Saturday 14 January 2012

Lalat ini bernama Beyonce~!

 
SYDNEY: Cerita mengenai Beyonce tidak pernah putus.
Selepas muncul kisah mengenai bayinya, Blue Ivy Carter, isteri Jay Z itu sekali lagi menjadi bahan berita apabila seorang saintis sengaja menggunakan nama selebriti berkenaan untuk menamakan satu spesies lalat.

Ia mungkin satu penghormatan atau boleh juga dianggap penghinaan. Tetapi yang pasti, saintis terbabit, Bryan Lessard berkata, dia tidak bertujuan untuk menghina penyanyi itu.
Menurutnya, lalat itu yang belum ada nama, akhirnya dinamakan Scaptia Beyonceae, kerana kononnya ia banyak persamaan dengan Beyonce.

“Lalat itu mempunyai sejumlah bulu berwarna emas yang cukup lebat di perut. Secara kebetulan, spesies lalat itu ditemui pertama kali pada 1981, sama dengan tahun kelahiran Beyonce,” kata Lessard.
Sama seperti selebriti berkenaan, ciri lalat yang cantik dan unik itu menyebabkan dia dinobatkan sebagai diva lalat, kata Lessard. - Agensi

Terbongkar, Rumah Urut maksiat!~


KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila sebuah pusat beli-belah berhampiran Kompleks Sukan Bukit Jalil, di sini, mempunyai lebih 20 premis refleksologi yang dipercayai bukan sekadar menawarkan khidmat urut menghilangkan lenguh badan, malah hingga ke ranjang.

Saingan sesama sendiri menyebabkan 150 wanita tukang urut yang kebanyakannya masih muda, gebu, seksi dan peramah, kelihatan berebut-rebut memancing pelanggan, terutama lelaki yang mengunjungi kompleks itu, sekali gus menjadikan kawasan berkenaan tidak ubah seperti kawasan ‘lampu merah’ Patpong di Bangkok, Thailand.

Siasatan wartawan Metro Ahad mendapati, wanita berpakaian seksi terbabit, majoritinya dari China dan beberapa warga Vietnam dan tempatan, pasti mendekati lelaki yang melalui premis di tingkat bawah, satu dan dua kompleks itu untuk menawarkan khidmat urut dengan caj serendah RM35 sejam.

Sebaik lelaki terbabit menunjukkan minat untuk berurut, kumpulan wanita seksi itu mula menggoda supaya turut mendapatkan khidmat seks, sama ada di katil urut atau dibawa ke tempat lain, dengan bayaran dipersetujui kedua-dua pihak.

Siasatan mendapati setiap pusat urut mempunyai antara lima hingga 10 pekerja wanita sambil diawasi beberapa lelaki yang memerhatikan gerak-geri bakal pelanggan, selain memastikan kawasan itu selamat daripada serbuan pihak berkuasa.

Kumpulan wanita itu biasanya menggoda dan memperkenalkan perkhidmatan lain yang disediakan pada harga antara RM35 hingga RM50 dan meminta dulu wang pelanggan sejurus dibawa ke lot kedai menempatkan lima hingga 10 katil bujang yang dipisahkan melalui tirai.

Look Now , See Forever! Kreatif Gila!


QUEENSLAND - Apa akan terjadi apabila sekumpulan kanak-kanak diberi ribuan pelekat berwarna-warni untuk menghiasi sebuah bilik putih dalam tempoh dua minggu?
Kanak-kanak pasti seronok untuk menghias bilik itu berdasarkan idea dan kreativiti mereka tanpa campur tangan golongan dewasa.

Oleh itu, seorang artis berbakat, Yayoi Kusama, 82, menggunakan idea kreativiti berbeza kanak-kanak dalam hasil seni terbarunya yang boleh dianggap menarik dan unik, digelar sebagai ‘Look Now, See Forever’.

Sejak 1950-an, artis berpengaruh ini telah menghasilkan hasil seni menakjubkan menggunakan bintik kecil ukiran, pelekat gambar dan lukisan yang digunakan sebagai objek utama penghias ruang bilik putih.
Kusama mendedahkan dia mula menunjukkan bakat seninya semasa berumur 10 tahun.

Hasil seni menarik wanita warga emas itu kini dipamerkan di Galeri Seni Moden Queensland sehingga 12 Mac depan.

Ally Iskandar Kahwini Pilihan Keluarga! Hebat~


Pengacara popular, Ally Iskandar, 36, bakal menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan keluarganya, Farah Lee, 23, pada 20 Januari ini.
Menurut Ally, majlis pernikahan mereka akan diadakan di rumah Farah yang terletak di Kampung Atas Tol, Terengganu.

“Majlis ini akan diadakan secara kecil-kecilan. Ia hanya dihadiri sanak-saudara dan teman rapat sahaja. Bagaimanapun, pihak saya masih belum menentukan sebarang majlis sebelah lelaki,” katanya yang berkenalan dengan Farah selama hampir empat bulan.

Bercerita mengenai detik perkenalan mereka, Ally berkata, semuanya diatur oleh keluarganya. Jelasnya, tempoh perkenalan singkat tidak menjadi masalah untuk mendirikan rumahtangga.
“Saya tidak pernah bercinta dengan Farah, namun dia berjaya menawan hati saya kerana sikapnya yang berbeza dengan gadis lain yang pernah saya temui.

“Setelah keluarga perkenalkannya pada saya, kami berhubung melalui laman Facebook, kemudian baru berjumpa.
“Ketika berjumpa, saya ditemani ibu dan adik manakala dia pula ditemani rakannya. Pertama kali berjumpa, hati saya telah terbuka untuk menerimanya,” katanya.

Tidak mahu menunggu lama, Ally kemudiannya menyuarakan hasrat memperisterinya Farah kepada keluarganya.
Ditanya apakah yang membuatkannya terpikat kepada Farah, Ally berkata, dia kagum dengan keperibadian Farah.

“Dia seorang yang sangat menjaga tingkah laku, malah untuk berjumpa dengannya pun saya perlu berjumpa dan meminta izin keluarganya terlebih dahulu,” katanya yang turut terpikat dengan penghijrahan bakal isterinya yang bertudung sejak menyambung pelajaran di Korea.

Isteri Muda Dibunuh !




KUALA LIPIS - Jiran seorang wanita yang baru mendirikan rumah tangga enam bulan lalu, ditemui maut dibunuh di rumahnya di Kampung Sungai Gemang dekat sini, petang semalam, berkata dia tergamam dan tidak mampu berbuat apa-apa apabila melihat mayat mangsa, Nornadia Abu Bakar dalam keadaan tertiarap tanpa seurat benang.

Menurut Roslan Tahir, 43, lebih memilukan apabila melihat keadaan di dalam rumah mangsa, yang berusia 21 tahun, dipenuhi dengan percikkan darah yang memenuhi ruang tamu hingga ke dapur.
Menceritakan detik awal kejadian itu, Roslan berkata, dia mendapat panggilan telefon daripada penduduk kampung mengenai kejadian berkenaan.

“Setelah mendapat tahu kejadian berkenaan saya bergegas ke rumah mangsa dan melihat suami mangsa (Ahmad Khairu Ab Raman, 27) duduk meraung di seberang jalan sambil meratapi kematian isterinya.
“Saya kemudiannya bertindak menelefon polis dan beberapa orang kampung untuk melihat situasi di dalam rumah mangsa,” katanya kepada Sinar Harian.

Roslan berkata, ketika memasuki pintu depan rumah mangsa, dia dan beberapa penduduk kampung melihat darah melimpah di sekitar ruang tamu.
“Kami lihat darah dari ruang tamu sehingga ke dapur dan apabila menjenguk ke ruang berkenaan kami lihat mayat mangsa berada di dalam keadaan tertiarap tanpa seurat benang dan sebelah kaki mangsa terlipat.alam pada itu, polis mengesahkan mangsa maut akibat kecederaan parah di leher dan perut.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Abdul Razak Hassan berkata, mangsa maut akibat dikelar di leher dan di tikam bertubi-tubi di perut menggunakan senjata tajam.

“Polis bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan telefon daripada orang ramai kira-kira jam 5.50 petang.

“Mangsa ditemui tanpa pakaian dan berlumuran darah di bahagian dapur rumahnya. Selain itu, terdapat kecederaan parah yang dialami oleh mangsa di bahagian perut dan leher yang menyebabkan kematian,” katanya.
Abdul Razak berkata, tiada kesan rogol ditemui pada badan mangsa dan pihak hospital mengesahkan mangsa tidak mengandung.

