Ramai-Ramai Lepak di Buletin Lepak. Dengar Berita Sambil lepak. Ajak kawan korang lepak sini. Kalau lepak sorang-sorang, memang bukan lepak la namanya tu. Dapatkan Artikel-artikel mengenai isu-isu terkini dan fakta-fakti yang kadang-kadang menyayat hati, membakar hati, membuat sakit hati, dan mengubati hati.
Wednesday, 11 January 2012
Cubaan Culik Bayi di Hospital gagal
WELLINGTON: Seorang wanita New Zealand yang memperdaya keluarganya dan membuatkan mereka percaya dia hamil dituduh melarikan bayi selepas menceroboh masuk ke dalam hospital dan mencuri seorang bayi baru lahir, kata polis, semalam.
Neha Narayan ditahan selepas dia ditemui bersama bayi terbabit menuju ke parkir hospital di mana pasangannya sedang menunggu untuk membawa dia dan bayi yang disangkakan anak mereka pulang.
Jurucakap polis, Ana-Mari gates-Bowey berkata kepada wartawan, Neha memalsukan kehamilannya selama sembilan bulan sebelum memberitahu pasangannya supaya menghantarnya ke Hospital Middlemore di Auckland kerana sudah sampai masanya untuk dia bersalin.
Di dalam hospital terbabit, wanita berusia 24 tahun itu yang berketurunan Fiji dan India berjaya memasuki wad bersalin.
Menurut Ana-Mari, pada satu ketika, Neha ditemui menggendong bayi yang dikatakannya ingin ditenangkan sebelum diberikan bayi berketurunan India oleh kakitangan hospital yang mempercayai dia ibu kepada bayi itu.
Neha kemudian menuju ke parkir kereta di mana pasangannya dan seorang lagi penumpang sedang menunggu. Kedua-dua mereka menyangka Neha hamil.Ibu bapa bayi berkenaan membunyikan butang kecemasan sebaik melihat Neha meninggalkan wad bersama anak mereka dan memberitahu kakitangan hospital mengenai hal itu. “Ketika keluar dari hospital membawa bayi berketurunan India yang berusia dua hari yang dilarikan dari wad bersalin, seorang jururawat menghalang dan menyuruh Neha masuk semula ke dalam wad,” kata Ana-Mari.
Polis kemudian dihubungi dan Neha didakwa kerana cuba melarikan bayi.
Dia dibebaskan dengan ikat jamin dan akan tampil di mahkamah hujung bulan ini. - AFP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment