Thursday, 8 December 2011

Mayat reput warga afrika ditemui!



PETALING JAYA: Misteri bau busuk di sebuah premis terjawab selepas mayat seorang warga asing yang sudah mula reput ditemui seorang pekerja penyelenggaraan dalam sebuah bangunan di Kota Damansara, di sini, semalam.
Dalam kejadian pada jam 3.15 petang itu, mayat dipercayai seorang warga Afrika berusia 30-an itu ditemui dalam keadaan tertiarap dan masih lengkap berpakaian.

Berdasarkan pemeriksaan awal, mangsa dipercayai sudah mati lebih daripada tiga hari dan terdapat kesan darah serta buih di mulutnya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Mohamad, berkata setakat ini kes berkenaan masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Pemeriksaan awal mendapati tiada kesan cedera pada bahagian tubuh mangsa.

“Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut akan dijalankan dan mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Sungai Buloh,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...