“Sehingga kini kami masih menjalankan siasatan bagi mencari senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa dan motif pembunuhan daripada pelbagai aspek.
“Selain itu, empat suspek turut ditahan reman bagi membantu siasatan,” katanya.

Lukisan Hebat! Gabung dua gambar serentak!~

Lukisan gabungan 2 imej
KEIV - Sekali imbas, lukisan ini adalah seorang lelaki sedang melukis di halaman belakang rumah, namun jika diteliti secara dekat, ia adalah wajah seseorang sedang tersenyum.

Lukisan minyak itu dihasilkan seorang artis berbakat kelahiran Ukraine, Oleg Shuplyak, 45.
Shuplyak bijak untuk melukis dan menonjolkan imej tersembunyi dalam lukisannya dengan menggunakan teknik penggabungan lakaran objek, karakter, warna dan bayang-bayang.

Minatnya dalam dunia lukisan turut menyebabkan Shuplyak menggunakan kaedah ketepatan untuk menghasilkan ilusi optik yang menarik.

Hasil lukisan itu juga sama dengan lukisan terkenal artis Mexico, Octavio Ocampo, yang cukup terkenal dengan penggabungan objek lukisan di samping menghasilkan imej lebih besar di luar latar belakangnya.
Sebenarnya, jika diteliti Shuplyak menghasilkan imej kedua yang lebih mudah untuk dikenal pasti.

Tuan Guru Nik Aziz Ditawar sertai BN-Umno!

   Tuan Guru yang tawadhuk!

ALOR SETAR - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa ada wakil daripada Umno pernah berjumpa dengannya selepas Pilihan Raya Umum ke-12 empat tahun lalu bagi mengadakan perundingan menyertai Barisan Nasional (BN).
Pada pilihan raya umum 2008, lima kerajaan negeri dikuasai oleh pembangkang yang kemudiannya menubuhkan perikatan Pakatan Rakyat secara formal.

Malah, ekoran keputusan itu wujud usaha untuk mewujudkan kerjasama politik antara Pas dan Umno, dalam usaha membentuk kerajaan perpaduan.
Mereka ini datang tanpa malu, dan mengaku wakil pemimpin tertentu, ada juga mendakwa mereka tidak mewakili mana-mana individu," kata beliau pada sesi penggulungan Konvensyen PR Ketiga di sini, hari ini.

Beliau yang secara konsisten menentang usaha ke arah kerajaan perpaduan menegaskan: "Saya tidak akan membiarkan Pas dikhianati."
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pas komited bersama dengan DAP dan PKR sehingga PR mendapat mandat menjadi kerajaan.

Katanya, beliau tidak mahu perkara yang sama berlaku pada tahun 1977 apabila dikhianati lalu bertindak keluar daripada kerajaan campuran Umno dan BN ketika itu.

"Ketika mereka mengajak semula sertai Umno, saya berkata cis. Saya tahu anda semua siapa. Tak perlu untuk menyatakannya.

"Saya yakin penggabungan yang ditawarkan itu pasti mereka mahukan 'pulangan', jika tidak kenapa ia berlaku," katanya. Nik Abdul Aziz berkata, dalam politik pelbagai ragam akan berlaku.
Oleh itu, katanya, terpulang kepada indivdu terbabit untuk menyuarakannya.
Tambah beliau, jangan mudah terpengaruh dengan apa jua tawaran kerana "kita tidak akan dapat menjangka apa yang bakal berlaku."

Lelaki Ini Jadi warganegara Amerika Pada umur 111 tahun


STERLING HEIGHTS, Amerika Syarikat (AS) - Seorang wanita berketurunan Iraq mendapat kewarganegaraan AS pada usia 111 tahun, lapor sebuah stesen radio tempatan.

Warina Zaya Bashou mengangkat sumpah sebagai warga negara AS di kediamannya di sini, negeri Michigan kelmarin.

Stesen radio WWJ-AM melaporkan, Warina dikelilingi sekitar 12 saudara- mara dan rakannya semasa majlis angkat sumpah berkenaan berlangsung.

Menurut jurucakap Perkhidmatan Kewarganegaraan dan Imigresen AS, Marilu Cabrera, Warina yang dilahirkan pada tahun 1900 merupakan individu kedua tertua di AS yang mengangkat sumpah kewarganegaraan.

Warga emas berkenaan memberitahu, dia mengamalkan petua meminum teh hijau agar dirinya kekal sihat. - AP

Kapal Persiaran Mewah Itali Terbalik meh! Azab kot?!


ROM - Sekurang-kurangnya tiga orang terkorban dan empat lagi hilang semalam selepas sebuah kapal persiaran tersadai dan terbalik terbalik dekat sebuah pulau di perairan selatan Itali.

Kapal persiaran Costa Concordia sedang dalam perjalanan di sekitar Laut Mediterranean apabila ia terlanggar terumbu karang dekat Pulau Isola del Giglio, 15 kilometer ke selatan tanah besar Itali sekitar pukul 10 malam (waktu Itali) kelmarin.

Kemalangan berlaku ketika para penumpang sedang makan malam.

PENUMPANG kapal Costa Concordia tiba di Pelabuhan Porto Santo Stefano, wilayah Tuscany di Itali semalam.
Menurut media tempatan, beberapa penumpang terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan diri.

Pihak berkuasa tempatan menyatakan, sebahagian daripada 3,200 penumpang dan 1,023 kru kapal sepanjang 290 meter itu dipindahkan dengan menggunakan beberapa buah bot kecemasan, helikopter dan kapal lain yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

"Berlaku senario panik seperti dalam kapal Titanic. Kapal kami melanggar kawasan berbatu dekat Pulau Isola del Giglio. Saya tidak tahu bagaimana perkara ini boleh berlaku. Kapten kapal ini tentunya sudah gila," kata seorang penumpang, Mara Parmegiani.

"Kami amat takut dan kesejukan kerana kemalangan berlaku semasa kami sedang makan malam. Kami tiada masa untuk membuat persediaan. Mereka (pasukan penyelamat) ada memberi selimut tetapi bilangannya tidak mencukupi," tambah Parmegiani.
Para penumpang yang dipindahkan dibawa ke pulau Giglio sebelum ditempatkan di beberapa buah sekolah, kediaman persendirian dan gereja untuk semalaman.

Agensi berita Itali, Ansa memetik beberapa petugas penyelamat sebagai memberitahu, sekurang-kurangnya tiga orang maut manakala sejumlah lagi cedera tetapi punca kematian mereka tidak diketahui setakat ini.
Menurut Ansa, seorang lelaki berusia 70-an maut akibat serangan jantung selepas terjun ke dalam laut.

Seorang pengawal pantai tempatan, Francesco Paolillo berkata, terdapat lubang sebesar 30 meter pada badan kapal berkenaan.
Kapal Costa Concordia memiliki 58 bilik penginapan bertaraf suite lengkap dengan balkoni, 13 buah bar, lima jakuzi, lima restoran, dan empat kolam renang. - Agensi

Pelajar Cemerlang dapat rumah Rm911,702

 
BRENTWOOD, Amerika Syarikat (AS) - Sikap tekun dan tidak berputus asa dalam menimba ilmu akhirnya membuahkan hasil kepada seorang pelajar perempuan tidak berumah, Samantha Garvey.

Baru-baru ini, Garvey, 17 dan keluarganya ditawarkan menduduki sebuah kediaman tiga bilik oleh pentadbiran daerah ini, negeri New York pada kadar sewa yang amat rendah.

Tawaran tersebut dibuat selepas dia berjaya mara ke peringkat separuh akhir pertandingan sains berprestij Intel di AS.

Sebelum ini, mereka tinggal di sebuah pusat perlindungan untuk golongan tidak berumah di sini. Selain kediaman, pelbagai pihak turut menghulurkan derma bagi meringankan beban keluarga miskin berkenaan.

"Ini adalah perkara paling hebat yang pernah berlaku kepada diri saya," kata Garvey dalam satu sidang media bersama ibu bapa dan dua adik- beradiknya serta beberapa ahli politik tempatan kelmarin.
"Inilah apa yang kami mahukan selama ini," tambahnya.

Dia adalah antara 300 remaja di seluruh AS yang berjaya mara ke separuh akhir pertandingan sains berkenaan pada minggu ini. Finalis pertandingan tersebut pula akan diumumkan pada akhir bulan ini.
Garvey yang merupakan pelajar senior Sekolah Tinggi Brentwood bercita-cita untuk menjadi seorang ahli sains marin. Dia sudah memohon untuk memasuki Universiti Yale dan Brown untuk meneruskan pelajaran ke peringkat ijazah.

