Saturday, 28 January 2012

Lelaki Ini Minum air kencing sendiri~!

Seorang pelari marathon Des Sables pada tahun 1994 di Marocco.
Setelah 6 hari dan jarak 233 kilometer di padang pasir menyebabkan dia kehilangan jalan. Akhirnya dia binggung dan belari ke arah yang salah, akhirnya berjalan beberapa kilometer ke Aljazair. Setelah 36 jam dia kehabisan makanan dan air. Dia bertahan hidup dengan meminum air kencing sendiri dan memakan kelawar yang tinggal disebuah masjid yang telah ditinggalkan dan kadang-kadang ular yang ditemukan di padang pasir.

Tidak ingin mati di padang pasir, dia cuba bunuh diri di masjid dengan mengelar pergelangan tangannya dengan pisau kecil yang dimilikinya. Usahanya gagal kerana kekurangan air yang menyebabkan darahnya menebal dan bergumpal sebelum dia sempat mati.


Setelah 9 hari sendirian di padang pasir, dia ditemukan oleh keluarga nomaddan dibawa ke sebuah kem tentera Aljazair dan dari sana dibawa ke hospital Dia telah tersesat sejauh 186 km dari jalan marathonnya, dan dlaporkan telah kehilangan berat badan sekitar 30-40 paun.

Kesian dekat dia ni. Minum air kencing. Terseksa sangat sampai nak bunuh diri. Itu baru azab sikit.

Awas!! Minuman ada cicak!~

Air Minuman ini sangat-sangat menjijikan! Anda sanggup minum air begini? Apa anda akan lakukan jika anda terminum air yang berisi cicak ini... Dan lebih malang, anda menyedut cicak ini dan menguyahnya seperti cincau?????!!

Awas dengan minuman anda!!! Nanti, anda jadi Cicakmon la pulak...~~~




Tikus Raksasa Di New York!!



Satu gambar yang menunjukkan seekor tikus gergasi didakwa dijumpai dalam sebuah kedai kasut di bandar raya New York, Amerika Syarikat telah tersebar luas dalam internet.
Imej tersebut dikatakan menunjukkan seorang pekerja kedai Foot Locker di The Bronx sedang memegang tikus mati sebesar 3 kaki di atas penyeduk.

Satu tikus gergasi yang lebih kurang sama besar, telah dijumpai di kawasan Brooklyn, New York pada tahun lepas, dikatakan tikus spesis Gambian Pouched.
Dr. Robert S Voss, kurator mamalia di American Museum of Natural History di New York, berkata: “Tidak mungkin tikus itu adalah tikus biasa yang terdapat dalam pembetungan. Saya pasti 90 peratus yang tikus itu adalah dari spesis Gambian Pouched.”

Dr. Voss berkata yang ada kemungkinan bahawa tikus tersebut adalah binatang peliharaan yang melarikan diri. Beliau juga berkata yang binatang jenis ini kelihatan garang tetapi sebenarnya mereka sangat suka bermain dan jinak.

Gadis Ini Terselamat walau jatuh dalam sarang buaya!



SYDNEY - Seorang wanita Australia, Erin Langworthy terselamat selepas terjatuh ke dalam Sungai Zambezi yang dipenuhi buaya setelah tali yang mengikat kakinya putus semasa dia melakukan terjun bungee pada ketinggian 111 meter dari atas Jambatan Jeram Victoria di Zambia, Afrika.

Menurut akhbar Australia, Sydney Morning Herald, wanita berkenaan Erin Langworthy cuma mengalami luka kecil dan sedikit calar dalam kemalangan pada petang menjelang Tahun Baru.
Jambatan tersebut terletak di sempadan Zambia dengan Zimbabwe.

"Saya merasakan seperti seluruh badan saya telah ditampar," kata wanita berusia 22 tahun itu yang berasal dari Perth dalam satu wawancara dengan stesen televisyen Channel Nine.

Rakaman video menunjukkan tali yang mengikat kakinya putus pada akhir terjunan tersebut dengan menyebabkan dia terjatuh ke dalam sungai.

"Saya terpaksa menyelam dan membuka tali yang mengikat kaki saya sebelum dapat berenang ke permukaan sungai," kata Langworthy.
"Ya, saya yakin satu keajaiban berlaku kerana saya terselamat dalam kemalangan ini," tambahnya.


P/S: Aku rasa, perempuan ni bau busuk la.. sebab tu buaya x nak makan,..

Friday, 27 January 2012

Gambar Apa ni??! Apa yang lain dalam gambar ni?




=P
No komen. Cuba anda komen sikit pasal gambar ni.. LOL...


Budak ini Tidak Boleh Tidur selama 3 Tahun!



Rhett Lamb, kanak-kanak berusia lima tahun ini baru boleh tidur puas ketika usianya tiga tahun. Selama tiga tahun awal kehidupannya, dia terus terjaga dan tidak tidur hingga 3 tahun.Anak kepada pasangan Shannon dan David Lamb ini menderita penyakit aneh yang menyerang otak. yang di sebut 'chiari malformation'.

Itu adalah suatu kelainan di bahagian bawah otak yang mengakibatkan posisi otak kecil turun dan keluar dari tengkorak. Keadaan ini membuat bahagian otak Rhett yang mengatur emosi, pernafasan, peredaran darah dan rasa mengantuk terganggu kerana tertekan tulang tengkorak bahagian belakang sehingga tidak boleh tidur.

Diagnosis itu membuat doktor mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan pengangkatan tulang yang menekan bahagian otak Rhett. Dengan jaminan hanya 50 % untuk berjaya, pembedahan itu pun akhirnya dilakukan di All Children’s Hospital, St. Petersburg.

Pembedahan ituberhasil. Dua hari setelahnya, Rhett akhirnya bioleh tidur nyenyak untuk pertama kalinya. "Saya sungguh tak boleh menahan air mata melihatnya boleh tidur puas semalam , saya tak percaya bolehmenyaksikan ini semua," kata Shannon .

Tak hanya memulihkan situasi tidur, pembedahan itu juga membuat emosi Rhett stabil. Sebelumnya, Rhett membesar sebagai anak temperamental. "Selama tiga tahun tidak tidur, Rhett selalu nakal, gelisah, murung, marah, tidak bisa bermain dan berinteraksi dengan orang lain. Sungguh menyedihkan," ujarnya.

Keberhasilan pembedahan itu adalah hasil dari perjuangan Shannon dan David sejak Rhett masih bayi. Pasangan ini mulai memeriksa kelainan itu lantaran Rhett tidak pernah memejamkan mata untuk istirahat. Umumnya bayi lebih banyak tidur daripada terjaga.

Puluhan doktor yang sempat dihubungi pasangan itu sebelumnya tidak mampu mendiagnosis penyakit sebenar anaknya. Ada doktor yang mengatakan Rhett menderita autis, tapi ada yang membantah diagnosis itu. Tapi, setelah melalui berbagai terapi dan uji medis, penyakit Rhett pun akhirnya dirawati.. Nasib baik...

Tukul Terlekat di Kepala!! Hampir maut!



Ngeri! Itulah yang mampu dikatakan bila melihat gambar di atas. Dengan tukul melekat di dahi hampir mengenai mata kiri. Ajaibnya, lelaki di atas masih hidup dan dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital. Inilah yang dikatakan berpatang maut sebelum ajal.! Nasib baik la x mati lagi lelaki ni.. kesian dia...


Amaran : Jangan Bermain Dengan Tukul

Ngeri!! Gambar-gambar Pesakit Tumor!!

Gambar ini adalah tumor-tumor yang paling ngeri.Kesian melihat mereka,bagaimanakah mereka menjalani hidup seharian mesti dengan kederitaan.sesungguhnya yang sempurna tu haruslah sentiasa bersyukur!!!

Syukur bukan dengan ucapan tuan-tuan, syukur dengan perbuatan.. dengan meninggalkan larangannya dan melaksanakan suruhannya.. nak  kena camni dulu ke baru reti nak bersyukur?
renung2kanlah~


Malaysia Cipta Rekod Pemain Angry Bird Teramai!!



