Tuesday, 3 January 2012

Curi seluar dalam! Penjara Sebulan!



KUALA LUMPUR — Seorang pemandu lori dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah mengaku bersalah kerana mencuri dua kotak seluar dalam di sebuah kompleks membeli-belah dan gagal menunjukkan kad pengenalannya, dua hari lepas.

Majistret Mohd Azali Ibrahim memerintahkan M. Tharmalingan, 29, menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada Ahad lepas.

Tharmalingan mencuri dua kotak seluar dalam jenama Alain Delon bernilai RM30 di UO Shopping Complex, Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini pada pukul 2.47 petang, 1 Jan lepas mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Dia juga dituduh kerana kegagalan menunjukkan kad pengenalannya ketika diminta berbuat demikian oleh polis pada pukul 3 petang di tempat dan tarikh yang sama.

Ketika membuat rayuan, peguam Farkhana Omar, yang mewakili Tharmalingan berkata kliennya itu memperoleh pendapatan RM2,000 sebulan.

Timbalan Pendakwa raya Loh Wei Dhin mengendalikan pendakwaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...