Sunday, 4 December 2011

PANJAT MACAM ORG MUDA








KUALA TERENGGANU – Misteri menyelubungi sebuah keluarga apabila bapa mereka yang nyanyuk dan dikatakan hilang sejak Rabu lalu ditemui terbaring di kawasan cerun dengan berselimutkan ranting di puncak Bukit Jong dekat sini semalam.


Senik Mamat, 87, ditemui pada pukul 10 pagi oleh seorang pencari madu, Mohd. Azam Ismail, 31, kira-kira 13 kilometer dari rumah mangsa di Kampung Lerek, Tepoh di sini.


Beberapa hari sebelum dijumpai, keluarga, penduduk dan pihak berkuasa telah mencarinya di situ namun tidak menemuinya.


Anak mangsa, Abdullah, 49, memberitahu, bapanya disedari hilang ketika dia hendak menghantar nasi kepada lelaki itu pada pukul 4 petang Rabu lalu. Abdullah tinggal di Kampung Jeram Banggol Peradong di sini iaitu kira-kira lima kilometer dari rumah bapanya.


Katanya, dia pulang semula ke rumah sebelum kembali sejam kemudian dan mendapati bapanya masih belum pulang. Dia bersama ahli keluarga lain kemudian mencari di kawasan sekitar tetapi gagal menemuinya.


“Esoknya, kami mencari lagi di beberapa buah kampung lain sebelum membuat laporan polis pada Jumaat lalu. Kami juga mencarinya di sekitar kawasan Bukit Jong tetapi tidak habis sebab keadaan bukit yang curam dan cuaca tidak mengizinkan. - AFP/ REUTER


LEPAK SAMBIL LAYAN ROCK KAPAK #

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...