Jenama telekomunikasi terkenal, Nokia bersama peminat permainan Angry Birds di Malaysia berjaya mencipta rekod dunia baru dalam buku Guinness World Records untuk “jumlah pemain teramai bermain permainan telefon bimbit berganti-ganti”.

The Guinness Book of World Records, badan global yang melakukan pengiktirafan untuk rekod membuat pengesahan kepada cubaan yang dilakukan oleh Nokia untuk memecahkan rekod dunia bagi kategori “Most People Playing in a Mobile Phone Game Relay” di Boulevard Strip, Low Yat Plaza, Kuala Lumpur.

Da lama ni kot~~~
ZZZZZzz........




Terapi Menggunakan Facebook?






LAMAN Facebook menunjukkan misi Presser temui rakan sosialnya.

Novelis cinta habis RM96,000 kunjungi 11 negara atasi fobia

LOS ANGELES: Seorang wanita mengambil keputusan mengembara ke seluruh dunia untuk menemui semua 324 rakan Facebook dikenalinya, semata-mata mahu mengatasi masalah beliau yang takut kepada ruang terbuka, kesibukan dan situasi tidak terkawal.


Arlynn Presser, seorang penulis novel kisah cinta berusia 55 tahun dan ibu kepada dua orang anak, memenuhi azam tahun lalu untuk mengatasi darah gemuruh yang menyebabkan beliau mudah panik atau dalam takrif saintifik disebut ‘agarophobia’.

Apabila masalah itu berlaku, Presser akan berpeluh dan sukar bernafas, manakala dadanya menjadi sakit seolah-olah diserang penyakit jantung.

“Saya memang takut melakukan perjalanan termasuk menaiki kapal terbang. Malah, saya takut melakukan apa saja aktiviti di luar rumah.

“Oleh sebab itu, saya menggunakan laman Facebook untuk menjalin hubungan dengan rakan. Ia mungkin sesuatu yang baik tetapi pada masa sama tiada jaminan perasaan selamat dalam diri saya ketika itu akan berkekalan.

“Saya akan menemui semua rakan di Facebook dan saya menjangka akan mengalami banyak kejutan,” katanya yang dipetik laman web berita Perbadanan Penyiaran Amerika (ABC).

Ketika menceritakan bagaimana mendapat idea untuk menemui rakan Facebook, Presser berkata: “Saya memutuskan untuk melakukan sesuatu yang dapat mengubah rutin hidup tetapi tidak tahu bagaimana. Saya tahu apa perlu dilakukan selepas berbual dengan seorang rakan Facebook yang baru berpisah dengan kekasihnya.

“Dia berasa begitu murung hingga menyebabkan saya memutuskan untuk menemuinya bagi memulihkan keyakinan dirinya. Itulah yang memberi idea kepada saya untuk menemui rakan Facebook,” katanya.

Dalam tempoh setahun lalu, Presser sudah menemui 292 rakannya dan mengembara ke 11 buah negara. Bersama anak lelakinya Joseph, 23, beliau mengunjungi Korea Selatan, Filipina, Taiwan, India, Itali, Austria, Jerman dan England.

Beliau juga mengembara ke seluruh Amerika Syarikat dan Mexico. Presser masih mengalami panik, tetapi Joseph sentiasa bersama untuk menenangkannya supaya masalah itu diatasi.

Perjalanan sepanjang tahun itu menelan belanja AS$30,000 (RM96,000). Apapun, bagi Presser, ia sesuatu yang berbaloi untuk dilakukannya.

“Saya perlukan sedikit masa untuk menangani masalah ini, tetapi apa yang penting, saya memperoleh semula kehidupan seperti yang diinginkan,” katanya. – Agensi

Hantu di Menara Teluk Intan


gambar menyeramkan ni dikatanya dirakam oleh seorang peniaga di Menara Condong Teluk Intan dengan menggunakan handphone..

Menurut sumber, peniaga tu sendiri tak tau gambar yang dirakam tu ada imej yang menyeramkan itu.

gambar ini telah dirakamkan secara tidak sengaja ketika sedang mengemas gerainya selepas tamat waktu perniagaan di ekspo dan karnival jualan sempena sambutan Tahun Baru Cina baru2 ini.

Wajah ‘awek’ berpakaian putih yang duduk di bawah Menara Condong Teluk Intan ini mula tersebar meluas melalui telefon bimbit.

Berdasarkan imej kabur itu, kelihatan ‘seorang awek' yang sedang duduk sambil merenung ke arah sesuatu.


stail gak

Thursday, 26 January 2012

Rumah Banglo Mewah Atas Pokok!!



Cool Kot rumah ni.. tak yah susah-susah beli tanah.. Kan untung camtu jek... Jom baca selanjutnya!

Horace Burgess, seorang warga Tennessee, Amerika Syarikat telah membina rumah atas pokok terbesar di dunia setinggi 97 kaki atau 29,57m.

Rumah pokok yang terletak di Crossville, Tennessee, AS, ini terdiri dari 10 tingkat dengan lebih dari 80 bilik dan 12 beranda serta tangga.

Setiap lantai adalah setinggi 9-11 kaki (2,7- 3,35m) dan di bahagian atasnya terdapat sebuah menara loceng.

Horrace sendiri yang menjadi tukang kayu dan arkitek, menyiapkan rumah tersebut dalam masa 14 tahun. Rumah pokok Horace Burgess ini akan dimasukkan ke dalam Guinness Book of Records.

Jika berkunjung ke rumah ini, anda akan menjumpai tulisan berbunyi: "Selamat datang kawan-kawan", sebagai tanda sambutan. Meskipun terletak di daerah desa, rumah ini mampu menarik perhatian orang ramai dari seluruh negeri.

Sekitar 400 orang hingga 500 orang melakukan kunjungan setiap minggu, dan kebanyakan mereka berasal dari luar negeri .

Begitulah seronoknya~ Huhu.. weyh2, korang nak tengok naga x? da berapa kali da ajak tengok naga, korang still x tengok kan? Sini! klik sini -->Klik kalau nak tengok Naga! Wow!! :)

Ikan Bersalut Emas!! Emas Tulen!!









Ikan ini disalut dengan emas betul! Tapi, macam mana dye nak bergerak kan? Mungkin ada misteri di sebalik kejadian ikan ini. Subhanallah.. Ayuh memuji kebesaran Allah SWT!!




Wednesday, 25 January 2012

Mati Ketika Penggambaran filem! Tragis!

Kematian yang berlaku ketika melakukan penggambaran filem. Dibawah ditunjukkan gambar dan mangsa yang mati. Penerangan pula mengenai mangsa-mangsa lain dan juga mangsa yang mati. Kematian yang tragis ketika berkarya~

Klik Sini Dulu. Naga Bruce Lee akan Keluar! Wachaa!!

10. Twilight Zone


Terkorban: Vic Morrow dan aktor cilik Myca Dinh Le (umur 7 th) dan Renee Shin-Yi Chen (umur 6 th)

Dalam segmen filem yang diarahkan oleh John Landis pada 23 Julai, 1982, pelakon Vic Morrow danpelakon Myca Dinh Le kanak-kanak (umur 7) juga Renee Shin-Yi Chen (umur 6) meninggal dunia dalam kemalangan yang melibatkan sebuah helikopter yang digunakan. Helikopter yang telah di ketinggianhanya 25 kaki (8 meter), terlalu rendah untuk mengelakkan letupan yang digunakan dalam pembuatanletupan.
Kemalangan ini membawa kepada pengharaman ke atas dunia filem untuk mengharamkan Kanak-kanakterlibat dalam aktiviti-aktiviti berbahaya pada filem.



9. Top Gun



Terkorban: Art Scholl

Juruterbang aerobatic yang terkenal, Art Scholl, direkrut untuk melakukan penerbangan dalam scene filem untuk menghasilkan imej yang sempurna untuk filem tersebut. Art Scholl dalam skripnya dimintauntuk melakukan spin flat, tetapi Scholl tidak dapat mengawal dan akhirnya pesawat yang diterbangkannya jatuh ke Lautan Pasifik, di selatan pantai California. Punca kemalangan masih tidak diketahui. Top Gun didedikasi untuk mengingati Art Scholl



8. The Return of the Musketeers



Terkorban: Roy Kinnear

Pada 20 September 1988, Madrid, Spanyol, aktor Roy Kinnear telah patah tulang pinggangnya setelah jatuh dari kuda lalu dia tak dapat di selamatkan.



7. The Flight of the Phoenix



Terkorban: Paul Mantz


Dalam produksi filem, 1965, Paul Mantz tidak menggunakan stunt untuk menerbangkan pesawat untuk hasil filem yang maksimum, tetapi dia melakukan kesalahan pada masa manuver take-off.



6. Jumper


Terkorban: David Ritchie

Untuk membuat adegan yang ditetapkan dalam satu Samuel Jackson, dengan menggunakan campuranpasir, tanah dan ais. Krew produksi, David Ritchie ditimpa pasirbeku dan tanah yang ingin di punggahke salah satu set outdoor, dimana cuaca ketika itu masih lagi dingin.



5. X*X



Terkorban: Harry L O’connor

Dalam satu lagak ngeri, Van Diesel perlu melakukan parasailing, tetapi nahas apabila ia melanggarsebuah jambatan.



4. The Final Season



Terkorban: Roland Schlotzhauer

Jurukamera terkenal yang selalu mengambil gambar berkualiti dari helikopter, nahas pada oktober 2007,dimana helikopter yg digunakan untuk mengambil gambar di filem ini telah terjatuh.



3. Troy





Terkorban: George Camilleri

Stuntman, Brad Pitt patah kaki pada ketika adegan pengambaran, dan tidak dapat diselamtakan lagiapabila dibawa ke Hospital, kerana darah beku pada luka tersebut.


2. The Crow


Terkorban: Brandon Lee (anak Bruce Lee)

Pada tarikh 31 Mac 1993 di North Carolina studios, Wilmington NC. Pada baki 8 hari untukmenyelesaikan filem tersebut, ada satu set dimana Lee (Eric Draven) menyaksikan tunangnya akandiperkosa oleh Michael Masse. Di dalam set itu Michal Masse menembak Eric Draven dansenjatanya berisi dengan peluru sebenar.



1. Enter the Dragon

Terkorban: Bruce Lee

Bruce Lee meninggal bukan kerana pembengkakan otak, tapi Penyusutan OTAK. Kerana pada saatautopsi otaknya di dapati menyusut 100cc, penyebab kematiannya di putuskan kerana keletihan. ParaMartial Artist berpendapat hal tersebut terjadi kerana tubuh yang paksa melebihi hadnya, Contohnyabegini: misalnya anda mengangkat beban, di titik tertentu anda akan merasa sangat-sanagt tidak berdayautk melakukan angkatan tapi anda paksa sampai tubuh dan kepala anda bergetar, perkara inilah yang tidak elok. Bruce Lee melakukan ini setiap hari dan hampir setiap saat di mana dia tidak bekerja maka diaakan berlatih.

Ketika kematiannya atau lebih tepat iaitu setelah dia menyelesaikan pengambaran babak aksi untuk filemGAME OF DEATH yang mana merupakan filem terakhirnya. Bukan ENTER THE DRAGON.Sehinggakan ada rakan Bruce yang berkata jangan gunakan perkataan "DEATH" pada tajuk filem-filemWarner Bros.

Tambahan pula, filem GAME OF DEATH adalah satu satunya filem yang menggunakan mayat sebenar untuk scene kematian di mana watak utama akhirnya meninggal di penghujung cerita. Didalam adegan itu menunjukkan pengebumian Bruce Lee dan kelihatan mayat Bruce Lee yang sudah di balsem dan dimasukkan kedalam keranda yang disaksikan seluruh Hong Kong.

Pelik Gila! Bunga-Bunga Ni pelik kot~!


1. The Naked Coral Tree – Erythrina coralloides

Erythrina coralloides juga dikenali sebagai Coral Tree Fire, ini adalah jenis pokok berbunga dalam keluarga kekacang pea Fabaceae, boleh didapati sekitar Arizona di Amerika Syarikat hingga ke Oaxaca di Mexico. Ttumbuhan ini mempunyai kelopak merah yang keras, kelihatan seperti karang / terumbu karang, di mana biasanya tumbuh di padang pasir.


