Ramai-Ramai Lepak di Buletin Lepak. Dengar Berita Sambil lepak. Ajak kawan korang lepak sini. Kalau lepak sorang-sorang, memang bukan lepak la namanya tu. Dapatkan Artikel-artikel mengenai isu-isu terkini dan fakta-fakti yang kadang-kadang menyayat hati, membakar hati, membuat sakit hati, dan mengubati hati.
Saturday, 10 December 2011
Bunuh isteri dan mentua
DALAM diri lelaki ini, tersimpan dendam kesumat terhadap isteri yang meninggalkannya hampir setahun lalu. Bagi Barry Morrow, 51, hakikat bahawa dia kehilangan segala-galanya selepas berpisah dengan Angela Holgate, 54, adalah sesuatu yang amat sukar untuk diterima.
Atas sebab itulah, Morrow tergamak membunuh bekas isterinya itu, dan juga ibu mentuanya, Alice Huyton, 75, di kediaman mangsa yang terletak di Southport, Liverpool, England.
Angela dan Alice dipercayai mati dicekik dan mayat kedua-dua mangsa ditemui 3 Disember lalu tetapi siasatan polis mendapati Angela sudah mati seminggu sebelum itu.
Motif pembunuhan berpunca berikutan tekanan hidup Morrow selepas bercerai dengan Angela yang mengakibatkan suspek kehilangan rumah kediaman dan harta.
Morrow mendirikan rumah tangga hampir 20 tahun bersama mangsa dan mereka dikurniakan dua anak perempuan.
Selepas mayat mangsa ditemui, Morrow melarikan diri menggunakan kereta sedan jenis Citroen milik mangsa dan keluar dari sempadan England dan kini, dipercayai berada di Sepanyol melalui jalan masuk dari Perancis.
Rekod polis mendedahkan Morrow pernah menyerang mangsa pada Februari tahun lalu, malah dia pernah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan cuba membunuh dengan mencekik Angela.
Walaupun begitu, lima bulan selepas perbicaraan, kes berkenaan digugurkan menyebabkan Morrow dibebaskan daripada tahanan.
Setakat ini, polis England sudah meminta kerjasama daripada pihak berkuasa seluruh Eropah untuk memburu suspek.
Pegawai Polis Merseyside, Superintendan Nikki Holland, berkata pihaknya berharap suspek menyerah diri dan memberi keterangan menjelaskan apa yang berlaku.
“Saya tidak mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dia bahaya kepada orang ramai, jadi saya meminta kerjasama orang ramai untuk meminta dia (Morrow) datang dan bercakap kepada kami,” katanya.
Suspek kali terakhir dilihat menggunakan kereta sedan, Citroen C1 dengan nombor pendaftaran PN11 RWK. Suspek turut dipercayai berada di Calais, Perancis, iaitu bandar yang pernah menjadi kediamannya di luar negara sebelum ini.
Jiran mangsa, Kevin Woodfull, 49, berkata dia dan keluarga masih terkejut dengan pembunuhan berkenaan.
“Saya dan isteri berjumpa dengan Angela untuk merancang membuat keraian sempena sambutan Krismas dan tahun baru nanti, ketika itu, dia ada mengadu mengenai keselamatan anak perempuannya.
“Dia baik dan tenang tetapi kini, dia sudah tiada, semua ini berlaku terlalu pantas,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment