Thursday 9 February 2012

Fakta-Fakta Menarik Tentang Google

 Fakta-Fakta Menarik Tentang Google


1. Pengasas bersama Google.Inc - Larry Page dan Sergey Brin mempunyai darah keturunan Yahudi. Sergey Brin memang penganut Yahudi manakala Larry Page adalah tidak diketahui sama ada penganut Yahudi mahupun atheis kerana bapanya adalah orang Yahudi yang mempercayai teknologi sebagai agama.






2.Kedua-duanya adalah penuntut PHD di University Standford sebelum menangguhkan pengajian mereka untuk mengasaskan Google.Inc.

3. Nama Google sepatutnya adalah Googol yang bermaksud angka yang sangat besar dalam istilah matematik. Ejaan Google adalah ejaan yang salah untuk Googol.

4. Istilah Google telah dimasukkan di dalam sebilangan besar kamus-kamus di universiti dengan makna - mencari maklumat dengan menggunakan enjin carian Google.

5. 1997 - Domain asal Google adalah Google.Stanford.Edu dengan meminjam server Stanford University. Namun akibat kepada penggunaan yang meluas oleh Google, server tersebut tidak mampu untuk menampung bandwidth yang besar.

6. 15 September 1997 - Domain Google.Com didaftarkan secara rasmi tetapi masih lagi menggunakan server Standford University.

7. Nama asal bagi Google adalah BackRub - iaitu rantaian backlink yang bersepah-sepah. seperti di bawah.

8. Sergey Brin dan Larry Page pernah tawarkan Google kepada Yahoo dengan harga USD1 million tetapi ditolak. Kini nilai Google telah mencecah berbillion-billion. Memang putih mata la Yahoo sebab dah tak relevan.

9. Pengasas Sun Microsystem , Andy Bechtolshim melabur sebanyak USD100k kepada syarikat yang masih belum wujud, Google.Inc.



10. Pejabat pertama Google adalah di garaj milik Susan Wojcicki di Menlo Park, California. Larry Page. Adik kepada susan telah berkahwin dengan salah SEOrang pengasas Google ini. Nak tahu siapa? Sila Google.. hehe...Garaj ini menempatkan server yang dibeli oleh mereka.


11. 4 September 1998 - Google.Inc dilancarkan secara rasmi. Pegawai pertama adalah Craig Standford,rakan belajar mereka ketika di Universiti Standford.

12. Jika anda mahu melihat logo-logo yang pernah digunakan oleh Google sama ada logo-logo perayaan, ataupun peristiwa, anda boleh melayarinya di http://www.google.com/holidaylogos.html .

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...