Thursday, 5 January 2012

Gempak! Ipad Dijadikan Passport!

 


MONTPELIER (Vermont): Seorang lelaki Kanada dibenarkan masuk ke Amerika Syarikat dengan hanya menunjukkan salinan pasportnya di dalam iPad.

Martin Reisch memandu dua setengah jam dari rumahnya di Montreal sebelum tiba-tiba menyedari dia tertinggal pasport di rumah.
Apabila tiba di sempadan, Reisch, 33, mencuba nasib dengan menunjukkan salinan pasportnya yang memang ada disimpan dalam iPad kepada pegawai bertugas di pintu sempadan.


Reisch mendakwa dia dalam perjalanan ke Vermont untuk menyerahkan hadiah Krismas kepada anak-anaknya di situ.
“Selepas memandu begitu jauh, apa salahnya saya mencuba nasib dengan menunjukkan salinan pasport yang kebetulan ada dalam iPad,” katanya.
Menurut Reisch, pegawai imigresen AS meneliti salinan pasport itu kira-kira lima minit sebelum mengucapkan selamat hari Krismas kepadanya.


“Walaupun masa itu agak singkat, tapi saya rasa ia sangat lama,” katanya.
Menurut Reisch, dia benar-benar terlupa membawa pasport dan bukan sengaja mahu mencari masalah.
Malah, katanya, dia membawa bersamanya lesen memandu dan ditunjukkan kepada pegawai di sempadan.


Ekoran insiden itu, Reisch berkata, dia akan memastikan tidak lagi meninggalkan pasport di rumah ketika keluar.
Sejak 2009, warga Kanada perlu menunjukkan lebih daripada lesen memandu untuk masuk ke AS. - DM

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...