Ramai-Ramai Lepak di Buletin Lepak. Dengar Berita Sambil lepak. Ajak kawan korang lepak sini. Kalau lepak sorang-sorang, memang bukan lepak la namanya tu. Dapatkan Artikel-artikel mengenai isu-isu terkini dan fakta-fakti yang kadang-kadang menyayat hati, membakar hati, membuat sakit hati, dan mengubati hati.
Sunday, 26 February 2012
Ular Tedung 10 meter Masuk Klinik!
LUI MUDA, JEMPOL - Tindakan pantas seorang warga emas menangkap seekor ular tedung selar abu, berhampiran Klinik Kesihatan Lui Muda, di sini, kelmarin berjaya menyelamatkan penduduk dan kakitangan klinik itu daripada menjadi ancaman ular terbabit.
Penduduk, Zamal Sazali, 34, berkata, dia terkejut sebaik terlihat ular berkenaan semasa melintasi jalan berhampiran klinik kesihatan di situ yang sedang menyusur ke arah belukar, kira-kira pada jam 12 tengah hari.
Menurutnya, khuatir dengan keselamatan orang ramai, dia bertindak memaklumkan perkara berkenaan kepada salah seorang kakitangan klinik terbabit, Azmi Ismail, 42.
“Saya bimbang sekiranya ular berkenaan mengancam keselamatan penduduk di sini memandangkan ramai pesakit dan kakitangan berada di klinik itu semasa kejadian. Lebih-lebih lagi ular itu kelihatan sangat besar.
“Selepas memaklumkan kepada Azmi, dia datang dan kemudian menghubungi Shahadan Mohd Amin, 61, dari Felda Lui Selatan Muda untuk membantu menangkap ular terbabit,” katanya.
Sinar Harian difahamkan, Shahadan berpengalaman selama hampir 20 tahun dalam kerja menangkap ular, malah tahu di mana kawasan ular bersembunyi.
Menurut Shahadan, ular yang berjaya ditangkap kira-kira jam 1 petang itu amat berbisa dan boleh mengancam nyawa penduduk.
“Kita harap tindakan selanjutnya dapat diambil pihak berkaitan memandangkan ini kali kedua kejadian seumpama ini berlaku di sini.
“Sungguhpun tiada kejadian buruk melibatkan nyawa penduduk berlaku, namun hal ini amat membimbangkan penduduk,” katanya.
Pada 15 Februari lalu, Sinar Harian turut melaporkan kejadian serupa, yang mana seorang warga emas terkedu sebaik terlihat seekor ular sedang membaham ayam peliharaan di reban belakang rumahnya.
Kejadian kira-kira jam 8 pagi disedari Md Shah Tir, 73 yang ketika itu datang ke reban berkenaan untuk melepaskan kesemua ayam peliharaannya.
Menurutnya, keadaan seumpama itu adalah pertama kali berlaku di kediamannya sejak dia menyertai Tanah Rancangan Felda, lebih 20 tahun lalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment