Saturday 14 January 2012

Pelajar Lemas di Pantai Cahaya Negeri!


PORT DICKSON - Mayat seorang pelajar kolej swasta, Nazaruddin Bisul Rahman, 20, yang dipercayai lemas ketika mengadakan aktiviti riadah di Pantai Cahaya Negeri (Batu 4) di sini, ditemui kira-kira tiga jam selepas kejadian dilaporkan hari ini.

Penolong Pengarah Operasi negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Ahmad Nizam Sapaiee berkata, bilik gerakan bomba menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada pukul 9.02 pagi.


"Kita kemudian melancarkan gerakan mencari dan menyelamat dengan disertai 20 anggota termasuk pasukan penyelamat di air bermula dengan pencarian di lokasi mangsa dilaporkan hilang," katanya.

Beliau berkata, operasi mencari kemudian diperluaskan ke kawasan sekitar sehingga mayat Nazaruddin ditemui pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari berhampiran kawasan dia dilaporkan hilang.
Katanya, kejadian itu berlaku ketika air laut sedang pasang.


Mayat mangsa yang datang dari Petaling Jaya, Selangor bersama empat rakan lelaki dan dua rakan perempuan sekolejnya untuk bercuti telah dibawa ke Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat. - BERNAMA

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...