Saturday, 10 December 2011

Adele Memenangi carta Bilboard



LOS ANGELES 10 Dis. - Penyanyi Britain, Adele mencatat sejarah anugerah Billboard semalam apabila dinamakan sebagai Artis Terbaik, Album Terbaik dan Lagu Single Terbaik dalam tempoh satu tahun.

Tempat kedua bagi kategori Artis Terbaik dimenangi oleh Rihanna diikuti Katy Perry dan Lady Gaga.

Nicki Minaj, Taylor Swift, Justin Bieber, Chris Brown, Lil Wayne dan Bruno Mars turut mengisi tempat dalam 10 artis terbaik.

Adele dalam satu temu bual dengan Billboard berkata, kejayaan yang membezakan dirinya dengan artis lain adalah kehidupannya tidak menjadi bahan spekulasi media.

Pengarang Billboard.com, Tye Comer menyifatkan kejayaan Adele sebagai nafas baru dalam pasaran artis pop.

“Kejayaannya menjadi inspirasi kerana ia menunjukkan masih terdapat ruang dalam industri kepada artis yang mempunyai bakat semula jadi,’’ katanya kepada Reuters.

Album Adele bertajuk 21 diterbit berdasarkan kisah kegagalan percintaan artis itu, bertemakan cinta, kecewa dan masa depan.

Lagu single Rolling in the Deep nyanyiannya turut menewaskan lagu Party Rock Anthem oleh kumpulan LMFAO selain Firework dan E.T. oleh Katy Perry serta Give Me Everything oleh Pitbull.

Adele juga dinamakan sebagai Artis Wanita Terbaik manakala penyanyi rap, Lil Wayne dianugerahkan Artis Lelaki Terbaik dan Wiz Khalifa dinamakan sebagai Artis Baru Terbaik.

– REUTERS

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...