Tuesday 27 December 2011

Mati Dipijak gajah!

 

BANDA ACEH: Seekor gajah liar yang mengamuk memijak seorang peladang hingga mati di pulau Sumatera, di sini.

Anggota paramedik, Nyak Cut berkata, tiga peladang di Desa Geumpang di wilayah Aceh cuba mengusir sekumpulan gajah liar dari ladang mereka Sabtu lalu.


Bagaimanapun, seekor daripada haiwan itu mengamuk menyebabkan kumpulan peladang berkenaan bertempiaran lari. Nyak berkata, seorang daripada peladang itu, Muhammad Amin, 60, mati dipijak selepas dia tersandung lalu terjatuh.
Menurutnya, penduduk kampung mengancam untuk membunuh kumpulan gajah itu sekiranya pihak berkuasa gagal melindungi ladang mereka. Hanya 3,000 gajah Sumetera dipercayai masih hidup di hutan di pulau itu. Habitat haiwan itu terancam apabila hutan belantara diteroka untuk ladang komersial atau pembalakan. - AP

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...