Wednesday 26 September 2012

Budak 12 Tahun yang GENIUS BEB!!





Di Malaysia,kita ada Adi Putra seorang budak yang genius dan mampu menyelesaikan masalah matematik di peringkat universiti. Di London juga terdapat seorang budak berusia 12 tahun yang mendapat markah A bagi subjek matematik dalam peperiksaan sekolah menengah kini menjadi mahasiswa termuda Britain. Pada masa sama, dia kini mengikuti kursus matematik bagi peringkat ijazah.



KEPALE IKAN YANG TRANSPARENT~~





Pelbagai jenis ikan yang yang mempunyai bentuk fizikal yang pelik. Namun pernahkah kita melihat ikan yang yang berkepala transparent ini? Ikan ini dikenali sebagai Macropinna Microstoma adalah satu-satunya spesies ikan dalam keluarga Macropinna dari ordo Opisthoproctidae ( Barreleye). Yang membezakan spesies ini dengan ikan lain pada adalah bahagian kepalanya yang transparent di mana didalamnya berisi cecair , dan juga matanya dapat terlihat dengan jelas. Jom lihat gambar di bawah ini.










Dah macam hantu plak gmbar ikan ni...

SETEREKA UNTUK CANTIK??



Artis Setereka Muka Untuk Tampak Cantik

                                               

Liputan6.com, Jakarta: Penyanyi dangdut Melinda menilai wajah adalah bahagian tubuh yang paling penting kerana merupakan perkara pertama orang ramai melihat. Untuk itu, Melinda rajin melakukan perawatan wajah.

IBU=ANAK?




Ibu berusia yg dah 50++ di sini memiliki rupa paras seperti anak perempuannya yang berumur 28 tahun selepas membelanjakan kire2 £10,000 (RM52,833) untuk menjalani pembedahan kosmetik.

Wednesday 19 September 2012

Hiiii SEMUA!!!


HI SEMUA!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera~~




MAAF BUAT PEMBACA2 BLOG YANG KAMI KASIHI......

SETELAH HAMPIR 6 BULAN KAMI TIDAK BEROPERASI AKIBAT BEBERAPA KESULITAN YANG KAMI HADAPI, AKHIRNYA KAMI BERJAYA MENGHIDUPKAN KEMBALI BLOG BULETIN LEPAK INI....




DIHARAPKAN ANDA2 SEMUA SENTIaSA MELAWAT BLOG BULETIN LEPAK INI DAN insyallah KAMI juGA MENJANJIKAN akan`POST2` ENtrY YANG LEPAKK.. TERIMA KASIH!

:-D


SORE EyE~


Look at my lips. Seksi takk? tergoda x??
OMG. hahaha
Seperti yang sedia maklum, sangat hangat di laman2 sesawang terutamanya di Facebook, MINAH yang berasal dari SINGAPURA melakukan `aksi-aksi` yang menarik ramai orang ramai.
Siyes, sape2 yang baru lepas makan tgk video ni compom muntah pnye lah.. silap2 mknan semalam pon leh kuar gak.. hihii...

Friday 23 March 2012

Wow! Surat Khabar Terkecil Di dunia


Jika akhbar Berita Harian yang dahulunya bersaiz besar dan kini bersaiz kompak. Ia masih lagi belum di kira kecil. Ternyata sebuah surat khabar telah menerima pengiktirafan daripada pihak Guinness World Record kerana mencetak Surat Khabar yang paling kecil di dunia berukuran saiz 32x22mm. Surat khabar ini bersaiz ibu jari manusia dan masih lagi boleh di baca walaupun saiznya yang agak kecil. Jom kita layan gambar surat khabar terkecil di duniaini.













Thursday 8 March 2012

Biodata Aiman Hakim Ridza . Hero Vanilla Coklat .


Drama Vanilla Coklat semakin hari semakin di minati bukan saja dari kalangan remaja bahkan juga golongan dewasa. Kehadiran pelakon baru Aiman Hakim Ridza yang pernah memasuki rancangan Mentor semakin lama semakin di kenali menerusi drama Vanilla Coklat itu sendiri. Di bawah ini ada terselit dua gambar Aiman Hakim Ridzadan di ikuti pula dengan biodatanya sekali..





Nama Penuh : Aiman Hakim bin Ridza Abdoh
Tarikh Lahir : 17 Januari 1989
Tempat Lahir : Johor Bahru
Umur : 23 Tahun

Jemput lawat blog kami yang lain : Dapatkan ubat kencing manis (klik sini) hanya Rm 65 sahaja. =) Dijamin keberkesanan. Kencing manis pasti pulih. =)

Manakala jika ada yang berminat untuk dapatkan Serum Vgrip (try tgk sini), hanya Rm 130 je. Murah2.. Vgrip memang terbaik!

Sejak dari lahir Aiman tinggal di johor sehinggalah tahun 1990. Kemudian, dia berpindah ke Pulau Pinang hingga 1994. Bermula tahun 1994 dia menetap di Shah Alam dan Subang Jaya.

Selain mempunyai bakat nyanyian, Aiman juga merupakan seorang yang aktif bermain bola sepak. Aiman pernah menjadi kapten pasukan dan mewakili Selangor dalam Kejohanan Bola Sepak Sekolah Rendah Malaysia pada tahun 2001 ketika usianya 12 tahun.



Pada tahun 2004 dan 2005, Aiman banyak bermain bagi mewakili Malaysia dalam Youth World Cup Under 17 (FIFA) di Tokyo. Banyak lagi pertandingan-pertandingan bola sepak bawah 17 tahun diwakili oleh Aiman untuk mengharumkan nama Malaysia seperti di Bangkok, Jakarta, Hong Kong dan lain-lain.

Pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan ialah apabila dia bermain bola sepak bersama pasukan Bayern Munich..

Wednesday 7 March 2012

Tuesday 6 March 2012

Lady Gaga Miliki 20.12 juta Follower Di twitter



LOS ANGELES – Penyanyi terkenal, Lady Gaga menjadi orang pertama di dunia memiliki lebih 20 juta pengikut di Twitter.

Dia mempunyai 20.12 juta pengikut pada hari Isnin lalu dalam akaun Twitternya, @ladygaga.
Penyanyi remaja, Justin Bieber berada di tempat kedua dengan 18.11 juta pengikut menerusi akaunnya, @justinbieber.

Seorang lagi penyanyi terkenal, Katy Perry berada di belakang Bieber dengan mempunyai 15.75 juta pengikut.
Penyanyi terkenal, Shakira berada di belakang Perry dengan 14.56 juta pengikut dan diikuti penyanyi kelahiran Barbados, Rihanna dengan 14.49 juta pengikut.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berada di tempat kelapan dengan 12.84 juta pengikutnya menerusi akaunnya, @barackobama. – AFP

Seorang lelaki ada Bukan 4 Tapi 6 Isteri!


BUKTI...Hani menunjukkan dua salinan sijil perkahwinan isteri kelima dan keenam yang dinikahi saudaranya.
KOTA BHARU: Bermodalkan air liur dan putar belit, seorang lelaki berusia 50-an di sini, dikatakan licik menipu empat isterinya untuk bertindak gila dengan menambah dua lagi ‘cawangan’ menjadikan jumlah keseluruhan isterinya enam.

Lelaki itu didakwa mengahwini isteri kelima di negara jiran pada Mac tahun lalu dan selang sebulan selepas itu mengahwini pula seorang wanita berstatus janda di tempat sama.
Dakwaan mengejutkan itu didedahkan seorang ahli keluarga terdekat lelaki terbabit yang tidak sanggup melihat saudaranya itu bergelumang dengan dosa.

