Tuesday 27 December 2011

Santa Claus Membunuh pada hari krismas!




GRAPEVINE (Texas): Polis berkata, penyerang yang membunuh enam sekeluarga di sebuah apartmen di Lincoln Vineyards kelmarin muncul di situ dengan berpakaian Santa Claus.
Jurucakap polis Grapevine, Robert Eberling, berkata individu itu muncul sejurus sebelum tembakan dilepaskan ketika penghuni rumah berkenaan leka membuka hadiah Krismas.

“Polis percaya penyerang baru saja masuk ke rumah ketika mangsa lain gembira meraikan Krismas dan melepaskan tembakan sebelum membunuh diri,” katanya.

Sehingga malam tadi, polis masih belum mengetahui motif serangan tetapi menumpukan siasatan kepada sejarah keluarga terbabit.
Selain kediaman, polis turut mencari bukti pada kenderaan yang diletakkan di luar rumah mangsa.
Keputusan bedah siasat dijangka diketahui hari ini.Kata Eberling, polis semakin jelas bagaimana insiden itu berlaku tetapi enggan mendedahkan maklumat lanjut, termasuk identiti mangsa sehingga mendapat pengesahan perubatan.


Sementara itu, seorang jiran berkata, pasangan yang pernah menetap di rumah berkenaan kini tinggal secara berasingan.Rekod pula menunjukkan, pasangan terbabit menghadapi masalah kewangan dan rumah itu dilelong pada tahun lalu. - AP

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...