Sunday 8 January 2012

Mulut Punca segala penyakit!



MULUT merupakan organ terpenting manusia. Banyak nutrien dan bendalir badan yang diambil menerusi bahagian itu. Malah, ia turut mempengaruhi kesihatan seseorang.
Selain penyakit berkaitan oral, organ itu juga menjadi sebab kepada penyakit lain.

Misalnya, mereka yang mempunyai penyakit gusi berisiko dua kali ganda untuk menderita penyakit arteri koronari berbanding mereka yang menghidap periodontitis.

Namun begitu, sehingga kini pengkaji tidak dapat mengenal pasti kesahihan hubung kait kedua-dua penyakit mulut itu dengan penyakit jantung.
Namun, satu teori menyebut bahawa bakteria berbahaya dari mulut akan memasuki aliran darah dan seterusnya menempel pada plak lemak dalam saluran darah jantung.

Keadaan itu boleh mengakibatkan keradangan sekali gus meningkatkan risiko penggumpalan darah yang mampu mencetuskan serangan jantung.

Beberapa kajian lain pula mengesahkan ada perkaitan antara tahap kesihatan mulut yang rendah dengan peningkatan risiko demensia.
Dalam kajian ke atas 118 orang yang berusia di antara 75 hingga 98 tahun mendapati mereka yang mempunyai jumlah gigi paling sedikit lebih cenderung untuk terkena demensia.

Demensia merupakan sejenis Alzheimer yang mengganggu fungsi ingatan otak. Ia disebabkan kematian sel-sel otak secara tidak normal.

Pakar mendapati bakteria mulut akan tersebar ke otak melalui saraf klaranikal yang dihubungkan kepada rahang atau melalui aliran darah. Ia menjadi penyumbang kepada enapan sejenis plak yang dikaitkan dengan penyakit Alzheimer.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...