Monday 16 January 2012

Dua Bekas isteri ditahan kes simbah asid


KOTA BHARU - Polis Kelantan menahan dua wanita dipercayai boleh membantu polis dalam siasatan kes seorang duda disimbah asid di Kampung Tendong, Pasir Mas kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Lai Yong Heng berkata kedua-dua wanita itu, dipercayai bekas isteri duda terbabit, ditahan di dua tempat berasingan di Tumpat di sini, semalam.

"Kedua-dua wanita itu ditahan reman hari ini untuk membantu siasatan kes tersebut," dan percaya dengan penahanan kedua-dua wanita itu, pihak polis dapat menyelesaikan kes tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan serah terima tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di Ibu Pejabat Kontinjen Kelantan (IPK) di sini, hari ini.

Yong Heng berkata dalam kejadian Sabtu lepas, mangsa Wan Hussin Wan Yusoff, 52, cedera parah di muka akibat disimbah sejenis cecair dipercayai asid, dan kini dirawat di wad rawatan rapi Hospital Raja Perempuan Zainab II dalam keadaan kritikal, tetapi stabil.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah.
Sementara itu, Amran berkata beliau akan meneruskan usaha membanteras kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah dari kawasan sempadan.

Pada tahun lepas, kes tangkapan membabitkan penyeludupan dadah di Kelantan meningkat 25 peratus iaitu 11,670 kes berbanding 10,152 kes pada 2010.
Manakala kes penyalahgunaan dadah di negeri itu pula meningkat 37 peratus iaitu 11,145 kes berbanding 9,753 kes tahun sebelumnya. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...