Ramai-Ramai Lepak di Buletin Lepak. Dengar Berita Sambil lepak. Ajak kawan korang lepak sini. Kalau lepak sorang-sorang, memang bukan lepak la namanya tu. Dapatkan Artikel-artikel mengenai isu-isu terkini dan fakta-fakti yang kadang-kadang menyayat hati, membakar hati, membuat sakit hati, dan mengubati hati.
Wednesday, 4 January 2012
Gempar! PM kita hisap cerut!
Seseorang yang menghisap rokok atau curut ini bukanlah orang yang lurus bendul macam ulat buku. Para penghisap rokok ini lazimnya mempunyai sejarah hidup atau latar belakang yang gelap. Mereka hidup dengan penuh tekanan jiwa yang mengelirukan diri mereka sendiri. Jadi jalan keluarnya ialah dengan menghisap rokok.
Jika menghisap dadah dapat memberikan ketenangan pada si penghisap dadah, merokok itu juga dapat memberikan ketenangan pada si penghisap rokok dan merokok itu sangat susah ditinggalkan sehingga mampu membuatkan si penghisap runsing atau serba tak kena jika tak dapat sebatang rokok sehari.
Tapi apa kena mengena rokok dengan curut? Curut itu bapak kepada rokok. Ia mengandungi lebih tembakau dan mengandungi lebih nikotin.
Hari ini, saya terjumpa gambar Najib menghisap curut. Kalau ikut logik akal, curut merupakan benda sinonim dengan minuman keras dan judi. Ia sudah tentu bukan benda yang secocok dengan cara hidup orang Islam.
Jika anda ingin menulis karangan mengenai seorang alim (contohnya Pak Haji), jangan sesekali menulis Pak Haji tersebut menghisap curut. Kerana curut dengan orang yang baru menunaikan ibadah haji di bandar suci Mekah tidak sepadan sama sekali. Tambahan, Pak Haji telah terlatih selama berpuluh-puluh hari dengan undang-undang Mekah yang mengharamkan rokok apatah lagi curut.
Malah curut juga adalah benda yang memalukan bagi orang yang baru menghapuskan dosa dan bertaubat sambil menangis tersesak-esak di depan Ka’abah. Ini kerana Pak Haji sangat arif tentang bertapa pentingnya memelihara kesihatan diri seperti para Nabi junjungan S.A.W. Masakan si Pak Haji bodoh benar untuk membahayakan kesihatan diri dan memalukan umat Islam dengan menghisap curut?
Curut juga sama dengan rokok. Kedua-duanya ada cebisan dadah nikotin. Wujudnya dadah nikotin dalam kedua-dua benda ini, sama juga kewujudannya ulama’ pengampu dalam dunia kita. Maka kiranya curut yang dicipta pada kurun ke-14 ini sudah wujud, sekali dengan ulama’ pengampu yang akan menghalalkannya, mengapa kita harus sangsi lagi? Kita harus jelas dengan keputusan kita.
Justeru, jika kita tolak benda negatif, kita juga harus tolak pemimpin yang mengamalkan cara hidup negatif. Kerana pemimpin yang dilantik rakyat, bukan hanya dilantik untuk menghabiskan wang cukai rakyat, tapi juga dilantik untuk menunjukkan contoh yang baik pada rakyat.
Sumber : http://blog.hafizcyber.com/2012/01/04/gempar-pm-kita-hisap-curut/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment