SHAH ALAM – Pertengkaran antara dua sahabat selepas dipercayai berjudi berakhir dengan tragedi berdarah apabila salah seorang daripadanya menikam hingga mati rakannya itu dalam kejadian di Sungai Jarum, Banting awal pagi semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, remaja berusia 19 tahun berasal dari Sabah itu mati selepas dipercayai ditikam di dada kiri dengan menggunakan parang dan pisau oleh suspek berikutan penemuan senjata tersebut di tempat kejadian.
Katanya, tiga suspek berusia antara 17 dan 22 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes itu.
wau..serem amat gan ceritanya..
ReplyDeletemampir balik ya gan