Ramai-Ramai Lepak di Buletin Lepak. Dengar Berita Sambil lepak. Ajak kawan korang lepak sini. Kalau lepak sorang-sorang, memang bukan lepak la namanya tu. Dapatkan Artikel-artikel mengenai isu-isu terkini dan fakta-fakti yang kadang-kadang menyayat hati, membakar hati, membuat sakit hati, dan mengubati hati.
Monday, 6 February 2012
Wikipedia tutup?
Wikipedia Tutup Laman Web 24 Jam Sebagai Bantahan SOPA
Wikipedia yang merupakan ensiklopedia atas talian terkemuka dunia ini memprotes tindakan pihak kongres di Amerika Syarikat dalam menggubal akta terbaru yang dikenali sebagai Stop Online Piracy Act (SOPA) dan Protect IP Act (PIPA).
Laman web tersebut memaparkan imej seperti di atas ini apabila pengguna atau pelawat membuka laman web tersebut dalam versi English. Stop Online Piracy Act (SOPA) adalah undang-undang yang dikenalkan pada Oktober 2011 yang membuatkan pihak kerajaan US mempunyai kuasa lebih besar dalam memerangi cetak rompak dalam internet dan menyaman pemilik website tersebut.
Banyak syarikat besar seperti Google, Yahoo!, YouTube, Facebook, Twitter, AOL, LinkedIn, eBay, Mozilla Corporation tidak menyokong akta tersebut dimana kemungkinan banyak ilmu pengetahuan terpaksa dibuang daripada internet akibat masalah copyright.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment