Saturday, 31 December 2011

Mesti Baca! 10 Top carian google 2011!

1. Rebecca Black



Rebecca Black membuat penampilan menggegarkan di Internet dengan siaran lagu pop 2011 beliau, “Friday.” Video muzik tersebut melonjakkan remaja berusia 13 tahun itu kepada status selebriti selepas video tersebut menjadi viral, menerima hampir 167 juta tontonan di YouTube.


2.Google +


Pada Jun 2011, Google memasuki ruang rangkaian sosial dengan pelancaran Google+. Dalam tempoh tiga minggu selepas pengumumannya, Google+ mengumpulkan asas pengguna melebihi 10 juta orang.

3.Ryan Dunn


Amat terkenal dengan aksi nekadnya dalam rancangan TV realiti “Jackass” dan “Viva La Bam,” Ryan Dunn menemui ajalnya dalam kemalangan jalan raya pada 20 Jun, 2011 ketika berumur 34 tahun.


4.Casey Antonhy

Ibu muda Casey Anthony telah didakwa atas kesalahan membunuh darjah pertama apabila jasad Caylee, anak perempuannya yang berumur 2 tahun, telah dijumpai di kawasan belukenr berhampiran rumahnya di Orlando, Florida. Para juri memutuskan beliau tidak bersalah pada 5 Julai 2011.

5.Battlefield 3

Keluaran permainan video penembak First Person Shooter EA yang amat dinanti-nantikan, Battlefield 3, dengan penjualan 5 juta salinan pada minggu pertama keluarannya.


6.Iphone 5

Pengguna dan penganalisis bersama-sama menantikan keluaran telefon pintar terbaharu Apple berbulan-bulan sebelum ketibaannya. Ciri yang diperkatakan termasuk skrin yang lebih besar, kaca sisi ke sisi, kamera 8 megapiksel dan kawalan suara yang meluas. Ramai percaya telefon tersebut akan dinamakan iPhone 5.


7.Adele

Adele menggegarkan industri muzik dengan keluaran album keduanya “21,” dengan penjualan 208,000 salinan di UK pada minggu pertama keluarannya dan muncul pertama kali pada nombor satu pada Carta Album UK selama 16 minggu berturut-turut. Album tersebut melonjakkan gadis 22 tahun itu menjadi kejayaan yang memecahkan rekod dan disanjung di peringkat antarabangsa.


8.TEPCO

Kerajaan Jepun mengarahkan pemindahan beribu-ribu penduduk yang tinggal berhampiran dengan 東京 電力 (TEPCO) Loji I Fukushima selepas gempa bumi merosakkan beberapa reaktor nuklear dengan teruk.


9.Steve Jobs

Steve Jobs menjadi inspirasi berjuta-juta orang di seluruh dunia dengan keghairahan dan kreativiti beliau. Pakar teknologi yang berpandangan jauh, bersama-sama dengan pengasas bersama Steve Wozniak, telah merevolusikan cara kehidupan dan pekerjaan orang ramai dengan bantuan komputer Mac, iPod, iPhone dan iPad.


10.Ipad 2

iPad 2 menggemparkan dunia apabila 500,000 tablet generasi kedua telah dijual pada hujung minggu kemunculannya yang pertama. Dilihat sebagai pilihan yang lebih anggun dan ringan berbanding model yang terdahulu, iPad2 telah hampir-hampir habis dijual di seluruh saluran pada minggu pertama keluarannya.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...