Jepun, NEC mengeluarkan bateri yang nipis seperti filem dikenali sebagai Bateri Radikal Organik (ORB).

Setebal cuma 0.3 milimeter (mm), kepingan bateri itu boleh digunakan dalam kad pintar dan kertas elektronik serta beberapa gajet bergerak yang lain.

Menurut NEC, bateri ORB itu memiliki 40 peratus lebih kuasa berbanding bateri ORB generasi lama.

Ia dibuat dengan menggunakan bahan mentah yang murah tetapi berkualiti. - AGENSI

Kreatif ! Muka Dijadikan Ruang Iklan, Perolehi RM 2000 Sehari


HARPER menjadi iklan bergerak untuk syarikat Ernst and Young. 
LONDON: Dua siswazah menjual muka mereka kepada pengiklan dalam usaha untuk menjelaskan hutang pengajian berjumlah hampir �50,000 (RM250,000).

Ed Moyse dan Ross Harper, kedua-duanya berusia 22 tahun, melukis logo dan slogan syarikat pada muka mereka selama sehari. Ini akan membolehkan sesiapa saja yang melintas mereka, dapat membaca iklan berkenaan.
Antara syarikat yang menggunakan khidmat itu menerusi buymyface.co.uk setakat ini ialah Ernst and Young, Pipers Crisp dan Mashbo.

Kedua-dua siswazah terbabit yang menuntut di Universiti Cambridge, sudah memulakan projek itu selama 155 hari daripada 366 hari yang mereka rancang dan setakat ini berjaya mengumpul lebih �31,000 (RM155,000).
ED Moyse dengan logo Mashbo.

Mulanya, satu iklan berharga �1 (RM5) sehari tetapi kini, kedua-duanya menerima begitu banyak permintaan dan harganya naik hingga �400 (RM2,000) dan masih terus meningkat.
Moyse dan Harper berkata: “Ia cara di luar kebiasaan untuk kami menjelaskan hutang pengajian. Kami melihat begitu ramai yang gagal dalam permohonan untuk mendapatkan pekerjaan dan akhirnya terpaksa menerima karier yang sebenarnya bukan mereka kehendaki.


“Apa yang kami lakukan ialah sedikit berbeza dan ia bermula dengan agak baik.” - TS

Fasha Sandha Dan Jejai Bakal Bersatu

SEHATI SEJIWA...Fasha dan Jejai menghadiri kursus perkahwinan.

KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah saya terima lamarannya dan dia sudah bertemu keluarga saya untuk merisik,” kata pelakon popular, Fasha Sandha kepada Harian Metro, semalam, sekali gus mengesahkan perhubungan kontroversinya dengan kekasihnya, Jejai bakal berakhir di jenjang pelamin tidak lama lagi.

Pelakon berusia 28 tahun kelahiran Johor Bahru itu berkata demikian mengulas pelbagai desas-desus terbaru mengenai persiapan perkahwinannya termasuk gambar mereka menghadiri kursus kahwin di Setiawangsa minggu lalu yang mula tersebar di Internet.

“Insya-Allah jika tiada aral melintang dan diberikan rezeki, kami berkahwin dalam tahun ini,” kata Fasha mengenai status terkini hubungannya dengan Jejai atau nama sebenarnya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli.

Selain gambar pasangan itu mengikuti kursus persediaan perkahwinan, turut tersebar di Internet dan disiarkan di portal hiburan ialah gambar mereka mencuba busana pengantin di sebuah butik.
Mengulas perkara itu, Fasha berkata: “Memang saya dan Jejai menghadiri kursus kahwin minggu lalu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan ia satu pengalaman yang baru buat saya.

“Saya akur dengan gambar yang tersebar kerana status sebagai selebriti membuatkan saya tidak boleh lari. Namun, perkara baik seperti ini tiada apa yang perlu disembunyikan lagi.”

Bagaimanapun, ketika diminta mengulas lanjut mengenai tarikh dan lokasi perkahwinan, Fasha enggan memberitahu kerana belum bersedia dan menanti waktu sesuai untuk diumumkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...