Gadis berkenaan diusir bersama keluarganya dari kediaman mereka menjelang tahun baharu selepas bapanya tidak mampu membayar ansuran bulanan rumah mereka.

Bapa Garvey, Leo bekerja sebagai pemandu teksi manakala ibunya, Olga tidak dapat bekerja selepas terbabit dalam kemalangan kereta pada Februari lalu.

Menurut broker hartanah tempatan, sebuah kediaman dengan tiga bilik tidur di lokasi berkenaan berharga sekitar AS$291,000 (RM911,702) manakala sewanya pula adalah sekitar AS$1,800 (RM5,639) sebulan. - AP

Kereta Ferari Rm 2 Juta Remuk!


SEPANG - Sebuah kereta Ferrari F430 yang sedang dipandu uji terbabas mengakibatkan kenderaan bernilai hampir RM2 juta itu remuk di Lebuh Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, kereta mewah yang boleh memecut sehingga kelajuan 315 kilometer sejam tersebut dinaiki oleh dua lelaki berusia lingkungan 30-an dari terminal KLIA menghala ke arah plaza tol KLIA.

Difahamkan, ketika kejadian, kenderaan itu menjalani proses pandu uji sebelum diserahkan kepada pelanggannya.

Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan Imran Abdul Rahman berkata, setibanya di Kilometer 6.3 berhampiran tol tersebut, kereta yang dipercayai dipandu laju itu gagal dikawal lalu terbabas ke kiri jalan.

"Kereta itu terlanggar penghadang jalan serta sebatang tiang lampu sebelum terhumban kira-kira 20 meter dari bahu jalan.
"Pemandu dan penumpang kereta tersebut bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Cara Mengetahui Kek Yang Mengandungi Arak!

Muzium Terbesar Mesir 2015


KAHERAH - Muzium terbesar Mesir yang bakal menempatkan lebih daripada 100,000 artifak dan monumen-monumen dari era firaun, bakal dibuka pada 2015, menurut Menteri Artifak Purba, Mohamed Ibrahim, semalam.

“Muzium itu akan turut menjadi pusat pemuliharaan terbesar dunia,” menurut kenyataannya menerusi Agensi Berita Qatar.

Pembinaan seni bina agung Mesir tersebut akan dibangunkan di kawasan dataran seluas 47 hektar di pinggir Kaherah berhampiran kompleks piramid Giza.
Muzium utama Mesir sebelum ini juga menjadi binaan ikonik di dataran Tahrir sejak 1902.

Pembinaan muzium yang bernilai AS$828 juta (RM2.6 bilion) tersebut kini sedang dalam proses pembinaan dah telah berada pada tahap akhir untuk siap menjelang 2015.

Pejabat Baru Facebook! Cool!

   
TAMAN MENLO, Amerika Syarikat (AS) - Ibu pejabat baharu laman sosial popular Facebook telah dibuka di Taman Menlo, California.

Ia terletak di kawasan seluas 23.06 hektar yang merupakan bekas ibu pejabat syarikat Sun Microsystem.
Hampir 2,000 pekerja Facebook bekerja di ruang seluas satu juta meter persegi itu.
Ruang dalam ibu pejabat Facebook itu kelihatan santai dan dipenuhi dengan cita rasa golongan muda seperti dinding yang diconteng dengan grafiti.

Pelbagai bendera pelbagai negara juga dipamerkan di dalam pejabat tersebut.
Para pekerja juga boleh memilih untuk bekerja secara berdiri atau duduk.

Sementara itu, di New Delhi, India Mahkamah Tinggi Delhi mengancam menyekat beberapa laman web termasuk Facebook dan Google melainkan pihak berkenaan mengambil langkah untuk membuang kandungan yang menyinggung perasaan dan tidak menyenangkan.

"Kamu perlu melakukan pengawasan ketat. Jika tidak, kami akan meluluskan arahan untuk menyekat semua laman web seperti di China," kata seorang hakim semasa satu perbicaraan bersama beberapa perwakilan undang-undang Facebook dan Google India di sini kelmarin.

Hakim Suresh Kait menyatakan: "Facebook dan Google perlu membina mekanisme untuk memeriksa dan membuang bahan yang boleh menyinggung perasaan dan tidak menyenangkan.
Pada bulan lalu, Menteri Komunikasi, Kapil Sibal berikrar untuk membasmi kandungan Internet yang disifatkan pemerintah sebagai "tidak boleh diterima".

