Tuesday 27 December 2011

Kumpulan Hackers Anonymous buat amal sedekah Rm3 Juta!

  Penggodam derma guna kad kredit  


WASHINGTON - Kumpulan penggodam antarabangsa, Anonymous memberi sumbangan kepada beberapa pertubuhan amal menggunakan maklumat kad kredit yang dicuri daripada syarikat keselamatan Stratfor yang berpusat di Amerika Syarikat (AS).
Menurut laporan akhbar Telegraph, seorang daripada penggodam berkata sumbangan itu adalah permulaan bagi serangan serupa yang akan dilakukan sepanjang minggu ini.

“Kami akan menggunakan maklumat kad kredit yang berjaya dikumpul untuk membuat lebih banyak sumbangan sehingga mencecah AS$1 juta (RM3 juta),” menurut penggodam itu melalui akaun Twitter kumpulan tersebut.

Sumbangan itu dibuat selepas Anonymous berjaya mendapat maklumat sulit daripada Stratfor, syarikat yang turut menyimpan data bagi tentera AS dan Jabatan Polis Miami AS.
Anonymous mendakwa Stratfor gagal mengunci maklumat kad kredit yang disimpan, sesuatu yang memalukan bagi sebuah syarikat keselamatan.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...