Ramai-Ramai Lepak di Buletin Lepak. Dengar Berita Sambil lepak. Ajak kawan korang lepak sini. Kalau lepak sorang-sorang, memang bukan lepak la namanya tu. Dapatkan Artikel-artikel mengenai isu-isu terkini dan fakta-fakti yang kadang-kadang menyayat hati, membakar hati, membuat sakit hati, dan mengubati hati.
Thursday, 9 February 2012
Pemain Bola Sepak Islam di Eropah
kebanyakan pemain adalah dari Perancis dan Ivory Coast. Pemain Perancis lah yang paling banyak. ni adalah antara yang terkenal.
1. NICOLAS (BILAL) ANELKA
Masuk islam pada tahun 2004 di UAE selepas
beberapa perbincangan secara mendalam berkenaan agama bersama – sama rakan lamanya, last2 masuk islam dengan nama Abdul Salam Bilal. Masa tu Anelka masih bermain di Manchester City dan kemudian berpindah ke Fenerbache sebelum ke Chelsea. Kini Anelka telah berpindah ke China.
2. FRANCK (BILAL) RIBERY
Ribery yang masuk islam disebabkan isterinya dan didik oleh isterinya. Telah mengerjakan umrah pada beberapa tahun yang lepas. Ni ayat – ayat yang pernah diungkapkan olehnya : “I pray five times a day, I do it because it enables me to be released and I feel better afterwards.”.
Yang aku pelik, org islam lain, sanggup kuar islam sebab ikut suami @ isteri……. isk2…
3. KOLO (HABIB) TOURE
Pemain yang berasal dari Ivory Coast yang pernah bermain di Arsenal dan kini Manchester City ini memang islam, sama dengan Keluarganya, Menjadi role model kepada belia islam British.
4. FREDERICK (OUMAR) KANOUTE
Kanoute yang memeluk islam ketika usia 20 tahun. Pernah menderma duit untuk menyelamatkan masjid daripada dijual di Seville. Pemain ini tidak mahu mengenakan jersi yang ditaja oleh 888.com dan beberapa penduduk + peminat islamnya mengumpul duit dan sponser bajunya sendiri.
Duit banyak, selamatkan masjid. pak arab lak, duit banyak, wat beli kelab BPL. haha….
5. KARIM BENZEMA
Mamat ni pula memang mengamalakn islam secara terbuka, lebih – lebih lagi dengan kehadiran beberapa pemain islam di Real Madrid. Seorang pemain yang berbisa sebagai penyerang.
6. SAMIR NASRI
Mamat ni pula bermain untuk Manchester City sekarang. Girlfriendnya bukan islam. hehe… betul orang cakp, dia ni digelar ‘The New Zidane”
7. YAYA TOURE
Sama seperti abangnya, dia ni practise islam seperti biasa.
8. HATEM BEN ARFA
Semua familynya adalah islam. sekarang ini bermain untuk Newcastle. berdarah Tunisia dan merupakan warganegara Perancis.
9. KHALID BOULAHROUZ
Pemain belanda yang sekarang ini bermain di PSG merupakan seorang sunni. Seluruh keluarganya adalah islam.
10. ABOU DIABY
11. MESUT OZIL
mamat yang bermain di Real ini power bermain. Antara kesebelasan pemain di Real Madrid kini. Pernah bergaduh denga David Villa kerana David Villa mencemuh Islam.
Anelka dan Ribery di padang berdoa
sepatutnya team kita malaysia wajib buat mcm ni...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment