Wednesday, 4 January 2012

Ubat HKL RM 1 Juta dalam tong sampah! Gila~

Ubat RM1 juta dalam tong sampah
KUALA LUMPUR – Ubat-ubatan bernilai RM1.078 juta yang dilarikan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) baru-baru ini ditemui di dalam tong sampah besar di tempat letak kereta Kompleks Kerajaan Jalan Duta, Ahad lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, ubat-ubatan itu dimuatkan di dalam 27 beg sebelum disembunyikan di lokasi terbabit.

“Melalui pemerhatian kamera litar tertutup (CCTV), kita dapat melihat suspek membawa keluar beg bermuatan 16 jenis ubat dari Farmasi Neuro Sains.

“Suspek menggunakan dua kenderaan disewa dan kereta itu dirampas untuk siasatan,” katanya pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala Lumpur, semalam.

Katanya, selepas laporan dibuat pada 27 Disember lalu, polis menahan seorang lelaki warga asing, berumur 21 tahun, yang merupakan pencuci lantai di HKL bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, keesokannya, polis menahan seorang lelaki yang merupakan kakitangan farmasi HKL.

“Susulan itu, kita menahan seorang lagi lelaki merupakan kakitangan farmasi di Hospital Temerloh (HT), Ahad lalu sebelum ubat itu ditemui semula,” katanya.

Menurutnya, dengan penemuan semula ubat-ubatan itu dan penahanan tiga suspek, polis percaya kes ini dapat diselesaikan.

Suspek yang berusia lingkungan 21 hingga 36 tahun itu direman sehingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan iaitu curi oleh orang gaji yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...