Permainan video sekarang telah menjadi satu fenomena dan menjadi bisnes yang paling menguntungkan.Tetapi terdapat juga negara-negara tertentu yang telah mengharamkan sesetengah permainan video dengan alasan ianya mengandungi unsur-unsur kekerasan,perjudian,menghina agama,menghina kedaulatan sesebuah negara dan juga atas alasan-alasan yang lain.
Antaranya............
1.Left 4 dead 2
Kerajaan Australia dan Jerman telah mengharamkan game ini kerana tidak memberikan label peringatan agar game tersebut hanya dimainkan orang dewasa berusia 18 tahun ke atas. Gambar-gambar yang dipaparkan seringkali berkaitan dengan zombie,kecederaan akibat ditikam,kesan luka yang mengerikan dan mayat-mayat bergelimpangan.
2.Postal
3.Call of duty
Telah diharamkan di Arab Saudi, Arab Emirate, Russia dan Cuba. Game perang seperti Call of Duty ini dianggap telah memesongkan sejarah kerana lokasi dan waktu yang digunakan dalam tema perang biasanya diambil ketika zaman peperangan di sesebuah negara. Siri Call of Duty yang paling menimbulkan kontroversi adalah Modern Warfare 2 dan Black Ops.Dala pada itu kedua-dua siri game tersebut telah mengaut keuntungan yang besar kerana ianya amat laris dipasaran.
4.Grand Theft Auto
Game mini hot coffee pada GTA San Andreas
Game ini diharamkan di Australia dan Amerika Syarikat kerana telah menimbulkan banyak kontroversi. Meskipun game ini cukup canggih kerana dengan menggunakan perspektif google maps,tetapi tema dari game ini dianggap menggalakkan jenayah perompakan,seks,kekerasan dan pengambilan dadah. Bahkan dalam seri gta: San andreas,game ini memaparkan sebuah game mini yang bertajuk hot coffee. Dalam game mini itu terdapat adegan dua watak game yang sedang melakukan hubungan seksual.
5.Bully (canis canem)
Telah diharamkan di Brazil, Britain dan Amerika Syarikat. Game ini dianggap mengajak dan menggalakkan pelajar-pelajar sekolah untuk membuat khianat di sekolah dan dikhuatiri akan merosakkan moral generasi muda.
6.Manhunt
Pada tahun 2008 Manhunt 2 telah diharamkan untuk edaran kerana kandungan 'Sadisme' melampau yang ditampilkannya.Rockstar selaku pengeluar video game ini telah sempat membuat suntingan untuk versi yang lebih bersih, namun ianya tetap dilarang untuk edaran.Sebelum itu pada tahun 2004, Manhunt pertama telah menjadi berita utama akhbar-akhbar barat berikutan kematian seorang pelajar berusia 14 tahun akibat ditikam dan dipukul di Leicester,England.Ibubapa mangsa pembunuhan itu amat yakin pembunuh anaknya itu memperoleh idea untuk membunuh dari game tersebut.Walau pun tanpa bukti yang kukuh game tersebut telah menjadi punca dalam pembunuhan tersebut.Video game ini telah diharamkan di tujuh buah negara Jerman,British dan Ireland.
7.Mortal kombat
Brazil dan Jerman melarang pengedaran game ini,game pertarungan ini terlalu banyak memaparkan pertumpahan darah yang keterlaluan. Sejak tahun 1992 siri mortal kombat ini telah menimbulkan pelbagai kontroversi. Bahkan entertainment software rating board (esrb) akhirnya mewajibkan semua permainan video untuk dinilai dan diberi label peringatan.
8.Football manager 2005
Game bertema bolasepak ini telah diharamkan di China pada 2005 kerana didakwa telah mencemarkan kedaulatan Negara China kerana kandungan game ini telah menamakan Tibet dan Taiwan sebagai negara-negara yang terpisah dari China.
9.Carmageddon
Pada tahun 1997, Carmageddon telah dinilai sebagai game yang boleh memesongkan pemikiran orang-ramai kerana banyak memaparkan gambar-gambar kekerasan yang keterlaluan. Fantasi-fantasi kekerasan yang dipaparkan membuatkan game ini diharamkan di Brazil, Jerman dan Britain.
10.Pokemon
Siri game Pokemon ini telah diharamkan di Arab Saudi kerana permainan kad ini dianggap telah mempromosikan aktiviti perjudian.Pada tahun 2001 juga semua produk dari franchise Pokemon juga diharamkan kerana kandungannya yang mengandungi unsur-unsur zionisme dan intoleransi agama-agama lain. Game tersebut juga dikatakan memaparkan lambang salib dan "The star of David"iaitu lambang bagi negara Israel. Ish2..... memang dieorang ni saje je kan...
Kredit to-beritabulan
Wow, ,baru tau neh info, ,
ReplyDeleteNice posting ! ! !
tergantung kebijakan negara masing-masing sih, tapi jangan sampai di indonesia juga
ReplyDeletepantesan ajja di haramkan toh gamenya juga kayak gitu
ReplyDeleteuntung diharamkan,kalau tidak pasti banyak peminatnya game yang grand theft auto
ReplyDeletewow!! good info
ReplyDeleteBila saya cari video pasal game bols pes 6 tiba tiba saya nampak gta Takde kaitan langsung! GTA=Bunuh orang tak baik
ReplyDeleteSorry ejaan saya salah....... Bola sepatutnya
Delete