Wednesday, 26 September 2012

IBU=ANAK?




Ibu berusia yg dah 50++ di sini memiliki rupa paras seperti anak perempuannya yang berumur 28 tahun selepas membelanjakan kire2 £10,000 (RM52,833) untuk menjalani pembedahan kosmetik.
Wanita berkenaan, Janet Cunliffe taksub untuk kelihatan muda seperti anaknya, Jane dan menjalani pembedahan kosmetik di Croatia pada September lalu.

"Mungkin tindakan saya menjengkelkan, tetapi anak perempuan saya begitu cantik seperti saya pada waktu muda dahulu. kata `beliau`

"Sesiapa sahaja pasti berkeinginan memiliki rupa paras sepertinya," kata wanita itu.

Beberapa tahun lalu, Janet tak ubah seperti nenek kepada anak perempuannya dengan wajah yang berkedut, susuk tubuh gemuk dan kulit kendur.
Namun, kini orang ramai sukar membezakan mereka selepas Janet menjalani pembedahan wajah dan pembesaran buah dada selain mengamalkan diet selama empat bulan.

Tambahnya, usaha untuk kelihatan cantik bermula dengan berhenti memakan makanan ringan.

"Sebelum ini saya makan kentang dan pasta tetapi kini saya makan ayam panggang dan sayuran hijau," katanya.

kredit to berita

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...