Ramai-Ramai Lepak di Buletin Lepak. Dengar Berita Sambil lepak. Ajak kawan korang lepak sini. Kalau lepak sorang-sorang, memang bukan lepak la namanya tu. Dapatkan Artikel-artikel mengenai isu-isu terkini dan fakta-fakti yang kadang-kadang menyayat hati, membakar hati, membuat sakit hati, dan mengubati hati.
Saturday, 7 January 2012
Khasiat Daging Kambing
Selama ni orag kata daging kambing jangan makan sebab orang kata panaslah, dan macam-macam lagilah akibat makan daging ni. Sebenarnya boleh makan, cuma tidak boleh terlalu banyaklah... sebab apa2 yang kita ambil secara berlebihan boleh membawa kemudaratan kepada diri kita.Oklah, tanpa membuang masa dan tenaga, mari kita lihat apa yang ada dalam daging kambing ni sehingga menjadikan ia daging yang terbaek!
Ni la agk2nya Senyum2 kambing......!!
Kelebihan Daging Kambing
Mereka yang berpangkat doktor menyarankan kita supaya mengelakkan dari memakan daging kambing, kerana daging kambing boleh menyebabkan panas badan. Ada juga doktor yang mengatakan kandungan lemak dan kolesterol pada daging kambing tinggi serta seringkali daging kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.
Cacing Gergasi ??
CORNWALL - Kakitangan sebuah akuarium taman laut terkejut apabila menemui seekor cacing laut gergasi sepanjang 1.2 meter yang dipercayai memakan batu karang dan ikan di sini, laporan sebuah akhbar.
Barry, nama Cacing ini ditemui bersembunyi di bawah batu karang apabila beberapa pekerja menggeledah akuarium tersebut selepas mendapati ikan dan batu karang di Akuarium Blue Reef hilang sejak beberapa bulan lalu.
Cacing spesies polychaete itu berasal dari laut beriklim tropika.
"Terdapat 'benda' yang memakan batu karang kami tetapi kami tidak tahu apakah haiwan itu. Selepas menangkapnya, kami mendapati Barry memiliki rahang pelik dan badannya dilitupi beribu-ribu bulu sengat yang boleh menyebabkan kebas pada manusia," kata kurator akuarium itu, Matt Slater.
Kredit to-berita bulan
Transfomers Versi Malaysia!!!
Anda Peminat Transformers??......
Siapa cakap Hollywood je ade Transformers??
Malaysia pon ade jugak!!
Xpercaya??.... Ce tgk kat bawah ni......
Perdana Prime
Waja Bee
Savvy Ratchet
Proton Juara..............bot(-_-)
Myvi Scream
Unkown bot
KelisaTron
Hahaha... agk2nye mana satu yang korang suka??
Perdana Prime
Waja Bee
Savvy Ratchet
Proton Juara..............bot(-_-)
Myvi Scream
Unkown bot
KelisaTron
Hahaha... agk2nye mana satu yang korang suka??
Mesti baca!! 8 Teknologi tercanggih 2011~! Sangat Hebat!
Kemajuan teknologi terus berkembang pesat dan menghasilkan alat-alat canggih. Bahkan yang dahulunya hanya umpama mimpi dan khayalan bagi kita tetapi kini telah wujud dan menjadi kenyataan! Inilah sebahagian kecil teknologi canggih di dunia pada masa 2011!
1. Quantum Teleporter
Q-Teleportation (nama kaedah ini) telah berhasil pada objek yang lebih kecil berdasarkan kajian yang telah dilakukan. “Kami berjaya melakukan ekesperimen quantum teleportation untuk pertama kalinya di luar kawasan makmal universiti,” kata Rupert Ursin, peneliti Institute of Experimental Physics, Universiti Vienna, Australia. Dengan Q-Teleportation, quantum pada objek dihancurkan dan dibuat kembali. Oleh karena itu, Q-Teleportation belum dapat memindahkan benda hidup mahupun mati secara keseluruhan fizikalnya. Alat ini “menciptakan” replika objek sebelumnya pada posisi di tempat yang dituju dan objek yang dikirim akan “menghilang” semasa replikanya dicipta sehingga perpindahan lengkap (pening nak jelaskan, paham x?).
Sumber: National Geographic.
2. 360º 3-D Holographic Displays
ZCam™ merupakan kamera video yang boleh merakam informasi hingga menjadi bentuk objek (yang biasa digunakan untuk membuat model 3D) video dan kemudian diproduksi oleh 3DV Systems. Teknologi ini dibuat berdasarkan prinsip “Time of Flight”. Pada teknik ini, data ukuran 3D didapatkan dengan cara penghantaran gelombang infra merah ke dalam scene video dan mengesan cahaya yang direfleksikan oleh permukaan objek pada scene video.
3. Lightsaber (Pedang Laser)
Yang kita ketahui, pedang ini hanyalah hasil “karya dalam filem-filem sains fiksyen belaka!! Lightsaber terdiri dari logam dan mata pedang berupa plasma sepanjang 1 meter. Lightsaber ini dapat memotong objek tanpa susah payah sedikitpun. Boleh meninggalkan luka terbakar pada kulit manusia. Tapi pedang ini boleh ditangkis, namun dengan pedang lightsaber juga atau ditangkis dengan perisai. Mungkinkah pedang ini akan digunakan dalam perang dunia ketiga???
4. JetPack
Jetpack, juga termasuk alat yang banyak kita lihat di filem sains fiksyen, yang mana alat ini menggunakan jet yang melepaskan gas helium yang terbakar dan kemudian “menerbangkan” penggunanya. TAM adalah perusahaan pertama dan satu-satunya di dunia yang menghasilkan kostum lengkap yang didesain oleh Rocket Belt menggunakan teknologi terkini dan juga material aerospace dengan mesin penyulingan khusus untuk memproduksi bahan bakar Hidrogen Peroksida jet pack itu. Sangat hebat.!
5. Military exoskeleton prototype
Military exoskeleton merupakan sejenis rangka luar bertenaga hidrolik dan boleh mengangkat hingga 100 kg benda untuk jangka waktu yang panjang dan boleh sambil mengelilingi suatu kawasan. Rekaanya yang fleksibel memungkinkan pengguna untuk bergerak bebas kemana-mana sahaja. Tidak menggunakan joystick mahupun keyboard! dikawal dengan menggunkaan deria manusia.
6. Flying Car
“Kereta terbang” ini disebut “The Highway in the Sky”. Teknologi ini dalam proses dan mungkin akan siap sepenuhnya dalam tahun ini.
7. Flying Saucer
Ini adalah model kenderaan udara yang terapung dengan bentuk cawan (mirip pesawat UFO ) yang dibuat oleh sebuah perusahaan di Amerika bernama Aesir.
8. Virtual Goggles
Teknologi telah membawa dunia virtual ke dalam komputer kita sejak sekian lama. Tapi, dunia virtual tersbut sekarang boleh disaksikan di rumah kita. Sebuah ekseprimen yang telah dilakukan selama beberapa dekad, sekarang telah menjadi satu kenyataan.!
Pada gambar di atas, wanita tersebut sedang menggunakan device berteknologi virtual bernama iWear VR920 dari perusahaan Icuiti. Alat itu boleh berfungsi sebagai output video juga sebagai gaming console.
Artifak dari Kapal Titanic dilelong! Peminat titanic nak x?!
NEW YORK - Lebih 5,500 artifak seperti rantai berlian, tembikar China dan bahagian serta peralatan dari kapal Titanic yang terkenal di seluruh dunia dengan insiden karam menyayat hati akan dilelong sempena ulang tahun ke-100 tragedi itu pada 11 April depan.
Kesemua artifak tersebut akan dilelong sebagai satu koleksi tunggal di rumah lelongan Guernsey di New York berhampiran pelabuhan yang sepatutnya menjadi lokasi terakhir Titanic berlabuh selepas melakukan pelayaran pertamanya.
Presiden Guernsey, Arlan Ettinger berkata, tujuan kesemua artifak mempunyai nilai tersendiri itu disenaraikan sebagai koleksi tunggal bagi mengelakkan ia terjejas dan musnah.
Peminat Titanic mesti taksub gile.. U buy I buy.
Keranda-keranda pelik di dunia!
ACCRA - Adakah anda pernah terfikir untuk melihat keranda dalam pelbagai rupa dan bentuk yang pelik?
Kini, ia tidak mustahil lagi dengan kemunculan keranda pelbagai bentuk seperti ikan jerung, buah nanas, telefon bimbit dan kereta mewah hasil kerja tangan tukang kayu dari Ghana.
Paa Joe, 66, pakar membuat keranda dari Afrika barat itu, berjaya menarik perhatian ribuan pengunjung dengan rekaan pelik kerandannya dalam sebuah pameran seni di Galeri Jack Bell, Britain pada tahun lalu.
Joe kini bekerja di sebuah kedai pertukangan kayu Kane Kwei di Accra.
Pengasasnya, Kane Wei memulakan perniagaannya sekitar 1950-an dan telah mencipta mencipta keranda seakan-akan bentuk kapal terbang untuk mendiang neneknya.
Perniagaan tersebut kini telah berkembang dan semakin mendapat permintaan di Britain selepas pameran seni itu diadakan.
Joe kini semakin sibuk menyiapkan tempahan keranda pelbagai bentuk seperti pisang, robot dan lokomotif.
Wanita Tomoi Terhebat??
