Wednesday 11 January 2012

PERKASA mungkin Dalangi kejadian Bom!


SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa kemungkinan letupan bom buatan sendiri di pekarangan kawasan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur kelmarin didalangi oleh ahli-ahli Perkasa.

"Apakah wujud kemungkinan bahawa insiden letupan tersebut didalangi oleh ahli Perkasa?" kata Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Sehubungan itu, kata beliau, AMK ingin mencabar Perkasa supaya menafikan sebarang penglibatan mereka dalam insiden letupan tersebut.

Shamsul Iskandar berkata, AMK berpandangan bahawa insiden letupan bom kelmarin adalah percubaan jahat pihak tertentu untuk mencemarkan imej polis kerana difahamkan bahawa bom tersebut telah diletakkan di bawah kon keselamatan pihak polis sendiri.
Lima orang termasuk seorang peguam tercedera dalam tiga letupan bom yang terjadi selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi.

"Di samping itu, ia juga bertujuan untuk memburukkan imej peserta perhimpunan yang jelas berjaya menurut semua arahan polis dan memberikan kerjasama penuh dalam memastikan perhimpunan tersebut berjalan dalam situasi aman dan selamat," katanya lagi.

Beliau menambah, "kita semua sedia maklum bahawa penyokong-penyokong Saiful Bukhari Azlan yang dikatakan terdiri daripada beberapa orang ahli Perkasa turut berada berhampiran dengan lokasi di mana letupan bom tersebut berlaku.

"Sebelum daripada itu, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali turut membuat kenyataan kepada pihak media bahawa Perkasa akan turun untuk melakukan provokasi pada perhimpunan Bebas Anwar 901," katanya lagi.

Merujuk kepada laporan sebuah akhbar hari ini, kata Shamsul Iskandar berkata, pihak AMK akan menulis surat rasmi kepada Ketua Polis Kuala Lumpur bagi memohon beliau mengumumkan hasil siasatan polis dan pihak yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut yang mana telah menyebabkan beberapa orang peserta perhimpunan mengalami kecederaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...