Kandungan seperti itu, katanya, termasuk gambar bogel palsu pemimpin-pemimpin politik India dan imej agama yang dianggap sensitif.
Facebook diasaskan bersama oleh Mark Zuckerberg yang dilancarkan pada Februari 2004. - Agensi

Pelajar Lemas di Pantai Cahaya Negeri!


PORT DICKSON - Mayat seorang pelajar kolej swasta, Nazaruddin Bisul Rahman, 20, yang dipercayai lemas ketika mengadakan aktiviti riadah di Pantai Cahaya Negeri (Batu 4) di sini, ditemui kira-kira tiga jam selepas kejadian dilaporkan hari ini.

Penolong Pengarah Operasi negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Ahmad Nizam Sapaiee berkata, bilik gerakan bomba menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada pukul 9.02 pagi.


"Kita kemudian melancarkan gerakan mencari dan menyelamat dengan disertai 20 anggota termasuk pasukan penyelamat di air bermula dengan pencarian di lokasi mangsa dilaporkan hilang," katanya.

Beliau berkata, operasi mencari kemudian diperluaskan ke kawasan sekitar sehingga mayat Nazaruddin ditemui pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari berhampiran kawasan dia dilaporkan hilang.
Katanya, kejadian itu berlaku ketika air laut sedang pasang.


Mayat mangsa yang datang dari Petaling Jaya, Selangor bersama empat rakan lelaki dan dua rakan perempuan sekolejnya untuk bercuti telah dibawa ke Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat. - BERNAMA

Mug yang style dan lucu


Mug sebegini selalu menjadi perhatian dan sangat menarik untuk digunakan. Harganya juga tentulah mahal dan limited. Korang rasa, nak ke beli mug cam ni??

Some Funny MugsFunny Mugs - 01.jpg     Funny Mugs - 03.jpg

Funny Mugs - 05.jpg      Funny Mugs - 06.jpg

Funny Mugs - 09.jpg      Funny Mugs - 07.jpg

Funny Mugs - 02.jpg

Friday 13 January 2012

Kereta Masa Hadapan~ Style dan Futuristic!


wah2!!  Inilah design2 kereta masa hadapan yang pastinya memukau setiap mata, memikat setiap hati, dan menawan setiap hartawan~ (Orang kaya je dapat kereta ni, Mahal meyh~)

Cars Of Future

Cars Of Future

Cars Of Future

Cars Of Future

Cars Of FutureCars Of Future

Seni Tuala! Buat Teddy paling comel dengan towel!


Seriusly, korang boleh jadikan tuala korang teddy atau patung yang sangat comell~~ i luv it!

Towel Art04.jpg               Towel Art08.jpg

Towel Art13.jpg              Towel Art09.jpg


Towel Art01.jpg              Towel Art06.jpg


Towel Art05.jpg            Towel Art03.jpg

Pembunuhan dalam mahkamah!


MUNICH - Seorang ahli perniagaan yang didapati bersalah kerana menggelapkan wang menembak mati seorang pendakwa raya, semasa keputusan kes itu sedang dibaca di sebuah mahkamah Jerman, kelmarin.

Tertuduh berumur 54 tahun melepaskan beberapa das tembakan ke arah pendakwa raya tersebut menggunakan pistol miliknya semasa hakim sedang membacakan keputusan kes, menurut polis Jerman.

Dua saksi yang berada di dalam bilik mahkamah itu kemudian bergelut dengan tertuduh bagi mengawalnya sebelum dia ditahan dan lelaki itu kini didakwa atas tuduhan membunuh.

Pendakwa raya berumur 31 tahun itu baru sahaja mula bekerja di mahkamah tersebut dan dia meninggal dunia di hospital. -Reuters

Kepala Hancur Digilis Lori!! Sadis~


SELAT KLANG - “Arwah sempat menyiapkan bekalan nugget pada adik bongsunya sebelum bertolak ke tempat kerja, bekalan itu hampir tertinggal, tetapi dia cepat-cepat mengambil lalu diserahkan kepada adiknya sambil tersenyum,” demikian cerita Mohd Fauzi Abdul Kadir, 54, bapa kepada Faziatul Zainiza yang maut dalam satu kemalangan ngeri di Jalan Kampung Delek, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 8 pagi itu, Faziatul, 26, maut setelah kepalanya hancur digilis sebuah lori ketika dalam perjalanan ke rumah rakan untuk ke tempat kerjanya di kilang Ayamas, Pelabuhan Klang.

