Thursday 12 January 2012

Ditembak, kemudian dirempuh mati!


KUALA LUMPUR - Hasrat seorang lelaki untuk menyelamatkan diri dengan berlari sejauh 300 meter selepas cedera terkena tembakan tidak kesampaian apabila mangsa kemudian sengaja dirempuh pula sebuah pacuan empat roda dinaiki dua penjenayah di Taman Tema Desa Water Park di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 9.30 malam, mangsa Wong Ping Yee, 35, pada mulanya cedera terkena tembakan di bahu kiri semasa memandu kereta Honda Accord selepas meninggalkan sebuah restoran di kawasan itu.

Mangsa kemudian memberhentikan kereta dan berlari ke arah jalan besar untuk mencari bantuan.

Namun semasa berlari sejauh 300 meter, sebuah kenderaan pacuan empat roda dipandu melawan arus merempuh mangsa menyebabkan Ping Yee terjatuh. Kenderaan pacuan empat roda itu terus meninggalkan mangsa.

Beberapa minit selepas itu, mangsa digilis pula sebuah kereta secara tidak sengaja.

Mangsa yang bekerja sendiri mati di tempat kejadian akibat cedera di kepala dan cedera terkena tembakan di bahu kiri. Polis yang menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian menemui dua kelongsong peluru di lokasi mangsa ditembak dalam kereta dan lima kesan tembakan di tepi tingkap penumpang sebelah pemandu kereta mangsa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...