LEXINGTON: Polis berkata, seorang lelaki Carolina Utara cuba membeli barangan bernilai AS$476 (RM1,508) dengan sekeping wang ‘bernilai’ AS$1 juta, semalam.
Menurut jurucakap polis, Michael Fuller, 53, menunjukkan wang berkenaan kepada pekerja Walmart dan sedaya-upaya meyakinkan petugas itu kononnya ia tulen.
“Fuller cuba membeli pembersih hampa gas, pembakar gelombang mikro dan beberapa barangan lain menggunakan wang berkenaan,” katanya.
Petugas Walmart kemudian menghubungi polis selepas Fuller terus bertegas mendakwa wangnya sah digunakan.
Fuller kemudian ditahan untuk disoal siasat.
Nilai wang kertas terbesar yang sah di Amerika Syarikat ialah AS$100 selepas pengeluaran not AS$10,000 dihentikan pada 1969. - AP
hebat bener tuh gan cowok
ReplyDeletesaya mau deh kalau disuruh jadi istrinya,hehheh
ReplyDeletedarimana tuh lelaki itu dapet USD 1juta
ReplyDelete