Mohd Fauzi berkata, sikap anak keempatnya itu agak menghairankan kerana kebiasaannya tidak berperangai sedemikian.
Menurutnya, pada hari kejadian, arwah Faziatul bangun awal dan menggoreng nugget, apabila ditanya, dia memberitahu untuk dijadikan bekalan adik bongsunya ke tempat kerja.

“Namun, belum pun sempat adik bongsunya itu menjamah hidangan, arwah terlebih dahulu meninggalkan kami,” katanya sebak kepada Sinar Harian, semalam.
Difahamkan, setiap kali ke tempat kerja, Allahyarham akan menunggang motosikal seorang diri ke rumah rakan sekerja di Kampung Sungai Sireh sebelum menumpang rakannya itu menaiki kereta untuk ke tempat kerja.

Allahyarham Faziatul yang juga ibu dua kanak-kanak masing-masing berusia lima tahun dan enam bulan dalam proses perceraian dengan suami.
Mohd Fauzi berkata, sebelum ini, arwah sempat mendaftarkan anak sulungnya yang mempunyai hilang keupayaan bercakap ke sebuah pusat pendidikan swasta berhampiran rumah mereka kerana teringin melihat anaknya itu bersekolah seperti kanak-kanak lain.

“Namun apakan daya, semua hasratnya tidak kesampaian, apa yang menyedihkan kami sekeluarga, dia meninggal dalam keadaan tragis dan menyayat hati.
“Walaupun sedih dengan apa yang berlaku, kami reda dengan pemergiannya,” katanya.

Jenazah selamat dikebumikan di Jerantut, Pahang yang merupakan kampung halaman datuk dan nenek arwah, lewat petang semalam.

Sementara itu, Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosly Abd Rahman berkata, insiden itu berlaku di Jalan Kunci Air, Jalan Kampung Delek menghala ke Kampung Sungai Sireh.
Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, motosikal ditunggang mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah kenderaan lain menyebabkan mangsa terjatuh ke bahagian laluan jalan.

“Dia kemudiannya digilis sebuah lori yang membawa muatan gas yang dipercayai gagal mengelak menyebabkan kepala mangsa pecah.
“Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan sehingga kini, kita masih mengumpul maklumat mengenai kejadian ngeri ini,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987.

Thursday 12 January 2012

Hattan Confirm Bercerai

Hattan
KUALA PILAH - Desas-desus mengenai pergolakan rumah tangga penyanyi yang popular dengan lalu Biso Bona, Hattan dan isteri yang baru dinikahinya November lalu akhirnya terjawab.
Pasangan terbabit disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, semalam.

Hattan atau nama penuhnya, Mohd Shukri Shahabuddin, 48, melafazkan talak satu di hadapan Hakim Abdul Rashid Ramli, sekitar jam 11.30 pagi, semalam.
Penyanyi berkenaan hadir bersama pasangannya, Farah Asyikin Othman, 34, untuk memfailkan perceraian dan memohon dibicarakan pada hari sama.

Difahamkan, penceraian itu berlangsung dengan baik dan dipersetujui kedua-dua belah pihak.
Hattan sewaktu dihubungi Sinar Harian menyatakan belum sedia untuk memberi sebarang penjelasan tentang perceraian ini.

Hattan dan Farah Asyikin baru dua bulan mendirikan rumah tangga selepas disatukan pada 11 November 2011 di kediaman penyanyi tersebut di Seri Menanti.
Majlis berkenaan diadakan secara tertutup tetapi meriah dengan kehadiran hampir 100 ahli keluarga terdekat dan teman rapat termasuk Datuk M Nasir, Ramli Sarip dan Man Bai.

Hattan sebelum ini pernah berkahwin tetapi jodohnya tidak panjang selepas dikurniakan seorang anak lelaki, Adam Eiman, 13. Beliau menduda selama enam tahun sebelum berkahwin dengan Farah Asyikin.

Ditembak, kemudian dirempuh mati!


