Thursday, 8 December 2011

Banglo Apek Untuk Keluarga..












KOTA BHARU: “Dia pembela nasib keluarga kami,” luah Che Mat Husin, 59, bapa kepada penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, mengenai niat anaknya mahu menyerahkan rumah banglo diberikan kerajaan negeri kepada keluarganya.
Menyifatkan Khairul Fahmi sebagai anak bertanggungjawab, Che Mat mengakui berbangga setiap kali anaknya meraih kejayaan besar, lebih-lebih lagi mengharumkan nama negara termasuk menjuarai Piala AFF Suzuki ketika beraksi sebagai penjaga gol, setahun lalu.
“Sebagai ayah, kejayaannya membuatkan kami sekeluarga bangga dan tidak sia-sia membesarkannya walaupun dia terpaksa mengharungi susah payah dilalui keluarga kami suatu masa dulu akibat kemiskinan.
“Ketika di kemuncak, dia (Khairul Fahmi) tidak lupa diri. Kesediaannya menyerahkan rumah berkenaan kepada keluarga atas rasa tanggungjawabnya,” katanya. Khairul Fahmi yang dihubungi kelmarin, berkata dia mahu menghadiahkan rumah banglo itu kepada keluarganya.
Bagaimanapun, kerana kesuntukan masa dan perlu menjalani latihan insentif menghadapi tiga perlawanan persahabatan antara Harimau Malaya dengan beberapa kelab bola sepak termasuk Sydney FC di Sydney, Australia, pada 10 hingga 22 Disember ini, menyebabkan Khairul Fahmi tidak dapat bercakap panjang.
Che Mat berkata, dia terharu apabila mengetahui Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek berhasrat menghadiahkan banglo di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa kepada keluarga sebagai membalas pengorbanan orang tuanya.
“Kami bersyukur kerana kejayaannya mendapat perhatian banyak pihak, malah nasib keluarga kami berubah kerana dia banyak membantu keluarga.
“Dia (Apek) tidak pernah membelakangi keluarga meskipun sibuk, malah selepas berjaya, dia menjadi harapan membela nasib kami sekeluarga,” katanya.
Che Mat yang bekerja sebagai pemandu lori pasir sejak 20 tahu lalu, kini mampu tersenyum dan tidak putus bersyukur dengan kejayaan dicapai anak keempat daripada lima beradik itu.
Katanya, keluarganya berasal daripada golongan miskin dan tidak menduga kerjaya Apek sebagai pemain bola sepak mampu mengubah nasib keluarga.

lepak sambil layan rock kapak$

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...