Monday 16 January 2012

The Artist menang Filem terbaik! Best!


BEVERLY HILLS, Amerika Syarikat (AS) - Selepas dinobat filem terbaik Anugerah Pilihan Pengkritik Hollywood minggu lalu, filem komedi The Artist sekali lagi menyerlah kali ini pada Anugerah Golden Globes kelmarin.

Pertama kali diadakan pada tahun 1944, The Artist menang tiga kategori dalam anugerah anjuran Persatuan Media Asing Hollywood (HFPA) itu.
Ia memenangi filem terbaik, muzikal atau komedi terbaik, aktor terbaik untuk pelakon utamanya, Jean Dujardin selain skor terbaik.

Diarahkan oleh pengarah filem Perancis, Michel Hazanavicius dan menampilkan barisan pelakon kurang ternama seperti Jean Dujardin, Bérénice Bejo dan John Goodman, The Artist mencatat sejarah sebagai filem bisu hitam putih pertama memenangi anugerah utama Hollywood sejak zaman awal industri perfileman itu sekitar tahun 1920-an.

Turut menyerlah pada anugerah berprestij berkenaan yang berlangsung di Dewan Tarian Antarabangsa Hotel Beverly Hilton di sini pada Ahad lalu ialah filem The Descendants lakonan aktor veteran Hollywood, George Clooney.

The Descendants mengungguli anugerah filem drama terbaik manakala Clooney, 50, pula dinobatkan sebagai aktor drama terbaik.
Perkembangan tersebut bakal menyaksikan filem The Artist dan The Descendants berentap sekali lagi pada Anugerah Academy bulan depan.

Martin Scorsese memenangi anugerah pengarah terbaik menerusi filem Hugo.
Meryl Streep, 62, memenangi aktres drama terbaik menerusi penampilannya sebagai Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher dalam filem The Iron Lady.

Seorang lagi pengarah tersohor Hollywood, Woody Allen memenangi lakon layar terbaik melalui filemMidnight In Paris yang diadaptasi daripada komik popular.

Filem The Adventures of Tintin arahan Steven Spielberg turut memenangi kategori animasi terbaik. Aktres Kate Winslet memenangi kategori pelakon mini siri terbaik. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...