Ramai-Ramai Lepak di Buletin Lepak. Dengar Berita Sambil lepak. Ajak kawan korang lepak sini. Kalau lepak sorang-sorang, memang bukan lepak la namanya tu. Dapatkan Artikel-artikel mengenai isu-isu terkini dan fakta-fakti yang kadang-kadang menyayat hati, membakar hati, membuat sakit hati, dan mengubati hati.
Wednesday, 4 January 2012
Tuan Guru Nik Aziz Nasihat Khairul Fahmi!
KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihati penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat cepat mendirikan rumah tangga supaya kehidupannya lebih sempurna.
Nik Abdul Aziz berkata, Islam menggalakkan orang yang mampu supaya cepat berkahwin.
“Ini penting untuk mengawal kita daripada melakukan dosa dan apabila berkahwin, ia lebih selamat untuk menjaga masuah.
“Khairul Fahmi merupakan penjaga gol terbaik Asia menjadi idola rakyat Kelantan, saya juga berbangga dengannya apatah lagi dia berada dalam kawasan pilihan raya saya,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kepada Khairul Fahmi di Taman Kurnia Jaya, Kemumin, Pengkalan Chepa dekat sini, semalam.
Kerajaan negeri Kelantan kata beliau, memberi hadiah kepada rakyat yang cemerlang dalam apa jua bidang sebagai rangsangan.
“Mereka yang berbakat dan cemerlang ini perlu menunjukkan contoh baik, bebas salah laku sosial dan pengaruh dadah kerana dadah boleh memusnahkan kehidupan,” katanya.
Khairul Fahmi yang mesra dikenali sebagai Apex berkata, beliau menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT dan tidak mahu terlalu memikirkannya.
“Soal jodoh ni kena tengok 'rezeki' la, kalau tahun ni (kahwin) maka tahun ni la, kalau tahun depan atau tiga tahun lagi pun saya terima,” katanya.
Sementara itu, bapa Apex, Che Mat Hussin, 59, ketika ditemui berkata, dia menyerahkan soal perkahwinan sepenuhnya kepada penjaga gol Kelantan itu.
Katanya, Apex mungkin mahu menumpukan perhatian kepada karier terlebih dauhulu.
“Saya sedia menerima siapa saja wanita pilihan dia, yang penting ialah matlamatnya dalam bidang sukan tidak terganggu kerana dia masih muda,” katanya.
Apex yang menerima anugerah Pemain Muda Terbaik dan Penjaga Gol Terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM 2011 November lalu tersenarai bersama Fadhli Shas dan Safee Sali dalam kesebelasan terbaik Asia pilihan laman web terkenal dunia, Goal.Com.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
memang elok tu kena nasihat
ReplyDeleteermm lau nak fokus pd karier dulu itu memang ptut laa..so bnda len yg tak berfaedah tu sila tggalkan laa..bukan dye sorang jerk yg bperangai 'pelik' dgn perempuan..yg lain pun kaloi caye ade jerk perangai 'nakal' tuh..tp dye skarang dah mcm slebriti kann...dye jadi tumpuan sume orang..baik peminat mhupun wrtawan..... kaloi as peminat bola sepak tanah air tak mahu dye asyik difitnah and diburukkan lagi..tp orang kate kalau takde angin masakan pokok bergoyang..
tapi ape-ape punn...KFCM memang terbaik ^__^