Mari Menanam Rambut
Kini Rambut Boleh Ditanam
Teknik Follicular Unite Extraction (FUE) dikatakan meminimumkan kesakitan dan kesan luka atau parut.
FAKTA yang akan diterangkan di bawah mungkin tiada kene mngene pun bagi mereka yang tidak mempunyai masalah rambut gugur, tapi bagi yang sedang mengalaminya mungkin membantu memberikan sedikit kelegaan
Menurut kajian, 40 peratus lelaki mengalami masalah keguguran rambut bermula seawal usia 35 tahun. Manakala masalah yang sama turut menyerang wanita sekitar usia mereka 60 tahun. Memang anda tidak keseorangan kerana ramai rakyat Malaysia yang berkongsi masalah tersebut.
Tapi sedarkah bahawa masalah rambut gugur kini menyerang lelaki dan wanita pada usia yang jauh lebih muda. Puncanya, ialah perubahan iklim sekeliling, pemakanan, gaya hidup dan pelbagai lagi faktor yang melibatkan tekanan dan sebagainya. Keguguran rambut yang sekali gus menjadikan seseorang itu berstatus 'botak' merupakan satu masalah yang amat berkait rapat dengan psikologi.
Bayangkan apabila kulit kepala tampak semakin jelas akibat rambut yang gugur dengan banyak, seseorang jadi semakin tidak keruan kerana risau dengan penampilan yang tidak menarik berbanding dulu. Sekali gus ini mengurangkan keyakinan diri.
kredit-co
No comments:
Post a Comment