Nama beliau ialah Jeeja Yanin ... atau nama penuhnya Yanin Vismitananda dilahirkan di Bangkok, Thailand pada 31.03.1984. Pakar dalam seni mempertahankan diri taekwando. Jeeja memiliki tali pinggang hitam dan yg ke-3. Pada tahun 2008, Jeeja terkenal kerana kepantasannya dalam seni mempertahankan diri Muay Thai aka Tomoi melalui filem Thailand pertamanya berjudul Chocolate. . Jeenja berlakon sebagai seorang anak gadis autistic yang mempelajari muay thai dengan cuma memerhati orang yang berlatih di sekitar kediaman dia dan melalui kaca television. Filem Chocolate menampilkan aksi aksi kickboxing yang menarik dangan stunt yang hebat. Korang mesti dah tgkkan.
Ni video Jeeja..... hebat kot..... !!
Gaya rambut Luna Maya jadi ikutan ramai!
GAYA rambut pendek artis dan juga penyanyi Luna Maya nampaknya sudah mula menjadi buah mulut ramai orang.
Ramai juga yang beranggapan ia bakal menjadi trend hangat di Indonesia pada tahun ini.
Potongan rambut pelakon yang bakal muncul dengan filem terbaharunya, My Blackberry Girlfriend itu cukup ringkas dikenali sebagai potongan bob.
Hal itu diakui oleh banyak pengusaha salun yang memberitahu sudah ramai wanita yang datang ke salun mereka meminta agar mendapat gaya fesyen rambut sama seperti Luna Maya.
"Sejak awal bulan ini, ramai yang datang ke salun saya dan meminta potongan rambut seperti Luna," ujar Yuni yang merupakan seorang pemilik salun di daerah Semarang Selatan, di Semarang.
Tidak sedikit daripada para pelanggan yang rambutnya panjang dan indah tetapi minta dipotong pendek, ujar Yuni lagi. Katanya, mereka mula mahu mengikut trend terkini dan tidak mahu ketinggalan.
Salah seorang pelanggan di salun Yuni, Syafa, mengaku memotong rambutnya dengan gaya bob setelah melihat penampilan terbaharu Luna Maya.
"Luna cantik dengan rambutnya yang sekarang pendek, jadi saya ingin potong juga seperti dia," katanya.
Kereta Super yang cool! Made in India!
NEW DELHI - Firma reka bentuk, DC Design memperkenalkan jentera supercar pertama India yang diberi nama DC Avanti.
Jentera tersebut dilancarkan oleh pelakon terkenal Bollywood, Amitabh Bachchan pada Ekspo Motor Delhi 2012 kelmarin.
Kereta itu dikuasakan oleh unit enjin bersesaran 2.0 liter empat silinder yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 240 kuasa kuda.
Menurut laman kenderaan RushLane di Internet semalam, enjin daripada Ford Ecoboost yang ditala khas untuk menjana lebih kuasa tersebut dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan.
Dipasang dengan rim aloi bersaiz 19 inci, kelajuan maksimum yang dihadkan secara mampu dicapai oleh DC Avanti ialah 250 kilometer sejam (km/j).
Jentera itu akan mula dijual pada tahun 2013 di semua pengedar DC di seluruh India.
Bakal diproduksi pada tahun 2013, ia merupakan ciptaan pereka Dilip Chhabria.
Kereta itu dijual pada harga kira-kira AS$70,000 (RM220,219).
"Kami sangat teruja untuk memperkenalkan DC Avanti pada hari ini. DC Avanti bukan sekadar menjadi manifestasi kepada minat yang mendalam terhadap kereta sport.
"Malah ia membuktikan kemampuan kami yang kini sudah bergerak daripada penggayaan kepada penghasilan prototaip penuh," katanya.
DC dilihat mengikut langkah banyak firma reka bentuk Itali misalnya Bertone, Ghia, Pininfarina dan Stola yang turut menghasilkan kereta edisi terhad masing-masing untuk dijual kepada pasaran umum.
Tempahan berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat akan dibuka sebaik sahaja ekspo itu berakhir. Penghantarannya dijadual bermula suku terakhir 2013. - Agensi
Friday, 6 January 2012
Virus baru di Facebook! 45,000 orang di hack!
MENLO PARK - Sebanyak 45,000 akaun pengguna laman sosial, Facebook di Eropah telah diserang virus ramni sehingga menyebabkan mereka terpaksa menukar kata laluan secara serta-merta.
Sementara itu, agensi keselamatan siber, vendorSeculert melaporkan puluhan ribu akaun pengguna Facebook di Perancis dan Britain telah digodam pihak tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan nama dan kata laluan mereka.
Ini kerana hasil siasatan mereka mendapati kebanyakan pengguna menggunakan kata laluan yang sama untuk perkhidmatan dalam talian lain dan ia telah menjadi antara sebab penjenayah mahu mendapatkan maklumat dengan mudah melalui serangan virus itu.
Jurucakap Facebook menyatakan pengguna boleh melindungi akaun dengan tidak menekan mana-mana pautan asing dan mencurigakan yang muncul secara tiba-tiba pada halaman mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)