Ramai-Ramai Lepak di Buletin Lepak. Dengar Berita Sambil lepak. Ajak kawan korang lepak sini. Kalau lepak sorang-sorang, memang bukan lepak la namanya tu. Dapatkan Artikel-artikel mengenai isu-isu terkini dan fakta-fakti yang kadang-kadang menyayat hati, membakar hati, membuat sakit hati, dan mengubati hati.
Thursday, 12 January 2012
Kereta Ini Boleh Terbang!? Cool~~
KOTA BHARU - Akibat tayar hadapan sebelah kiri pecah secara tiba-tiba, seorang jurujual nyaris maut apabila kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya, hilang kawalan sehingga menyebabkan kereta terbabit melayang ke atas sebuah van yang di parkir di Jalan Long Yunus di sini, semalam.
Kejadian kira-kira jam 7.50 pagi itu dipercayai berlaku ketika jurujual terbabit dalam perjalanan ke tempat kerjanya.
Mangsa dikatakan gagal mengawal keretanya sehingga melanggar pengadang jalan serta pasir sebelum keretanya terbabas dan ‘terbang’ ke atas bumbung van itu.
Seorang saksi, Su Fatimah Ismail, 26 berkata, semasa kejadian dia berada di tempat kerjanya di Wisma Yati.
“Saya kebetulan bermalam di pejabat bagi menyiapkan kerja-kerja yang banyak belum diselesaikan. Ketika itu, saya terdengar bunyi hon yang kuat sebelum terdengar satu dentuman,” katanya.
Bagaimanapun, Su berkata, dia menjenguk dari tingkap pejabatnya itu tetapi tidak dapat melihat sepenuhnya.
“Untuk melihat keadaan lebih jelas, saya pun turun ke bawah dan terkejut melihat sebuah kereta Myvi berada di atas van.
Seperti melihat aksi dalam televisyen apabila kejadian ini benar-benar berlaku di hadapan mata sendiri,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment