Saturday 31 December 2011

Mesti tahu! 10 Peristiwa Besar 2011!

Ini adalah Fakta! Mesti Baca Dan Ambil Iktibar!

1. Revolusi di Kawasan Timur Tengah dan Afrika



Awal tahun 2011 merupakan permulaan yang buruk bagi sejumlah negara di kawasan Timur Tengah dan Afrika dengan majoriti penduduk beragama Islam, namun dengan pemimpin-pemimpin bersikap tirani dan autokrasi.

Pada 14 Januari 2011, Presiden Tunisia, Zine al-Abidine Ben Ali yang telah berkuasa selama 23 tahun, digulingkan oleh gerakan revolusi yang dilakukan rakyatnya. Disusuli dengan tergulingnya presiden Mesir yang telah berkuasa selama 30 tahun, Hosni Mubarak. Presiden ini juga digulingkan melalui aksi people power selama sekitar 25 hari, dan dia berundur dari jabatannya pada 12 Februari 12.

Setelah revolusi di Tunisia dan Mesir, gelombang revolusi melanda negara-negara di sekitarnya, seperti Yaman, Libya, Oman, Aljazair, Bahrain, Iran, dan Suriah. Yang paling tragis ialah nasib Presiden Libya Muammar Ghadafi. Karena tidak mahu mengalah, pertahanannya di ibukota Libya dibomb pihak NATO. Ghadafi akhirnya tewas setelah tempat persembunyiannya di Kota Sirte ditemui para pemberontak, dan kepalanya ditembak.

2. Gempa dan Tsunami Jepun




Pada Jumat 11 Mac 2011 sekitar pukul 2.46 petang waktu setempat, gempa pada 8,9  skala Ritcher (SR) menggoncang pantai timur Jepun, disusuli gempa susulan pada 7,4 SR.

Sekitar 16.000 orang mati, 4.000 orang hilang, dan 6.000 orang cedera. Bangunan yang hancur dan rosak mencapai 125.000 unit. Selain itu, gempa dan tsunami juga menyebabkan ledakan di Reaktor Nuklear Fukushima.

3. Perkahwinan Putera William dan Kate Middleton





Perkahwinan yang dilangsungkan pada 29 April 2011 ini dianggap sebagai pernikahan terhebat abad ini. Ini Tidak dapat dinafikan, kerana Royal Wedding atau Pernikahan Kerajaan Inggeris ini menghabiskan dana sekitar $40 juta poundsterling dan pernikahan ini ditayangkan secara langsung oleh berbagai sesen televisyen di dunia ini ditonton oleh sekitar 2 juta orang.

4. Osama bin Laden Tewas





Pengumuman tewasnya Osama diumumkan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama pada 1 Mei 2011. Pendiri Al Qaeda ini tewas ditembak anggota pasukan Amerika di Abottabad, Pakistan, dalam sebuah operasi khusus. Selain Osama, dua orang pengikutnya juga dikhabarkan tewas dalam drama tembak-menembak ketika kediaman Osama di Abottabad diserbu.

Amerika menganggap Osama sebagai orang yang paling bertanggung jawab dalam serangan terhadap menara kembar World Trade Centre (WRC) pada 11 September 2011.

5. Amukan di Oslo, Norwegia





Kejadian pada 22 Julai 2011 ini dianggap sebagai aksi terorisme kerana diawali dengan ledakan bom yang membunuh tujuh orang di pusat bandar Oslo. Satu jam kemudian, seorang lelaki berseragam polis yang  diketahui bernama Anders Behring Breivik, datang ke Pulau Otoya yang berjarak sekitar 50 batu dari kota tersebut, dan menembak sekitar 700 pemuda yang tengah menghadiri pertemuan organisasi pemuda Parti Buruh di pulau itu.

Saat suspek mula menembak , sejumlah pemuda sempat melarikan diri, dan Anders yang berusia 32 tahun, mengejar dan mencari mereka ke semua tempat, termasuk semak-semak, gua dan di antara bangunan-bangunan di Pulau Otoya. Seramai 91 orang terbunuh dalam kejadian ini. Mereka yang selamat kebanyakan nekad terjun ke laut dan berenang menjauhi pulau.

6.  Kereta api tergelincir di China





Pada 23 Julai 2011 dua kereta api ekspres di Cina tergelincir dari landasan, dan mengakibatkan 32 orang tmati. Kemalangan itu bermula ketika kereta api ekspress D3115 dari Hangzhou menuju Wenzhou di stesen Zhejiang, China timur, berhenti akibat kehilangan tenaga setelah disambar petir. Pada saat kereta api itu berhenti, datang kereta api ekspres D301 dari kota Shuangyu, Wenzhou. Perlanggaran tidak dapat dielakkan, sehingga beberapa gerabak kereta api keluar dari rel, dan dua di antaranya jatuh dari jambatan setinggi lebih  tiga meter, sementara satu di antaranya tergantung di sisi jembatan.

7. Krisis Ekonomi Eropah





Awal ogos bangsa-bangsa di Benua Eropah menghadapi mimpi buruk yang diakibatkan krisis hutang  hartanah di Amerika Syarikat. Negara-negara seperti Inggeris, Itali, Yunani dan lain-lain, terperosok dalam jurang krisis kewangan yang parah akibat kegagalan membayar hutang, sehingga negara mereka bergejolak.

Ekonomi Yunani dan Itali  terjejas teruk sehingga  November, atas desakan berbagai pihak, Perdana Menteri Yunani George Papandreou dan Perdana Menteri Itali Silvio Berlusconi, mengundurkan diri. Hingga kini, krisis masih mendera Benua eropah. Sejumlah analisis dikeluarkan dan menyatakan krisis ini baru bermula dan akan mencapai klimaks pada pertengahan 2012.

8. Rusuhan London




 Ini merupakan sebuah dari krisis yang melanda Eropah. Rusushan bermula dengan kematian Mark Duggan, pemuda 29 tahun yang disebut-sebut sebagai anggota geng bersenjata di London. Mark terbunuh akibat tembakan polis di dadanya.

Kematian Mark  menyebabkan kemarahan oleh para pemuda di negeri Lady Di, sehingga pada 6 ogos 2011 kerusuhan meletus dari Tottenham, London Utara. Kerusuhan yang diwarnai penjarahan dan pembakaran kendaraan serta pasaraya-pasaraya itu menyebar dengan cepat ke seluruh London dan kota-kota lain di England.
Kerusuhan ini membunuh 5 orang 16 orang lagi cedera.

9. Banjir di Thailand





Musibah yang terjadi mulai 18 Oktober 2011 ini melanda  di Thailand, dan mulai surut setelah 40 hari. Banjir ini bukan hanya menenggelamkan 2.3 juta rumah penduduk, tujuh kawasan industri dan 300.000 hektar kawasan pertanian, tapi juga melumpuhkan aktiviti perekonomian dan pemerintahan, serta membunuh seramai 370 orang.

10. Puting Beliung Washi di Filipina


Puting beliung Washi yang berkelajuan lebih dari 200 km/jam, melanda kawasan pantai timur Pulau Mindanao dan sekitarnya pada Jumat 16 Disember 2011, mengakibatkan sungai-sungai bergelora, mengakibatkan banjir , dan tanah runtuh. Seramai 957 orang terbunuh dan 49 orang hilang.



Semoga Allah mengelakkan kita dari bala pada 2012 yang pasti akan muncul akibat tangan manusia sendiri!

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...