Waris yang hanya mahu dikenali sebagai Hani, 40, berkata, dia terkejut kerana saudaranya itu berani melanggar hukum Islam apabila memiliki enam isteri serentak.
“Saya hairan bagaimana perkara ini boleh berlaku kerana ini kesalahan serius. Mempunyai lebih daripada empat isteri melanggar hukum agama dan perkahwinannya dengan isteri kelima dan keenam sepatutnya tidak sah,” katanya ketika ditemui, semalam.

Yeahaa! You Tube Malaysia Pulak~!



Pada tahun lepas google telah melancarkan youtube versi singapore dan filipina dimana ianya membolehkan penduduk tempata dapat menggunakan fungsi tambahan yang terdapat dalam youtube. Dan kini Youtube Malaysia pula sudah kelihatan.

Menurut sumber dari Amanz.my url youtube versi Malaysia ini sudah kelihatan diamana url nya seperti berikut
 http://www.youtube.com.my/.

Dengan kemunculan youtube versi tempatan, ianya akan memudahkan kita untuk membuat carian yang hanya mengfokuskan kepada dalam negara ini sahaja..
Dengan pelancaran ini ianya dapat memberi satu alternatif baru kepada pengguna dinegara ini untuk mecari video2 keluaran tempatan dengan lebih pantas.

Sumber, Kura-kura.my

Monday 5 March 2012

Ibu Kejam Ingin Jual Dara Anak Sunti ~



JOHOR BAHRU: Seorang ibu yang juga penghidap HIV tergamak memaksa anak dara suntinya melacur, malah bercadang menjual remaja berusia 13 tahun itu kepada mana-mana lelaki yang berminat, semata-mata untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.

Bagaimanapun, remaja itu bernasib baik apabila seorang lelaki yang berniat melanggannya, simpati akan nasibnya selepas mangsa menceritakan keadaan sebenar lalu menyerahkannya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk diberi bantuan.

Pengarah JKM Johor, Khatijah Abdullah (gambar) yang mendedahkan kejadian itu berkata, wanita penghidap HIV terbabit tergamak bertindak demikian sebagai jalan mudah untuk melepaskan tanggungjawab sekiranya dia ditimpa perkara tidak diingini selain meringankan bebannya.

“Semuanya terdedah selepas kami menerima maklumat berkaitan cubaan menjual mangsa daripada pelanggan gadis itu yang simpati dengan nasib malangnya.

“Itu kali pertama mangsa dipaksa melacur, jadi dia merayu kepada lelaki terbabit supaya jangan mengapa-apakannya serta menceritakan nasib malangnya. “Lelaki itu yang simpati kepada mangsa tidak jadi melanggannya, sebaliknya menyerahkan mangsa kepada kami,”katanya ketika ditemui Harian Metro.

Khatijah berkata, pihaknya melakukan intipan selama beberapa hari dan mendapati dua beranak berkenaan menyewa bilik sebuah rumah kedai di sekitar bandar raya ini.

“Kami kemudiannya menyerbu bilik berkenaan. Selepas diselamatkan, gadis berkenaan kemudiannya ditempatkan di sebuah pusat perlindungan di sekitar bandar raya ini,” katanya.
Menurutnya, hasil soal siasat remaja perempuan itu didapati keciciran sekolah dan sebelum ini ibunya juga memaksanya mengemis untuk mendapatkan wang. “Mangsa mendakwa ibunya juga pernah cuba memujuknya untuk melacur beberapa kali namun gadis berkenaan berjaya mengelak.

“Ibunya yang turut kami tahan kini ditempatkan di sebuah pusat perlindungan pesakit HIV di Taman Abad. Ketika disoal siasat, pada mulanya dia enggan mengaku cuba menjual anak gadisnya tetapi akhirnya mengubah pengakuan,” katanya.

Khatijah bagaimanapun enggan mendedahkan harga yang ditetapkan ibu gadis terbabit ketika dia mahu dijual. Menurutnya, mangsa kini sudah menyambung persekolahan malah sentiasa diberikan kaunseling selain didedahkan dengan aktiviti berfaedah baginya meneruskan kehidupan baru.

Khatijah berkata, mana-mana ibu bapa atau penjaga yang mengabaikan anak atau individu yang dijaga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 33, Akta Kanak-kanak 2011.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes pengabaian kanak-kanak mahupun remaja berusia kurang 18 tahun diminta untuk menyalurkan aduan kepada JKM di talian 07-2282971.

-Hmetro-

Pengantin 11 Tahun Lahirkan Anak Pada Hari Perkahwinan~



SOFIA – Seorang kanak-kanak warga Bulgaria, Kordeza Zhelyazkova selamat melahirkan seorang bayi perempuan walaupun umurnya baru mencecah 11 tahun.

Zhelyazkova merupakan ibu paling muda di kota Bulgaria ketika dia hamil dua minggu selepas menyambut hari lahirnya yang ke-11.
Ahli keluarga kanak-kanak perempuan itu ternyata terlalu gembira menerima kelahiran bayi perempuan Zhelyazkova yang diberi nama Violeta seberat 2.6 kilogram.

Apa yang lebih menarik, Zhelyazkova melahirkan Violeta pada hari sepatutnya dia berkahwin dengan teman lelakinya, Jeliazko Dimitrov, 19.
Selepas lebih dari 24 jam Zhelyazkova selesai melahirkan anaknya, kanak-kanak perempun itu meneruskan upacara perkahwinannya yang tergendala kerana melalui proses kelahiran Violeta.

Sebelum ini, Zhelyazkova mengaku dia seperti kanak-kanak lain yang menjadikan permainan sebagai teman sehariannya menghabiskan masa di rumah.
Tetapi, semuanya sudah berubah apabila dia sedar kini mempunyai tanggungjawab sebagai seorang ibu untuk menjaga bayinya yang masih kecil.

“Sebelum ini, saya cuma bermain dengan alat permainan tetapi kini bayi ini adalah permainan saya yang baru. Saya perlu lebih matang. Saya kini seorang ibu,” kata Zhelyazkova.

Wow!! Bateri Ternipis Di Dunia Dicipta~!!

   Senipis Kepingan Filem!

TOKYO - Firma elektronik Jepun, NEC mengeluarkan bateri yang nipis seperti filem dikenali sebagai Bateri Radikal Organik (ORB).

Setebal cuma 0.3 milimeter (mm), kepingan bateri itu boleh digunakan dalam kad pintar dan kertas elektronik serta beberapa gajet bergerak yang lain.

Menurut NEC, bateri ORB itu memiliki 40 peratus lebih kuasa berbanding bateri ORB generasi lama.

Ia dibuat dengan menggunakan bahan mentah yang murah tetapi berkualiti. - AGENSI

Kreatif ! Muka Dijadikan Ruang Iklan, Perolehi RM 2000 Sehari


HARPER menjadi iklan bergerak untuk syarikat Ernst and Young. 
LONDON: Dua siswazah menjual muka mereka kepada pengiklan dalam usaha untuk menjelaskan hutang pengajian berjumlah hampir �50,000 (RM250,000).

Ed Moyse dan Ross Harper, kedua-duanya berusia 22 tahun, melukis logo dan slogan syarikat pada muka mereka selama sehari. Ini akan membolehkan sesiapa saja yang melintas mereka, dapat membaca iklan berkenaan.
Antara syarikat yang menggunakan khidmat itu menerusi buymyface.co.uk setakat ini ialah Ernst and Young, Pipers Crisp dan Mashbo.

Kedua-dua siswazah terbabit yang menuntut di Universiti Cambridge, sudah memulakan projek itu selama 155 hari daripada 366 hari yang mereka rancang dan setakat ini berjaya mengumpul lebih �31,000 (RM155,000).
ED Moyse dengan logo Mashbo.

Mulanya, satu iklan berharga �1 (RM5) sehari tetapi kini, kedua-duanya menerima begitu banyak permintaan dan harganya naik hingga �400 (RM2,000) dan masih terus meningkat.
Moyse dan Harper berkata: “Ia cara di luar kebiasaan untuk kami menjelaskan hutang pengajian. Kami melihat begitu ramai yang gagal dalam permohonan untuk mendapatkan pekerjaan dan akhirnya terpaksa menerima karier yang sebenarnya bukan mereka kehendaki.


“Apa yang kami lakukan ialah sedikit berbeza dan ia bermula dengan agak baik.” - TS

Fasha Sandha Dan Jejai Bakal Bersatu

SEHATI SEJIWA...Fasha dan Jejai menghadiri kursus perkahwinan.

KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah saya terima lamarannya dan dia sudah bertemu keluarga saya untuk merisik,” kata pelakon popular, Fasha Sandha kepada Harian Metro, semalam, sekali gus mengesahkan perhubungan kontroversinya dengan kekasihnya, Jejai bakal berakhir di jenjang pelamin tidak lama lagi.

Pelakon berusia 28 tahun kelahiran Johor Bahru itu berkata demikian mengulas pelbagai desas-desus terbaru mengenai persiapan perkahwinannya termasuk gambar mereka menghadiri kursus kahwin di Setiawangsa minggu lalu yang mula tersebar di Internet.

“Insya-Allah jika tiada aral melintang dan diberikan rezeki, kami berkahwin dalam tahun ini,” kata Fasha mengenai status terkini hubungannya dengan Jejai atau nama sebenarnya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli.

Selain gambar pasangan itu mengikuti kursus persediaan perkahwinan, turut tersebar di Internet dan disiarkan di portal hiburan ialah gambar mereka mencuba busana pengantin di sebuah butik.
Mengulas perkara itu, Fasha berkata: “Memang saya dan Jejai menghadiri kursus kahwin minggu lalu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan ia satu pengalaman yang baru buat saya.

“Saya akur dengan gambar yang tersebar kerana status sebagai selebriti membuatkan saya tidak boleh lari. Namun, perkara baik seperti ini tiada apa yang perlu disembunyikan lagi.”

Bagaimanapun, ketika diminta mengulas lanjut mengenai tarikh dan lokasi perkahwinan, Fasha enggan memberitahu kerana belum bersedia dan menanti waktu sesuai untuk diumumkan.

Thursday 1 March 2012

Perempuan Jepun Mandi Dengan Telefon sebab sayangkannya



TOKYO: Wanita Jepun begitu sayang kepada telefon mereka sehingga mereka menggunakannya dalam bilik mandi.
Syarikat pembuat telefon bimbit berkata, keadaan itu menyebabkan pengeluaran telefon kalis air sesuatu yang mesti. Ia juga perlu mempunyai ciri yang boleh mengelak petir dan kemalangan ketika menghantar SMS dalam tandas.


Panasonic dan Fujitsu menghebahkan telefon bimbit kalis air dan habuk keluaran mereka ketika berusaha menarik pasaran luar negara di pameran telefon bimbit terbesar dunia di Barcelona, minggu ini.
“Di Jepun, anda tidak boleh menjual telefon jika ia tidak kalis air. Kira-kira 90 hingga 95 peratus telefon yang dijual sekarang adalah kalis air,” kata eksekutif Panasonic, Taro Itakura pada Kongres Telefon Bimbit Dunia.


“Kenapa? Ia amat unik. Wanita muda Jepun memilih untuk menggunakan telefon bimbit mereka walaupun ketika mandi. Telefon bimbit sudah menjadi sesuatu yang mesti dimiliki,” katanya.
Panasonic kini berusaha untuk memasuki pasaran Eropah selepas berundur pada 2005 untuk menumpukan kepada pasaran tempatan.


“Alasan kami mahu kembali ialah terdapat banyak perubahan dalam industrti dengan pengenalan telefon pintar yang sudah menjadi produk global. Dalam usaha untuk terus bertahan dalam industri ini sebagai pembuat, kami, Panasonic perlu kukuh dalam persaingan global,” katanya.


Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada penduduk Eropah mempunyai sifat yang sama dengan rakyat Jepun, suka menggunakan telefon ketika mandi. Bagaimanapun, Itakura berkata, mereka wajar menimbang kelebihan untuk berbual ketika dalam hujan.
Sepertiga daripada kerosakan telefon berpunca daripada air, kata pakar pemasaran Panasonic untuk Eropah, Florian Sohn. - AP

Wednesday 29 February 2012

Hebatnya!! Cipta Kapal Terbang Di atas Rumah jerrr~~



KAMPUNG XIAHE, China - Seorang petani berusia 58 tahun, Li Jingchun mencipta pesawat buatan sendiri di atas bumbung rumahnya di sini.

Dia menyembur cat pada badan pesawat itu yang sepanjang 5 meter (m) dan lebar 1.5m.

Kebanyakan badan pesawat itu diperbuat daripada barang kitar semula dengan kos lebih 40,000 yuan (RM19,136). - Reuters

Tuesday 28 February 2012

Awas! Penggemar tauhu !! Hati-hati!!



Selepas melihat gambar bukti ini, terus aku hilang selera nak beli tauhu kat mana2 tempat sekali pun. Buat sendiri jer lah lepas ni... Adakah korang masih berselera untuk menjamah tauhu? Sampai ati diaorang.. huhuhu...

Tahu ke tauhu?? hahahaha...
Jemput lawat blog kami yang lain : Dapatkan ubat kencing manis (klik sini) hanya Rm 65 sahaja. =) Dijamin keberkesanan. Kencing manis pasti pulih. =)

Manakala jika ada yang berminat untuk dapatkan Serum Vgrip (try tgk sini), hanya Rm 130 je. Murah2.. Vgrip memang terbaik!

Ini adalah 10 Orang Terawal Mendaftar Di Facebook!


Kita Kira dari 10-1~~!!!
Kalau nak add mereka, sila ye..hehehe..
da siap kasi original profile..

Like Dan Share Post Ni~!




10. Mark Kaganovich

Original Profil ID:? Http://www.facebook.com / profile.php id = 28mark kaganovich1 10 First People To Join The Facebook




09. Collin Kelly
Original Profil ID:? Http://www.facebook.com / profile.php id = 27colin kelly 10 First People To Join The Facebook



08. Andrew MacCollum
Original Profil ID:? Http://www.facebook.com / profile.php id = 26andrew mccollum 10 First People To Join The Facebook


07. Chris Putnam
Original Profil ID:? Http://www.facebook.com / profile.php id = 13chris putnam 10 First People To Join The Facebook




06. Soleio Cuervo
Original Profil ID:? Http://www.facebook.com / profile.php id = 11soleio cuervo 10 First People To Join The Facebook




05. Marcel Laverdet
Original Profil ID:? Http://www.facebook.com / profile.php id = 10marcel georgs laverdet 10 First People To Join The Facebook





04. Arie Hasit
Original Profil ID:? Http://www.facebook.com / profile.php id = 7arie hasit 10 First People To Join The Facebook




03. Dustin Moskovitz
Original Profil ID:? Http://www.facebook.com / profile.php id = 6dustin moskovitz 10 First People To Join The Facebook





02. Chris Hughes
Original Profil ID:? Http://www.facebook.com / profile.php id = 5chris hughes 10 First People To Join The Facebook





01. Mark Zuckerberg

Original Profil ID:? Http://www.facebook.com / profile.php id = 4mark zuckerberg 10 First People To Join The Facebook

Bahaya! Lebih 600,000 Akaun Facebook Digodam Setiap Hari!



