Tuesday 27 December 2011

Susu bayi Beracun!

Susu bayi China beracun

SHANGHAI - Satu lagi produk susu China dikesan mengandungi toksin penyebab kanser yang dihasilkan oleh sebuah syarikat tenusu utama negara, kes terbaru dalam skandal keselamatan makanan negara itu.
Pengawal kualiti kerajaan menemui tahap aflatoksin yang tinggi dalam susu keluaran syarikat Mengiu Dairy, menurut kenyataan dikeluarkan syarikat itu, kelmarin.

Mengiu Dairy menjelaskan, produk tenusu yang dihasilkan di loji di Sichuan itu, telah menjalani ujian sebelum dijual dan susu yang tercemar tidak akan sampai ke pasaran.

Namun begitu, produk-produk berkenaan telah dimusnahkan dan syarikat berkenaan memohon maaf kepada pelanggannya.
Selepas beberapa skandal berprofil tinggi, China mula mengambil tindakan tegas terhadap pencabulan keselamatan produk untuk memastikan rakyat negara itu percaya semula kepada kerajaan.

Pencemaran makananan di China sebelum ini membabitkan pelbagai produk daripada barangan perubatan sehingga minyak masak. September lalu, seramai 32 orang ditahan kerana terlibat de­ngan penjualan minyak masak yang diproses dari sisa buangan yang diambil dari longkang.

1 comment:

  1. ya sudah sekarang bayinya beri susu beton ajja atau sama susu kedelai

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...