Saturday 25 February 2012

Gila!! Lukisan Kartun Rm 120.4 juta!




NEW YORK - Lukisan artis Roy Lichtenstein bertajuk Sleeping Girl yang diinspirasikan daripada buku komik dijangka dapat dilelong pada harga AS$40 juta (RM120.4 juta) oleh rumah lelongan Sotheby's di New York pada 9 Mei depan.

Lukisan tahun 1964 yang memaparkan seorang wanita berambut perang dan seksi itu merupakan sebahagian daripada siri lukisan Lichtenstein. Ia disifatkan sebagai hasil karya terhebat dunia seni pasca perang Amerika Syarikat.

"Sleeping Girl ialah salah satu karya terbaik kurun ke-20. Ia sebaris dengan lukisan ikonik wanita oleh pelukis seperti Pablo Picasso, Constantin Brancusi dan Amedeo Modigliani.

"'Gadis-gadis' Lichtenstein sememangnya antara hasil karya Lichtenstein yang paling dikehendaki pada hari ini. Sleeping Girl didambakan oleh para peminatnya sejak ia dihasilkan pada tahun 1964. Lukisan ini amat segar dan bertenaga, seolah-olah ia baru dilukis semalam," kata Ketua Seni Kontemporari Seluruh Dunia Sotheby's, Tobias Meyer.

Lukisan yang menjadi sebahagian daripada Jualan Seni Kontemporari Sotheby's akan dipamerkan di Los Angeles, Hong Kong, London dan New York sebelum dilelong. - REUTERS

Thursday 23 February 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...