Serangan pada Facebook merupakan salah satu perkara yang amat ditakuti ramai pengguna, dan kini melalui laporan yang dikeluarkan, ia memperlihatkan sebanyak lebih daripda 600,000 akaun Facebook diserang dan diambil-alih pengodam setiap hari, salah satu angka yang amat tinggi walaupun dari segi peratus, ia hanya sekadar 0.06% sahaja.







Di Malaysia sahaja, angka pengguna yang diserang dan diambil-alih merupakan tinggi, apatah lagi akhir-akhir ini, ia dilaporkan pelbagai akaun milik selebriti dan artis telah diambil-alih oleh pengodam.

Untuk mengatasi perkara ini, Facebook sendiri pernah memperkenalkan beberapa fungsi, namun ia tidak digunakan sepenuhnya oleh para pengguna mereka.


Salah satunya adalah dengan mengintegrasikan maklumat log masuk akaun dengan telefon bimbit, dan emel, sekaligus mengetahui pelbagai aktiviti yang tidak diingini pada akaun Facebook dengan mudah.

Monday 27 February 2012

Wow! Cicak ni memang hebat! Hidup dalam Perut Ikan

Haiwan kecil ini telah ditelan oleh seekor ikan di daerah terpencil sungai Cape York dan telah dicerna sebahagian ketika ikan itu tertangkap oleh seorang nelayan. Ikan Saratoga banyak dicari oleh pemancing kerana kesediaannya untuk menyerang sesuatu yang bergerak dan sangat digemari oleh pemancing.


John Berzins, seorang pemancing Amerika Syarikat, sedang memancing dengan ditemani Al Simson di Sungai Doughboy di sisi barat bahagian utara Cape York minggu ini ketika ia menangkap ikan ini.


Ketika mereka mengambil foto ini ikan memuntahkan makanannya yang terakhir, seekor cicak yang jelas sepatutnya sudah mati.Mata cicak itu menunjukkan ia tidak bernyawa.





Tetapi sebuah keajaiban terjadi, mata cicak itu kelihatan hitam semula dan dia mula bergerak











Cicak itu dikeluarkan dengan bantuan dari pemancing, ia merangkak dari rahang pemangsanya. Ada beberapa bekas gigitan di punggung dan bahagian ekor sebahagian sudah dicerna, tapi ketika mereka meletakkan kembali di tepi sungai cicak itu bergegas pergi.




"Kami menyaksikan keinginan kuat untuk bertahan hidup," kata Simson. "Kadal itu mungkin melambatkan detak jantung agar tetap hidup untuk jangka waktu tertentu di bawah air tanpa udara."

By Berita Bulan

Sunday 26 February 2012

Gila ! Minyak Masak ada Tuala Wanita~

JIJIK...minyak masak mengandungi tuala wanita.

JELEBU: "Apabila diamati, saya percaya ia tuala wanita," kata pekedai, Mohd Ifzal Dzulkiffli, 31, yang terkejut apabila menemui tuala wanita di dalam peket minyak masak yang diterimanya di Kampung Titi, Kuala Klawang, di sini.

Mohd Ifzal berkata, minyak masak seberat satu kilogram (kg) itu diterima daripada pemborong dua bulan lalu, namun berikutan tidak sahih ia adalah tuala wanita dia tidak membuat laporan.

“Bagaimanapun, selepas berfikir kejadian ini mungkin terjadi kepada orang lain, saya bertindak melaporkan kepada pihak berwajib.

“Saya mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak berkenaan berikutan ini membabitkan soal kesihatan dan kebersihan,” katanya.
Menceritakan penemuan mengejutkan itu, Mohd Ifzal berkata, perkara itu terjadi apabila seorang pelanggan mahu membeli minyak masak datang ke kedainya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...