2. Enter the dragon – Darcunculus vulgaris



Kelihatan seperti sesuatu dari filem sains fiksyen, 'Darcunculus vulgaris', juga dikenali sebagai ArumDragon, Voodoo Lily atau Lily Snake. Pokok ini berasal dari Greece dan di bahagian selatan baratAnatolia. Baru-baru ini telah dibawa ke Amerika, dan boleh didapati di Oregon, California danTennessee. Spesies ini mempunyai hood ungu yang besar dan mengendalikan. Mempunyai bau yangsangat tidak menyenangkan bagi manusia.


3. Rafflesia


Bunga Rafflesia adalah bunga parasit yang ditemui oleh Sir Thomas Stamford Raffles pada tahun 1818 semasa ekspedisi melalui hutan hujan di sumatera, Indonesia. Sebahagian daripada loji dilihatsebagai tambahan kepada bunga anggur batang. Bunga memiliki lima kelopak bulat besar dan dapat tumbuh hingga lebih dari 100 sentimeter. Rafflesias berbau seperti daging busuk, ini adalah satu taktikuntuk menarik serangga seperti lalat atau kumbang bangkai untuk tujuan pendebungaan.


4. Strange fruit – Barringtonia asiatica



Barringtonia asiatica, juga dikenali sebagai Pokok Racun Laut datang dari Lautan Hindi. Pinggiran yang runcing menyerupai kelopak tajam yang menyerupai kelopak menyerupai sesuatu seperti lampulava. Ukuran tengah pohon yang tumbuh dari kelopak bunga menghasilkan buah yang hampir berbentuk kotak.


5. Furry but strange – Stapelia grandiflora


Jika anda membuang tumbuhan kerana mereka tidak berbulu dan menyeronokkan untuk dipandang,maka anda akan mendapati separuh daripada kriteria ini dengan Stapelia grandiflora yang berasal dari Afrika Selatan. Iajuga dikenali sebagai Bunga Carrion dan Giant Zulu, tumbuhan ini mempunyai rupa yang berbulu yang berfungsi untuk menarik serangga pendebungaan mereka.




Maksud huruf 'i' pada Ipad, Iphone, Ipod


Apple mencipta dan menamakan produk mereka dengan huruf ‘i’ yang boleh dikatakan tidak menepati dengan ciri dan rupa bentuk rekaannya. Pasti kita bertanya-tanya apa ertinya?

Ketika Apple mengeluarkan produk ‘i’ pertamanya, iMac, pengasas dan CEO Apple, Steve Jobs mengatakan, “Ia merupakan gabungan kemudahan internet dan kesederhanaan Macintosh”. Jadi, ‘i’ mewakili internet dan ‘Mac’ mewakili Macintosh.

Internet merupakan kata yang sering dianggap mewakili 'i​​'. Namun, internet bukanlah satu-satunya erti'i​​' yang dimaksudkan Jobs. Selain internet, 'i' juga bererti individual, merujuk kepada sifat semulajadikomputer peribadi. Instruction, komputer juga dimaksudkan untuk tujuan pendidikan sertainformasi dan inspirasi.

Sejak debut iMac pada 1998, Apple mula mencipta beberapa rancangan serupa produk pengguna lain menggunakan 'i,' termasuk iPod, iPhone 4s dan  iPad.

   

7 Keajaiban Dunia Terbaru! Penipuan atau ... ???




7 Keajaiban dunia kini dikenalpasti semula. Tempat-tempat dipilih berdasarkan undian.
Tetapi, ada juga yang meragui akan ketelusan undian dan juri sebab, yuran untuk masuk pertandingan ini sangatlah mahal. Berjuta-juta Pound sterling~

Jadi, jangan tanya kenapa Malaysia tak termasuk ye~~

1. The Amazon Rain Forest



2. Halong Bay, Vietnam


3. Iguazu Falls, Argentina and Brazil


4. Jeju Island, South Korea


5. Komodo National Park, Indonesia


6. Puerto Princesa River, Philippines


7. Table Mountain, South Africa





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...