KUALA LUMPUR - Hasrat seorang lelaki untuk menyelamatkan diri dengan berlari sejauh 300 meter selepas cedera terkena tembakan tidak kesampaian apabila mangsa kemudian sengaja dirempuh pula sebuah pacuan empat roda dinaiki dua penjenayah di Taman Tema Desa Water Park di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 9.30 malam, mangsa Wong Ping Yee, 35, pada mulanya cedera terkena tembakan di bahu kiri semasa memandu kereta Honda Accord selepas meninggalkan sebuah restoran di kawasan itu.

Mangsa kemudian memberhentikan kereta dan berlari ke arah jalan besar untuk mencari bantuan.

Namun semasa berlari sejauh 300 meter, sebuah kenderaan pacuan empat roda dipandu melawan arus merempuh mangsa menyebabkan Ping Yee terjatuh. Kenderaan pacuan empat roda itu terus meninggalkan mangsa.

Beberapa minit selepas itu, mangsa digilis pula sebuah kereta secara tidak sengaja.

Mangsa yang bekerja sendiri mati di tempat kejadian akibat cedera di kepala dan cedera terkena tembakan di bahu kiri. Polis yang menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian menemui dua kelongsong peluru di lokasi mangsa ditembak dalam kereta dan lima kesan tembakan di tepi tingkap penumpang sebelah pemandu kereta mangsa.

Mangga Kunci! Romantik gila! Serius sweet~



COLOGNE, Jerman - Ribuan mangga kunci yang diletakkan pada pagar sebuah jambatan kereta api di Rhine, Cologne kelmarin.

Mangga itu diletakkan oleh pasangan kekasih di Jerman.

Menurut agensi berita AP, pasangan itu akan mengunci mangga tersebut manakala kuncinya dibuang ke dalam Sungai Rhine.

Mangga itu turut ditulis perkataan cinta dan dilukis dengan gambar hati. - Agensi

Model Bandar Metropolis paling Kompleks!


LOS ANGELES - Seorang artis terkenal, Chris Burden (gambar kecil) mencipta model bandar raya Metropolis II yang mempunyai 1,100 kereta mini dan pelbagai bentuk bangunan.

Burden menunjukkan hasil kerjanya itu di Muzium Seni Los Angeles di sini dalam satu pameran yang diadakan sehingga 14 Januari depan.

Model itu mempunyai 25 buah bangunan besar, 18 laluan trafik, 13 kereta api, 18 jalan raya dan seorang pengendali manusia.

Kereta mini itu bergerak pada kelajuan kira-kira 386 kilometer sejam di sistem laluan jalan raya.

Burden berkata kepada stesen televisyen ABC baru-baru ini bahawa kereta itu boleh berlanggar sesama sendiri.

Kereta itu bergerak kerana terdapat daya tarikan magnet. - Agensi

Bieber lancar Robot boleh menari

/
LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS) - Penyanyi remaja yang terkenal, Justin Bieber menjadi tumpuan ramai apabila dia muncul pada Pertunjukan Pengguna Elektronik Antarabangsa di sini kelmarin.

Bieber, 17, yang popular dengan lagu Baby melancarkan robot menari yang dilengkapi pembesar suara mudah alih keluaran syarikat TOSY Robotics JSC dari Vietnam.

Dia yang terkenal dengan lagu Baby melancarkan robot itu yang dikenali mRobo dengan dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif TOSY Robotics JSC, Ho Vinh Hoang dan wartawan muzik, Allison Hagendorf.

Bieber yang memakai jaket Louis Vuitton sempat meluangkan masa untuk menandatangani autograf dan bergambar bersama peminat.

Harga robot itu tidak didedahkan dan jumlah bayaran yang diberikan kepada penyanyi itu kerana melancarkan robot berkenaan juga tidak diketahui. - Agensi

Kek-Kek Yang anda tak akan makan! Confirm!


Kek menjadi kewajipan setiap kali ulang tahun kita, so, semua orang sangat familiar dengan kek harijadi.. tapi...... korang nak makan x kek ni?
Some Uncommon Cakes
Uncommon Cakest03.jpgUncommon Cakest10.jpgUncommon Cakest01.jpgUncommon Cakest07.jpgUncommon Cakest05.jpgUncommon Cakest08.jpgUncommon Cakest04.jpg  Banyak kek-kek macam ni.. Memang style~~ Tapi... Yucksss~! Damn!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...