Saturday 14 January 2012

Isteri Muda Dibunuh !




KUALA LIPIS - Jiran seorang wanita yang baru mendirikan rumah tangga enam bulan lalu, ditemui maut dibunuh di rumahnya di Kampung Sungai Gemang dekat sini, petang semalam, berkata dia tergamam dan tidak mampu berbuat apa-apa apabila melihat mayat mangsa, Nornadia Abu Bakar dalam keadaan tertiarap tanpa seurat benang.

Menurut Roslan Tahir, 43, lebih memilukan apabila melihat keadaan di dalam rumah mangsa, yang berusia 21 tahun, dipenuhi dengan percikkan darah yang memenuhi ruang tamu hingga ke dapur.
Menceritakan detik awal kejadian itu, Roslan berkata, dia mendapat panggilan telefon daripada penduduk kampung mengenai kejadian berkenaan.

“Setelah mendapat tahu kejadian berkenaan saya bergegas ke rumah mangsa dan melihat suami mangsa (Ahmad Khairu Ab Raman, 27) duduk meraung di seberang jalan sambil meratapi kematian isterinya.
“Saya kemudiannya bertindak menelefon polis dan beberapa orang kampung untuk melihat situasi di dalam rumah mangsa,” katanya kepada Sinar Harian.

Roslan berkata, ketika memasuki pintu depan rumah mangsa, dia dan beberapa penduduk kampung melihat darah melimpah di sekitar ruang tamu.
“Kami lihat darah dari ruang tamu sehingga ke dapur dan apabila menjenguk ke ruang berkenaan kami lihat mayat mangsa berada di dalam keadaan tertiarap tanpa seurat benang dan sebelah kaki mangsa terlipat.alam pada itu, polis mengesahkan mangsa maut akibat kecederaan parah di leher dan perut.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Abdul Razak Hassan berkata, mangsa maut akibat dikelar di leher dan di tikam bertubi-tubi di perut menggunakan senjata tajam.

“Polis bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan telefon daripada orang ramai kira-kira jam 5.50 petang.

“Mangsa ditemui tanpa pakaian dan berlumuran darah di bahagian dapur rumahnya. Selain itu, terdapat kecederaan parah yang dialami oleh mangsa di bahagian perut dan leher yang menyebabkan kematian,” katanya.
Abdul Razak berkata, tiada kesan rogol ditemui pada badan mangsa dan pihak hospital mengesahkan mangsa tidak mengandung.

“Sehingga kini kami masih menjalankan siasatan bagi mencari senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa dan motif pembunuhan daripada pelbagai aspek.
“Selain itu, empat suspek turut ditahan reman bagi membantu siasatan,” katanya.

1 comment:

  1. kalu sero debe...mari gocoh ngan aku gilo

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...