Friday, 6 January 2012

Banduan Bergaduh! 31 maut

 

NUEVO LAREDO (Mexico): Pergaduhan antara banduan menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut dan 13 lagi cedera, semalam di dalam sebuah penjara yang menempatkan anggota geng dadah di timur laut negara ini, kata pihak berkuasa.

Polis dan tentera mengepung penjara Santa Amalia di Altamira di Teluk Mexico dan akhirnya dapat mengawal keadaan, kata jurucakap polis persekutuan.


Banduan menggunakan senjata buatan sendiri dalam pertempuran yang berlaku di sel tahanan lelaki dekat Tamaulipas, negeri di sempadan selatan. Menurut pihak berkuasa negeri, seramai 13 banduan yang disyaki terbabit dalam pergaduhan itu ditahan.



Penjara berkenaan dibina untuk memuatkan 2,000 banduan tetapi mempunyai populasi lebih daripada 3,000 orang.


Ia terletak di kawasan yang menjadi perebutan antara kumpulan dadah Gulf dan Zetas. Kebanyakan banduan dipenjarakan atas kesalahan dadah. Insiden rusuhan dan melarikan diri dari penjara perkara biasa di Mexico tempat di mana kira-kira 230,000 banduan dipenjarakan dengan 25 peratus ditahan di penjara yang sesak.


Tamaulipas yang memenjarakan 7,800 tahanan menyaksikan beberapa siri insiden banduan melarikan diri dan pergaduhan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. - AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...